Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 8, 2024 @ 8:40pm

Nafi Ada Masalah Disiplin, Kamal Adli Tepis Dakwaan Tak Tepati ‘Call Time’… – “Saya Dah 15 Tahun Dalam Industri…”

Pelakon, Kamal Adli menepis dakwaan dirinya mempunyai masalah disiplin yang didakwa sering lewat ke set penggambaran.

Ketika ditemui XTRA, Kamal atau nama lengkapnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 38, tidak pernah berdepan isu tersebut sepanjang 15 tahun bergelar anak seni.

“Saya sudah 15 tahun dalam industri, saya tiada masalah dengan call time, saya tahu.

“Contoh jika call time pukul 8 pagi, jadi saya maklum pada semua yang saya takkan sampai pada pukul 8 sebab saya tak bersarapan,” katanya.

Kamal berkata demikian ketika ditemui pada sidang media dan tayangan perdana filem Takluk: Lahad Datu di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur, pada Khamis.

Kamal Adli

Malah, Kamal turut mengakui dia menghormati masa penggambaran yang telah ditetapkan oleh pihak produksi.

“Saya juga tidak bersolek, rambut juga dah siap, saya hanya pakai baju dan shoot.

“Saya sampai, baca skrip dan terus masuk set. Saya rasa benda ini tiada isu, ia perkara lama.

“Siapa yang tak pernah bekerja dengan saya, siapa yang biasa kerja dengan saya mereka akan tahu, tiada apa pun. Saya okey saja,” tuturnya lagi.

Takluk: Lahad Datu menampilkan Kamal Adli yang memegang watak sebagai Jai.

Diinspirasikan dari kisah benar, filem Takluk: Lahad Datu turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Kamal Adli, Fikry Ibrahim, Anding Indrawani, Eman Manan, Riezman Khuzaimi, Josiah Hogan, Ayez Shaukat, Fad Anuar dan ramai lagi.

Filem yang bakal ditayangkan 22 Ogos ini dijangka memberikan impak mendalam kepada penonton dengan kisah keberanian dan semangat perjuangan yang ditonjolkan oleh wira-wira negara.

Artikel Berkaitan: Seronok Jadi Bapa, Kamal Adli Sanggup Cuti Berlakon 3 Bulan

Artikel Berkaitan: Dituduh Bergambar Terlalu Rapat Dengan Ustaz Azhar Idrus, Uqasha Senrose Dikecam… Tuan Badan Tampil Foto Baharu, Kamal Adli Beri Penjelasan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 20 May 2018

Alycia负脚伤拍MV 忍痛亲上阵打拳跑步

本地才女歌手Alycia推出全新歌曲《坏话》,邀得“音乐鬼才”黄明志合作。 进入MV拍摄期间,Alycia却因出游日本时,扭伤脚踝;为不耽误拍摄进度,她毅然负伤上阵,忍痛完成MV

Trending Fri, 25 Oct 2019

SuperDeals’ Giving Away BTS Billboard Magazine Limited Edition Box Set Up to RM60 Off! Shocking!

SuperDeals x BTS Billboard Magazine Limited Edition Box Set promo is to die for!

Featured Tue, 4 Apr 2023
Trending Fri, 1 May 2020

Jangan Gembira Dulu, Ini Senarai Aktiviti Yang Masih Dilarang Ketika Ini

Perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

Hiburan Fri, 22 Dec 2023
Trending Sun, 10 Jun 2018

Subhanallah! Arwah Rebah Betul-Betul Depan Makam Nabi SAW

Ustaz Jamal turut menambah, kerja arwah Abang Bad ini ialah beliau menjadi runner membuat visa bagi pelajar-pelajar madrasah. Pagi ini beliau dijemput oleh Allah Rabbul Jeleel di depan kubur Nabi di Masjid Nabawi.

error: Content is protected !!