Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 8, 2024 @ 1:16pm

“Tahun Ini & Tahun Akan Datang Pasti Berbeza”- Sebak! Hafeez Mikail Titip Ucapan Buat Arwah Bapa Sempena Ulang Tahun Ke-32

Pelakon Hafeez Mikail meluahkan rasa sedih apabila meraikan ulang tahunnya yang ke-32 tanpa susuk seorang ayah disisi.

Berkongsi mengenai perkara itu, Hafeez memaklumkan ulang tahunnya itu disambut genap hari keenam pemergian ayahnya.

“32 tahun yang lepas Papa sambut abang masa abang dilahirkan di dunia ini. 6 hari yang lepas abang sambut Papa apabila meninggalkan dunia ini.

“Tahun ini dan tahun tahun akan datang akan berbeza bagi abang. Terima kasih kenal kan abang dengan manhaj yang betul,” katanya.

Dalam pada itu, Hafeez berkata semenjak mendirikan rumah tangga bersama isteri, Noor Azira Azman pada 7 Mei 2023, bapanya merupakan antara individu yang tidak sabar untuk mempunyai cucu.

Namun, hasrat untuk melihat cucunya itu tidak kesampaian apabila ayahnya dijemput ilahi baru-baru ini.

“Lepas abang dirikan rumah tangga Papa paling tak sabar mahukan cucu. Papa kata tak sabar nak main dengan cucu. Sebulan lebih sahaja lagi Papa… Tapi Allah sayangkan papa.

“Papa manusia yang hebat Pa. Ramai DM abang cakap macam tu. Tapi paling hebat papa besarkan abang dengan adik tanpa mengeluh.

“Tiap-tiap pagi Papa akan makesure siapkan makan, gosok baju sekolah dan hantar ke sekolah. Tiap-tiap hari without fail dan tak pernah kami lambat ke sekolah. Papa sentiasa dahulukan abang dengan adik. Papa tak makan pun tak apa, tapi akan makesure anak-anak makan,” kongsinya.

Menyifatkan bapanya seorang yang hebat, Hafeez sempat menitipkan ucapan terima kasih dan mengakui ini adalah hari yang paling sedih buat dirinya.

“Terima kasih Papa besarkan abang sampai lah abang dah 32 tahun tepat hari ni 8/8. It wont be the same without you papa. Today is my most sad birthday ever. I’ll see you soon, Pa,” luahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafeez Mikail (@thehafeezmikail)

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 12 Feb 2018

Tak Tahu Beza Kiri & Kanan, Aliff Syukri Kongsi Cabaran Hidap Disleksia

Siapa sangka, di sebalik kejayaan membina empayar perniagaan dan bergelar jutawan muda, rupanya pemilik nama Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman ini merupakan penghidap disleksia.

Hiburan Thu, 6 Jun 2024

Keadaan Kesihatan Membimbangkan, Azlee Senario Dikejarkan Ke IJN

Allahuakbar, semoga dipermudah segala urusan Azlee 😢

FESYEN Mon, 15 Apr 2019

Pencarian Wanita Melayu 2019, 10 Finalis Bakal Berentap Untuk Merebut Takhta

Pentas utama Plaza Shah Alam Sabtu lalu menyaksikan persaingan sengit 30 peserta separuh akhir Pencarian Wanita Melayu 2019 yang bertanding untuk melayakkan diri ke peringkat akhir PWM 2019.

Hiburan Thu, 6 Sep 2018

Fasha Sandha Muat Naik Gambar Seksi, Aliff Syukri Pula Yang Over

Komen yang ditinggalkan oleh Aliff Syukri yang dianggap sebagai membuka aib isterinya

Kisah Viral Thu, 7 Dec 2023
Featured Wed, 23 Apr 2025

Bakal Nikah Bulan Depan, Eyka Farhana Enggan Kongsi Tarikh Kahwin

Majlis pernikahan mereka akan diadakan secara sederhana di sebuah lokasi di Kuala Lumpur.

Hiburan Tue, 16 Jun 2026

“Itu Babak Saya, Dekat Set Tak Ada Rupa Orang Macam Tu…” – Mimi Lana Akui Meremang Bulu Roma, Entiti Misteri Muncul Dalam Filem Polong

Menurut Mimi, dia sendiri tidak dimaklumkan mengenai kewujudan entiti menyeramkan itu sehingga ia mula diperkatakan orang ramai.

error: Content is protected !!