Euforia Bola 2026
Trending By: Padin August 20, 2024 @ 1:30pm

“Nanah Sampai Meleleh Keluar Waktu Mandi” – Viral Di TikTok, Mangsa Produk Merkuri Kongsi Derita Kulit Breakout… Pernah Izin Suami Kahwin Lain

Seorang wanita yang menjadi mangsa produk merkuri berkongsi ‘penderitaannya’ melalui di platform media sosial TikTok, baru-baru ini.

Kata wanita yang dikenali sebagai Mimie, dia tidak menyangka berdepan masalah kulit yang kronik akibat penggunaan produk yang dipercayai mengandungi bahan merkuri sejak usia 19 tahun lagi.

Demi memperoleh kulit selicin kulit telur, rupa-rupanya lapisan perlindungan kulitnya perlahan-lahan menipis akibat penggunaan produk terbabit.

@miyehhhh Breakout mercury 😭 its not easy for me lalui hari hari untuk menahan sakit bengkak nanah berdarah😭 takda siapa yang minta untuk jadi macam ni, takda satu orang perempuan pun yang nak kan skin dia jadi macam ni😭 kalau lah boleh undurkan masa takkan pakai product mercury, tapi dah terlambat muka dah hancur sehancurnya…😭😭 💔 #breakout #mercury #skinbreakout #sakit #pedih #fyp ♬ Kembalikan Senyumku by Bima – B1m4

Bagaimanapun, biarpun memutuskan untuk berhenti menggunakan produk terbabit selepas mendirikan rumah tangga pada usia 25 tahun, kulitnya yang sudah terdedah kepada bahan berbahaya itu menjadi semakin parah.

Kulitnya ditumbuhi jerawat, bernanah dan merebak seluruh wajah.

“Tidur malam tak boleh, menangis setiap masa. Nanah akan meleleh keluar bila mandi. Demam sakit kepala disebabkan breakout yang teruk. Sentuh muka sakit, bayangkan kalau mandi atau nak cuci muka. Hanya Allah saja yang tahu apa yang Mimie rasa,” ceritanya.

Perubahan mendadak kulit mukanya meninggalkan kesan mendalam daripada fizikal dan emosi. Individu sekeliling memandang Mimie dalam perasaan takut dan geli.

@miyehhhh Replying to @Muabellarazali Ya seteruk ini, Muka bengkak nanah bertakung kat pipi, tidur malam tak boleh cuci muka tak boleh sakit😭😭😭 #breakout #mercury #skinbreakout #fyp ♬ Jeritan Hati – Cut Zuhra

“Disebabkan itu, saya lebih banyak berkurung diri di dalam rumah daripada berjumpa dengan sesiapa. Kalau perlu juga untuk keluar, saya akan pakai pelitup muka untuk menyembunyikan jerawat bernanah.

“Namun, kebiasaannya pelitup muka yang dipakai akan menyebabkan nanah pada pipi pecah sehingga berdarah dan mengakibatkan rasa pedih tidak terhingga.

“Macam-macam usaha saya buat, termasuklah mendapatkan rawatan susulan di Kuala Lumpur. Namun, tiada sebarang perubahan pun yang berlaku. Malah, keadaan bertambah teruk,” tambahnya.

Walaupun berdepan situasi sedemikian, Mimie bersyukur masih punyai pasangan hidup yang sentiasa memberikannya semangat tanpa putus asa.

“Suami tak pernah mengeluarkan kata-kata yang boleh mengguris perasaan saya. Malah, dia sentiasa memuji kecantikan saya dan yakin keadaan kulit saya akann pulih semula satu hari nanti.

“Saya pernah cakap dekat dia, carilah orang lain. Muka saya dah buruk,” kongsinya lagi.

Sehingga artikel ini ditulis, video-video Mimie tular telah mencecah lebih 2.3 juta tontonan. Difahamkan, kini Mimie sedang mendapatkan rawatan kulit muka di AINAA Clinic yang ditaja sepenuhnya oleh pempengaruh media sosial dan pengasas produk, Hafiz Mahamad dan isterinya, Syafiqah Aina.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 2 May 2018

Facebook Akan Lancarkan Servis Mencari Cinta Untuk Para Pengguna, Anda Berminat?

Nanti Facebook akan jadi lebih mudah untuk anda mencari cinta.

Hiburan Fri, 14 Jun 2024
Featured Thu, 9 Feb 2023

Tular Video Aksi Ghairah Di Kelab Malam, Ini Respons Ameerul Asyraf – “Tak Tahu Apa Tujuan Dia…”

Terbaik tak berselindung.. Apa motif wanita tersebut agaknya ya? 🤔

Trending Sat, 16 Nov 2019

Hanya Kerana Lamar Tunang Di KFC, Terima Pelbagai Kejutan ..

Puluhan Syarikat Gergasi Mahu ‘Sponsor’ Majlis Kahwin Pasangan Ini

Hiburan Wed, 23 Mar 2022
Trending Tue, 6 Aug 2019

Peminat Naelofar Dan Starbucks Boleh Dapatkan Jenama Ini Serentak!

Dapatkan Neelofar X Starbucks dalam masa yang terhad ni tau!

error: Content is protected !!