Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 15, 2024 @ 2:39pm

Individu Wanita Didakwa ‘Kekasih’ Amir Ahnaf Dedah Bukti Lagi? – “Banyak Saya Nak Spill”

Selepas mengejutkan ramai pihak dengan pendedahan mengenai hubungannya bersama seorang pelakon lelaki baharu popular yang didakwa sebagai Amir Ahnaf, wanita yang dikenali sebagai Nasuha tampil sekali lagi dengan kenyatan baru menerusi hantaran di TikTok miliknya.

Katanya, dia tidak pernah memberikan kenyataan bahawa dia merupakan bekas kekasih aktor itu.

Malah, sebagai seorang yang pernah rapat dengan Amir, banyak lagi perkara yang ingin didedahkannya namun memilih untuk tidak melakukan perkara tersebut.

“Saya hanya membuat hantaran yang ringkas, itu sahaja. Saya tak mahu cakap lebih-lebih.

“Dan, bila masa pula saya saya cakap saya bekas kekasih dia selama setahun? Chill, kapsyen saya dengan orang cakap lain.

“Sebenarnya banyak lagi saya nak spill tapi tidak mengapa, let it be.

“Nama saya Nasuha bukan Gwen atau Natasha.. nanti ada yang lain terpalit lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Nasuha menitipkan pesan dan memohon maaf kepada kelab peminat Dolla dek kerana kontroversi yang timbul, nama salah seorang anggota kumpulan itu pula yang terlibat sama.

“Hello, Idolla saya minta maaf tetapi saya tak heret Angel dalam kes ini.

“Saya tahu Angel pun tak tahu kewujudan saya.

“Yang mana terasa hati atau sakit hati dengan posting saya, saya minta maaf ya,” kongsinya.

Terdahulu, foto mesra dan tangkap layar pesanan WhatsApp antara Nasuha dan Amir Ahnaf menuai tumpuan rata-rata peminat aktor berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Foto Mesra Berpelukan Pelakon Lelaki Popular Tular, Siap Hantar Mesej ‘I Miss You’, ‘Baby’… Individu Wanita Dakwa Kena Tipu?

ARTIKEL BERKAITAN:Trending Di X, Nama Amir Ahnaf Dipetik Permainkan Hati Wanita? Peminat Luah Rasa Kecewa!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 21 Jan 2025

Shahrol Shiro Buat Laporan Polis Ke Atas Harith Iskander, Didakwa Persendakan Agama – “Sangat Biadap!”

Shahrol Shiro berang, dakwa Harith Iskander buat lawak persenda agama

Featured Fri, 16 Dec 2022
Cahaya Mata Sat, 26 Nov 2022

Ciuman Ayah Buat Anak Dalam Kandungan, Comelnya Aksi Azzam Sham & Sheryl Shazwanie!

Pasangan penyanyi, Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi. @sherylshazwanie💋👶🏻🤍♬ Sang Dewi – Lyodra & Andi Rianto Tular sebuah video yang dimuat naik oleh Sheryl di laman TikTok, memaparkan […]

Hiburan Sun, 11 Mar 2018

Datin Muda, Elvina Nikah 18 Mac

Tahniah buat pelakon muda Elvina yang bakal bernikah 18 Mac 2018

Trending Sun, 27 Dec 2020
Featured Fri, 13 Jan 2023

Keperitan Alami Anxiety, Jerry Zakaria Lepaskan Emosi Dalam ‘Kehilangan’

Sedihnya lagu ni.. Masalah penyakit mental bukan isu main-main tau

Featured Fri, 10 Feb 2023
error: Content is protected !!