Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 8, 2024 @ 1:25pm

Isu Diberi Kuota Khas, Norza Lepas Jawatan Presiden BAM Dalam Masa Terdekat

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohd Norza Zakaria dikhabarkan bakal melepaskan jawatannya dalam masa terdekat selepas kontroversi berkenaan kuota khas dan kehadiran ahli keluarganya pada sukan Olimpik Paris 2024 menerima kritikan.

Memetik laporan Sinar Harian, Norza memaklumkan dia perlu meletakkan jawatan selepas melihat reaksi orang ramai terhadap tindakannya.
“Saya berharap pemimpin seterusnya dapat memperbaiki keadaan badminton negara kita.
“Melihat pelbagai reaksi ketika ini, perasaan saya menyatakan perlu meletakkan jawatan daripada BAM,” katanya.
Mengulas lanjut, Norza sebelum ini pernah meluahkan hasrat untuk mengundurkan diri dari badan induk badminton negara selepas berlangsungnya Sukan Olimpik Paris 2024 pada Ogos.
Malah, dia juga menegaskan peranannya dalam Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan BAM dilakukan secara pro bono.
“Saya hanya mahu membantu membawa kegemilangan dan kebanggaan kepada negara, malah saya tidak menerima sebarang gaji atau elaun daripada kedua-dua pertubuhan ini.
“Namun serangan terhadap keluarga saya sama sekali tidak perlu. Keluarga saya tidak wajar melalui semua ini,” jelasnya kepada pemberita.

Terdahulu, tindakan Norza yang dirakam duduk bersama isteri dan anaknya di Arena Porte de La Chapelle, semasa perlawanan perebutan pingat gangsa antara pasangan beregu lelaki Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, dengan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark menjadi topik perbualan hangat di platform X.

Malah,  dia menjelaskan mempunyai kuota khas untuk membawa tetamu sendiri bagi menonton acara dalam temasya Olimpik Paris 2024.

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Kuota Ke Olimpik, Michael Ang Lantang Beri Pendapat – “Patutnya Bagi Dekat Family Atau Jurulatih, Baru Semangat Nak Compete!”

 

Sumber: Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 2 Feb 2018

MARVEL’S ICON STAN LEE RUSHED TO HOSPITAL!

The amazing man who brought a world of superheroes to us was rushed to the hospital after falling ill.

familuv Mon, 9 Dec 2019

4 kesilapan lazim dalam pemakaian kerusi keselamatan kanak-kanak

Hanya 5 peratus yang menggunakannya dengan betul

Events Mon, 15 Jul 2019

SNSD Member Hyoyeon will be Coming to Zouk Genting as DJ Hyo

Hyoyeon proves fans (and anti-fans) that SNSD isn’t all about look, in fact they are bomb with talents!

Featured Fri, 13 Mar 2026

“Listen To Your Body, Jangan Terus Hentam Exercise” – Uyaina Arshad

Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad berkongsi pesanan buat para ibu yang baru melahirkan anak supaya tidak terburu-buru melakukan senaman sebelum tubuh benar-benar pulih sepenuhnya.

Trending Wed, 9 May 2018

#PRU14 : Takziah Buat Petugas SPR

Kes ketiga untuk PRU 14 kali ini , petugas SPR meninggal dunia ketika bertugas sewaktu menjaga proses pengundian

error: Content is protected !!