Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin August 21, 2024 @ 11:55am

Trending Di X, Lee Zii Jia Perjelas Keadaan Diri Tersingkir Awal Pada Saingan Terbuka Jepun – “Saya Berjuang Sepanjang Perlawanan Tapi…”

Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia kembali hangat diperkatakan selepas dia tersingkir awal daripada saingan Terbuka Jepun apabila tewas kepada wakil Perancis, Alex Lanier pada Selasa.

Bagaimanapun kekalahan tersebut menerima pelbagai respons dalam kalangan peminat sukan tanah air.

Menerusi beberapa ciapan di platform X, rata-rata peminat dilihat lebih positif menerima kekalahan tersebut selepas mereka sedia maklum bahawa Lee Zii Jia baru sahaja pulang dari Sukan Olimpik Paris 2024, selain mengalami demam sebelum pertandingan bermula.

Sedar dengan respons dan komen yang ditinggalkan peminat, Lee Zii Jia menerusi hantaran di ruangan Instagram Story miliknya tampil menjelaskan mengenai status keadaan dirinya.

Katanya, keadaan fizikalnya sangat lemah semenjak pulang dari sukan Olimpik Paris, namun keputusan untuk tidak terlibat dalam mana-mana perlawanan bukanlah sebahagian daripada rancangannya.

Dalam pada itu, anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini menjelaskan,  selagi perlawanan tersebut tidak membahayakan dirinya, dia akan terus mencuba untuk bertanding dengan sehabis baik.

Insert SS

Terdahulu, Lee Zii Jia dikejutkan pada pusingan pembukaan Terbuka Jepun 2024, selepas tumbang kepada Alex Lanier dari Perancis apabila  pemain nombor 29 dunia itu memberikan mata pada pusingan pertama dan kedua iaitu, 18-21 dan  13-21 dalam masa 41 minit di kejohanan Super 750 di Arena Yokohama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 17 Jun 2025
Featured Mon, 1 Aug 2022

“Ini Kes Yang Lebih Berat..” – Tindakan Fazura Buat Laporan Polis Cetus Persoalan Netizen

Alamak, apa kes ni? Walau apapun min harap semoga segala urusan dipermudahkan

Trending Mon, 21 Sep 2020
Hiburan Wed, 4 Sep 2024
Featured Mon, 7 Aug 2023
error: Content is protected !!