Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 11, 2024 @ 11:55pm

Che Sayang Kitchen Ungguli Creator of The Year… Ini Senarai Penuh Pemenang TikTok Awards Malaysia 2024

Pencipta kandungan resipi dan masakan, Che Sayang Kitchen mengungguli kategori Creator Of The Year pada TikTok Awards Malaysia 2024 yang disiarkan secara langsung TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, sebentar.

Che Sayang menewaskan lima pencabar lain iaitu Ryan Bakery, Sofyank, Shi Qi, Daddy Hood dan Sofea Shra.

Dalam pada itu, pelakon dan penyanyi sensasi, Bella Astillah memenangi kategori Celebrity Of The Year.

Brader Wheel Chair dan Lokohopunohgroup pula meraih trofi anugerah istimewa iaitu Changemaker Of The Year.

Bertujuan untuk mengetengahkan dan memberi sokongan kepada mereka yang berani mencipta impian, kategori Changemaker Of The Year mahu mengiktiraf pencipta yang berjaya memberikan impak besar dan melangkaui batasan yang positif.

Ia diiktiraf melalui kandungan yang dicipta, sama ada dalam memberikan inspirasi kepada perubahan positif, memberikan kesedaran mengenai isu-isu penting, mahu pun sekadar memberi inspirasi kepada ribuan lagi penonton.

Sementara itu, bagi kategori pilihan popular iaitu TikTok Live Creator of the Year dimenangi oleh Acap S atau Asraf Jaafar, Video Of The Year (Agy Official) dan TikTok Shop Creator of the Year (Pinn Yang).

Bagi kategori pilihan juri iaitu Entertainment Creator Of The Year pula dimenangi oleh Kanafly, Animation Creator Of The Year (Yimotapir), Gaming Creator Of The Year (Kingshahx), Sports Creator Of The Year (Amaranas), Food Creator Of The Year (Tang Guo Shop), Education Creator Of The Year (Aminxabid) dan Beauty & Fashion Of The Year (Aishah Rahim).

Turut hadir adalah Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad (MPB), Datuk Seri Dr Syed Hussain Aljunid; Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Rafiq Razali; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) dan Primeworks Studios (PWS), Nini Yusof serta Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) merangkap Pengarang Kumpulan BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

TikTok Awards Malaysia 2024 menampilkan Che Puan Sarimah Ibrahim dan Janna Nick sebagai pengacara utama, manakala Ain Edruce dan Ceddy Ang menggalas tanggungjawab sebagai hos karpet merah.

Turut memeriahkan acara adalah persembahan dari artis popular seperti Aina Abdul, Naim Daniel, Aisha Retno, Sarah Suhairi, Amir Jahari, Zubir Khan, Ezra Kairo, Alfie Zumi, Muahx, Faizal Tahir, Wani Kayrie dan Afieq Shazwan.

TikTok Awards Malaysia 2024, acara kedua dijayakan TV3 dan TikTok itu menjadi tapak lonjakan untuk meraikan aspirasi baharu, selain membuka peluang kepada pencipta kandungan membuktikan impian mereka mampu menjadi nyata.

TikTok Awards Malaysia yang diperkenalkan tahun lalu itu juga memberikan ruang dan laluan yang besar kepada pemenang-pemenang dan calon-calon yang tersenarai untuk mereka mengorak langkah dalam penciptaan kandungan dan kerjaya profesional mereka.

Ini merupakan senarai penuh pemenang TikTok Awards Malaysia 2024:

Kategori Pilihan Peminat (People’s Choice):
* Creator of the Year – chesayang_kitchen
* Celebrity of the Year – bellaastillah_94
* Video of the Year – agy.official
* TikTok LIVE Creator of the Year – acaps19
* TikTok Shop Creator of the Year – yang

Pilihan Juri (Judge’s Pick):
* Entertainment Creator of the Year – kanafly
* Animation Creator of the Year – yimotapir
* Gaming Creator of the Year – kingshahx
* Education Creator of the Year – aminxabid
* Food Creator of the Year – tang_guo12
* Sports Creator of the Year – amaranas_
* Beauty & Fashion Creator of the Year – aishahrahim07

Changemaker Of The Year:
* lokohopunohgroup
* braderwheelchair

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 25 Sep 2019

中文AIM报名创新高!黄明志与郭修彧个人报名量最高

《2020 AIM 中文音乐颁奖典礼》报名已截止,经过整理与统计,该届报名再创新高,其中个人报名量最高的是郭修彧以及黄明志!

Featured Wed, 27 Jul 2022
Hiburan Tue, 2 Jan 2024
Hiburan Tue, 2 Jan 2024
Featured Sun, 7 May 2023

Meriah! Penonton Puas Imbau Momen Nostalgia Nyanyi Lagu ‘Evergreen’ Di Konsert ‘Raya Sepanjang Zaman’

Meriah sangat Konsert Raya Sepanjang Zaman bersama Datuk Hail Amir, Biduanita Sanisah Huri, Ziana Zain dan Bob Yusof! Mengimbau memori hari raya! 🥳❤️

Featured Thu, 10 Apr 2025
Featured Wed, 11 Jan 2023

Impian Bangku Sekolah Tercapai, Hannah Yeoh Berpeluang Jadi Penyampai Berita

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh meluahkan rasa gembira kerana diberi peluang menjadi pembaca berita untuk satu program di salah sebuah stesen televisyen. @hannahyeohmp Impian zaman muda saya semasa di sekolah #Hanayo #dream #astroarena ♬ […]

error: Content is protected !!