Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 20, 2024 @ 12:31pm

Promo Album Baru & Tiket Akustik Tak Dapat Sambutan, Amir Jahari Enggan Mengalah – “Kita Suka Tengok Kejayaan Je”

Penyanyi yang juga pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL38), Amir Jahari meluahkan rasa kesal apabila promosi tiket akustik dan album baharunya berjudul, Kembali tidak mendapat sambutan.

Menerusi perkongsian di platform TikTok, Amir memaklumkan, dia berasa sedih apabila hanya lima orang sahaja yang menonton sesi live nya itu.

“Masa ni hati tengah sedih gila. Tengah promo tiket akustik show dan promo album baru, sekali yang masuk hanya lima orang. Tak apa, aku reda,” tulisnya.

Namun, enggan mengalah dengan sikap segelintir peminat yang hanya mahu melihat kejayaan semata-mata, Amir nekad berkongsi dan mendedahkan realiti sebenar ‘perjuangan’ anak seni sepertinya.

“Proses ni la yang orang tak nampak kebiasaannya, sebab kita suka tengok kejayaan je, benda dah jadi baru kita tengok. The proses is real. Inilah ujian. Teruskan,” katanya.

Meskipun ramai yang memberikan kata-kata semangat, namun masih ada juga segelintir dalam kalangan pengikutnya yang mendakwa bahawa konten ‘sedih’ yang dimuat naik di TikTok itu hanyalah sekadar mahu meraih simpati demi mendapat jualan tiket dan album yang tinggi.

Bagaimanapun, kesal dengan tuduhan tidak berasas itu, Amir tampil membalas kenyataan tersebut menerusi ruangan komen.

Sekadar info, Amir berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi pada AJL38 selepas dinobatkan sebagai Juara Lagu menerusi lagu ciptaan sepenuhnya, berjudul Hasrat.

Mengakui  tidak pernah berada di tempat pertama, penyanyi dan komposer kelahiran Sarawak ini bagaimanapun bersyukur selepas lagu runut bunyi bagi filem Imaginur itu berjaya mencuri perhatian ramai.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 13 Jul 2023
Hiburan Mon, 7 Apr 2025
Featured Thu, 27 Oct 2022

Tampil Dengan Melodi Rancak, Lagu ‘Aduhh!!!’ Menjadi Kolaborasi Pertama Douglas Lim & SonaOne

Tidak pernah diduga, pelawak, pelakon dan penyampai radio Douglas Lim ternyata mempunyai impian untuk menerbitkan lagu hip hop nyanyiannya sendiri. Impiannya itu telah berjaya direalisasikan menerusi sebuah projek khas terbitan Def Jam Malaysia bersama Alternate […]

Hiburan Thu, 27 Apr 2023
Featured Mon, 14 Mar 2022

Siti Nurhaliza Ajak Lee Chong Wei Main Badminton, Siap Ada Lagu Spontan!

Nyanyi lagu spontan pun sedap. Syoknya kalau impian TokTi bermain badminton dengan Datuk Lee Chong Wei tercapai! 😍

Hiburan Tue, 24 Sep 2019

Hael Husaini Jadi Pengganti?

Apakah kesudahannya?

Featured Mon, 4 Apr 2022
error: Content is protected !!