Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 12, 2024 @ 10:20am

Nenek Zahirah Macwilson Meninggal Dunia – “Terima Kasih Kerana Menjadi Peminat Tegar Saya”

Pelakon jelita, Zahirah Macwilson berkongsi khabar duka apabila nenek tersayangnya, Faridah Nyak Mohamad menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 8.30 malam, Ahad.

Menerusi perkongsian terkini di Instagram, Zahirah memaklumkan dia berasa bertuah kerana dapat menjaga dan berada di samping neneknya sepanjang tempoh tersebut.

“Al-fatihah buat Nenek tersayang kami, Faridah Binti Nyak Mohamad.

“How lucky am I to have a grandmother like you, how lucky am 1 to have had the opportunity to look after you and how damn lucky am I to be by your side as you take you last breath on 11th August 2024 @ 8:30pm,” kongsinya.

Dalam pada itu, Zahirah berkata, dia akan sentiasa merindui waktu bersama neneknya termasuklah rutin membaca surat khabar setiap hari, masakan yang enak, senyuman, cerita-cerita yang tidak ada penghujungnya dan kecintaannya terhadap drama-drama Melayu.

“I’ll miss you laugh, your love for malay drama, your morning routine of baca surat khabar, your delicious cooking, your endless stories and your incredibly big heart.. thank you for being my biggest fan, the one who collected every single news article I’ve ever been in,” katanya.

Mengakui selepas ini hari-harinya tidak akan sama, ibu kepada dua cahaya mata ini bagaimanapun reda kerana arwah neneknya kini berada ditempat yang terbaik.

”Life won’t be the same without you Nek but you are in a better place. Rest well Nek… May Allah SWT grants you the heavens. I love you always and forever,” tulisnya pada kapsyen berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson)

 

Sebelum ini, Zahirah menerusi hantaran di Instagram Stories miliknya memaklumkan kesihatan neneknya semakin merosot.

ARTIKEL BERKAITAN:Kesihatan Semakin Merosot, Zahirah Macwilson Reda Jika Nenek ‘Pergi’

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 1 Jul 2021

Pernah Rancang Nak Bersara, Ramlah Ram Pendam Keinginan

Penyanyi senior berbakat, Ramlah Ram, 56, mengakui pernah terfikir untuk bersara daripada dunia hiburan. Menurut Ramlah, keinginan itu hanya dipendamkan sahaja kerana minatnya yang mendalam dalam bidang nyanyian serta sokongan peminat yang tidak putus-putus. “Sejujurnya, […]

Hiburan Thu, 2 Jan 2020

Remy Ishak Bawa Diri?

Mana abang Remy pergi ni?

Hiburan Tue, 12 Dec 2017

Fattah dan Neelofa Berkongsi Jenama “OPPO”,

Fattah dan Neelofa Berkongsi Jenama “OPPO”,

Featured Wed, 24 May 2023
Events Sun, 9 Jun 2019

蔡琴真情流露!演唱会忆往事不禁二度掉泪

「金嗓歌后」蔡琴以首首的经典好歌会友,大谈演艺生涯的过往趣事!在演唱《相思梦里》忆往事不禁真情流露,在台上哭了起来。

Featured Fri, 8 Mar 2019

Kisah inspirasi wanita di sebalik syarikat penerbangan AirAsia. Girl Power!

Tak sangka wanita pun boleh buat pekerjaan ini.

Trending Thu, 21 Jun 2018

Najib ‘Explains’ Why He Had So Much Cash and Luxury Items

Trust me, you’ll LOVE to see what he had to say.

error: Content is protected !!