Euforia Bola 2026
Hiburan By: Ad Ops July 11, 2018 @ 10:22am

Tahniah! Soo Wincci Genggam Ijazah Sarjana Kedua

Sudah pasti peminat dunia hiburan mengenali gadis cantik yang cukup berbakat besar dalam bidang lakonan yang juga merupakan bekas Ratu Cantik Dunia 2008 ni kan? Inilah definisi sebenar beauty with brain!

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada penyanyi dan pelakon Dr. Soo Wincci yang baru sahaja menerima ijazah sarjana keduanya dalam jurusan Inovasi & Teknologi Dalam Produksi Muzik pada majlis konvokesyen yang diadakan di Kolej Berklee Kampus Valencia, di Sepanyol dua hari lepas.

“Sarjana kedua saya daripada pusat pengajian impian @berkleevalenciacampus. Bezanya, kali ini saya sendirian di Sepanyol, namun terima kasih di atas semua ucapan menerusi online. Saya perlu masuk ke dewan untuk graduasi sekarang. Akan kongsi lebih banyak gambar untuk anda semua nanti!” tulisnya menerusi status dan gambar yang dikongsi menerusi akaun instagram miliknya.

Sumber: Instagram @dr.soowincci

Terbaru, Wincci memberitahu peminatnya menerusi akaun instagramnya itu, selain bergraduasi baru-baru ini, dia juga dipilih untuk Post Master Fellowship, dan akan menetap di Spain selama setahun.

Sama-sama kita nantikan projek baru dari Wincci ya!

Ditulis Oleh: Nik Nur Amira

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 3 Aug 2021

Bael0n Beri Nafas Baharu Lagu Amelina

Selebriti TikTok yang kini bergelar penyanyi, Bael0n kini tampil memberikan nafas baharu kepada lagu Rindu nyanyian asal Amelina dalam versi tersendiri. Menurutnya, dia sangat yakin pertaruhan itu cukup tepat untuknya memberi angina baharu kepada pendengar […]

Hiburan Tue, 19 Sep 2023
Hiburan Fri, 3 Aug 2018

Kenapa Pak Nil Emosi Tengok Drama TV3 Ni?

Geram dengan watak Husna dan Nek Pah pengacara terkenal, Datuk Aznil Hj Nawawi turut emosi menonton drama Jangan Benci Cintaku yang disiarkan di TV3

Featured Mon, 7 Nov 2022
Hiburan Sun, 1 Sep 2019

Ashraf Muslim Doakan Siapa Di Mekah?

Seronok betul kalau ada yang mendoakan kita, lebih-lebih lagi di hadapan Kaabah!

Trending Hari Ini Tue, 30 Jun 2020

Gempa Bumi Gegar Kawasan Kudat Sabah Hari Ini

Baru sahaja berlaku pagi ini.

error: Content is protected !!