Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 21, 2024 @ 8:11pm

Dakwaan Amelia Henderson Bercinta Dengan Aazief Khalid, Ini Respons Tya Arifin – “Kalau Tengok Dari Mata Saya, Mereka Masih Berkawan Tapi…”

Usahawan selebriti yang juga menantu kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu, Tya Arifin tampil berkongsi mengenai dakwaan adik iparnya, Aazief Khalid yang dikatakan sedang menjalin hubungan cinta dengan pelakon jelita, Amelia Henderson.

Menurut Tya menerusi sesi siaran langsung yang tular di TikTok, apa yang boleh dikongsikan hanyalah mereka masih berkawan.

Dan, mana-mana pihak yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan status hubungan mereka diminta untuk bertanyakan sendiri kepada tuan empunya badan.

“Allah, tengah hari dah gosip… Macam mana nak cakap eh, kakak tanya sendiri dengan empunya badan.

“Tapi, kalau tengok dari Tya punya mata… mereka masih berkawan je. Macam Tya kawan dengan akak (pengikut di TikTok),” katanya.

Terdahulu, gosip cinta melibatkan Amelia dan Aazief timbul selepas kedua-duanya dilihat hadir dan duduk bersama ketika menyaksikan konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza yang berlangsung di Genting Highland pada 10 Ogos lalu.

Malah, kedua-duanya juga kelihatan mesra ketika merakamkan foto bersama-sama.

 

Sumber: OhBulan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 27 Apr 2021

Tutup Bazar, Pendekkan Waktu Operasi Jika Langgar SOP

Sejak akhir akhir ini, tular di media sosial beberapa foto menunjukkan ketidakpatuhan SOP yang berlaku di beberapa bazaar Ramadan seperti di Jalan Tengku Abdul Rahman (TAR) , justeru kerajaan mungkin terpaksa mengambil tindakan menutup sementara […]

Trending Fri, 18 Oct 2019

Hanya Kerana Marah Dua Beranak Dikerat

Bertindak di luar kawalan mengerat anggota badan

Fab Foodies! Tue, 7 May 2019
Featured Sun, 5 Apr 2020
Featured Tue, 19 Nov 2024
Trending Sun, 20 Jan 2019

Nama Pada Bayi ‘Seviyeli Roumeli Hissar 1453’ , Apa Maksudnya?

Janggal, Bayi Baru Lahir Diberi Nama ‘Seviyeli Roumeli Hissar 1453’ Rupanya Bermaksud Ini

LIFESTYLE Thu, 13 Sep 2018
error: Content is protected !!