Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin August 12, 2024 @ 5:28pm

Pengulas Sukan Kongsi Momen Manis Bersama Atlet Badminton Negara, Paling ‘Rare’ Bila Lee Zii Jia Tawar Diri Beli Tiket Flight Ke Olimpik LA 2028!

Pengulas sukan yang berjaya menambat hati seluruh rakyat Malaysia, Ahmed Shahrazad Sani sekali lagi menuai tumpuan selepas berkongsi video pendek memaparkan momen-momen manisnya bersama atlet badminton negara.

Menerusi perkongsian video tular, Ahmed Shahrazad atau lebih mesra dengan panggilan Bangmed kelihatan sentiasa hadir bersama pemain badminton negara antaranya, Aaron Chia, Soh Woo Yik, Go Jin Wei, Chen Tang Jie, Toh Ee Wei dan Lee Zii Jia tidak kiralah ketika mereka menjalani sesi latihan mahupun sedang bertarung di peringkat antarabangsa.

“A promise,” tulisnya pada kapsyen berkenaan.

Menerusi video berdurasi lebih dua minit itu, pengulas sukan tersebut kelihatan tidak pernah lelah memberikan kata-kata semangat buat atlet negara usai pertandingan badminton tamat.

Lebih mencuri tumpuan, respons yang diberikan barisan atlet badminton negara terhadap pengulas sukan tersebut juga sangat positif  apatah lagi Lee Zii Jia sanggup menawarkan diri untuk membelikan tiket kapal terbang pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

“Boleh janji tak LA you ada lagi? Saya akan promise you saya akan fight for LA. Kita jumpa di LA. Kalau kamu tak bagi dia pergi, saya akan bayar dia pergi no problem,” soal Lee Zii Jia.

 

Dalam pada itu, menerusi pemerhatian XTRA di laman X, rata-rata warganet memuji sikap pengulas sukan tersebut yang dilihat sentiasa bersikap positif dan memberikan sokongan emosi yang berterusan terhadap atlet badminton negara.

Bahkan, ramai yang menganggap melihat pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia tersenyum dan tampak selesa ditemu bual media merupakan satu perkara yang ‘rare’.

Sebelum ini, Ahmed Shahrazad dalam satu ciapannya di platform sama mengakui dia telah memberikan segala-galanya terhadap dunia sukan.

“Saya memberikan semua yang saya ada. Saya tidak tahu bagaimana untuk melakukannya dengan cara lain kerana ia adalah satu-satunya cara yang paling saya percayai,” ciapnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 2 Sep 2018

Sebab Ariana Grande, Majlis Pengebumian Bertukar Kecoh?

Biskop Charles H. Ellis III bagaimanapun memohon maaf dengan mengatakan beliau tidak sedar tindakan ‘terlebih mesra’ pada majlis itu.

Hiburan Sun, 25 May 2025

“Saya Akan Bagitahu Satu Dunia, This Is Our Movie!” – Ceddy Ang Bangga Dengan Kehebatan Ejen Ali The Movie 2

Filem Ejen Ali The Movie 2 menerima reaksi luar biasa daripada penonton dan pempengaruh tempatan!

Hiburan Thu, 23 Jan 2020
Hiburan Sat, 8 Jun 2019
error: Content is protected !!