Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin August 15, 2024 @ 7:10pm

Siti Nurhaliza Penyanyi Wanita Solo Yang Bakal Beraksi Di Hausboom Music Festival 2024

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil membuat kejutan apabila menjadi artis wanita solo yang bakal beraksi di pentas Muzik Festival Hausboom 2024 yang diadakan di KL Base pada Oktober depan.

Kata Siti, ini merupakan kali kedua dia bekerjasama dengan tenaga kerja dan barisan-barisan artis yang lebih muda.

Walaupun ia sedikit berbeza dari acara sebelum ini, namun Siti kekal optimis dan komited untuk beraksi di Hausboom Music Festival nanti.

“Saya pun baru sahaja selesai konsert, jadi masih ada dua bulan untuk buat persiapan yang terbaik.

“Pada saya bagi festival seperti ini ia tidak perlukan banyak komitmen, ianya tidak seperti konsert solo.

“Kebetulan pula pada waktu itu jadual saya mengizinkan saya untuk bersama festival ini. Sebab itu saya terima.

“Sebenarnya ini merupakan kali kedua saya bekerjasama dengan mereka, sebelum ini bersama Bulan Bintang. Kali ini sedikit berbeza sebab ia adalah sebuah muzik festival,” katanya.

Mengulas lanjut, pada Hausboom Music Festival nanti, pelantun lagu Aku Cinta Padamu ini akan mendendangkan lagu-lagu tradisionalnya atas permintaan pihak penganjur.

“Kalau ikut penganjur, mereka mahukan saya tampil dengan lagu-lagu tradisional,” ulasnya.

Ketika disoal mengenai penglibatannya sebagai penyanyi wanita solo yang turut beraksi bersama 31 lagi barisan artis ternama tanah air dan juga luar negara, Siti bagaimanapun menyifatkan pemilihannya adalah disebabkan kelebihan dari segi genre tradisional yang pernah dibawa.

“Alhamdulillah, mungkin disebabkan saya ada kelebihan dari segi genre tradisional, jadi itu menambahkan kepelbagaian muzik yang akan diberikan di dalam festival ini.

“Dan, itu tak bermakna saya sendiri, maksudnya saya hanya mewakili. Sebenarnya saya rasa mungkin ramai penyanyi lain yang mendapat permintaan tinggi juga.

“Apabila saya dan rakan-rakan artis senior lain dapat berkumpul dan sepentas di sebuah festival, ia menunjukkan artis masih mampu untuk menampilkan muzik mereka yang terbaik,” jelasnya.

Sekadar info, antara barisan artis yang bakal memeriahkan Hausboom Music Festival nanti adalah,  Masdo, Joe Flizzow, ACAB, Yaph, Airliftz, 53 Universe, Wings, Bunkface, Senarionion, Parade Hujan dan The Changchuters.

Selain itu,Hausboom bakal menganjurkan Hausboom Lokal Fest, sebuah acara dimana terdapat 110 peniaga-peniaga lokal yang merangkumi 40 jenama streetwear lokal terkenal di Malaysia.

Tiket boleh dibeli dalam talian di https://sayalive.io/hbm2024 dan akan layak untuk memasuki Hausboom Music Festival 2024 dan Hausboom Lokal Fest 2024. Harga tiket bermula dari RM189 (kemasukkan umum), RM349 (rock zone) dan RM1,200 (VVIP).

Manakala tiket untuk Hausboom Lokal Fest 2024 akan tersedia pada 1 September 2024. Tiket boleh dibeli dalam talian di https://sayalive.io/hlf2024 dan hanya akan layak untuk memasuki Hausboom Lokal Fest 2024.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 12 Mar 2018

Minta Padam Rakaman Bigo, Fathia Latiff Akui Kesilapan

Menjangkau usia 30 tahun, Fathia latiff mengakui dia tidak mahu lagi mengulangi kesilapan lalunya dan berharap agar mana-mana pihak yang telah memuat naik video tariannya di laman Bigo sebelum ini agar memadam video tersebut

Featured Thu, 20 Mar 2025

“Doing Couple Stuff Like This Is So Fun”- Kini Giliran Jefri Nichol Pula Tayang Seluar Jeans Tertera Huruf ‘A’

Pasangan popular, Jefri Nichol dan Ameera Khan kelihatan semakin terbuka berkongsi perasaan mereka di media sosial.

Trending Fri, 18 Dec 2020

100% Sah! Safawi Rasid Kembali Ke Pangkuan JDT Tahun Depan

Semoga Pawi dapat mencipta banyak lagi rekod untuk tahun 2021

Hiburan Wed, 1 Nov 2023
Hiburan Thu, 16 Jan 2020
Featured Wed, 3 May 2023
Featured Fri, 22 Apr 2022
error: Content is protected !!