Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 24, 2024 @ 11:18pm

Bersalin Bayi Pra Matang, Abby Abadi Mengaku Masih Belum Dapat Khabar Dari Marissa Dania – “Tak Tahu Nak Nasihat Apa”

Pelakon Abby Abadi memaklumkan masih tidak tahu mengenai laporan berita bahawa anak perempuannya, Marissa Dania sudah bersalin.

Katanya memetik laporan mStar, dia sama sekali masih belum mendapat perkhabaran sahih mengenai kandungan Marissa yang berusia 6 bulan itu meninggal dunia semasa dilahirkan.

“Saya tak tahu nak nasihat apa.

“Tak tahu (berita Marissa keguguran). Serba tak tahu buat masa sekarang,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, pada Sabtu, Marissa dilaporkan telah dikejarkan ke sebuah hospital apabila mengadu berasa sakit dibahagian perut selepas menghadiri acara pelancaran produk baru-baru ini.

Lebih menyedihkan, bayi pra matang yang dilahirkan itu bagaimanapun tidak dapat diselamatkan.

Menurut sumber Harian Metro, berita mengenai kejadian itu hanya diketahui oleh Norman dan orang terdekat sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN:Alami Sakit Perut, Bayi Sulung Marissa Dania Hakim Meninggal Dunia Ketika Dilahirkan 

ARTIKEL BERKAITAN:“Doakan Yang Baik-Baik” – Didakwa Berbadan Dua, Marissa Dania Kunci Mulut

ARTIKEL BERKAITAN:“Macam Ada Isi Je…” – Penampakan Baby Bump, Netizen Dakwa Marissa Dania Kini Hamil?

Sebelum ini, hantaran di Instagram Stories Abby menyorot perhatian ramai apabila dia memuat naik tangkap layar laporan berita mengenai anak yang kehilangan ibu mereka sejak sebulan yang lalu.

Menurutnya, ada anak yang masih mempunyai ayah dan ibu yang menjaga sejak kecil namun sudah dilupakan.

ARTIKEL BERKAITAN:Kongsi Berita Anak Rayu Ibu Pulang, Hantaran Abby Abadi Raih Perhatian – “Jaga Dari Kecil, Belum Apa-Apa Dah Dilupakan”

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 Sep 2025
Hiburan Wed, 22 Sep 2021

Bersalin Seminggu Awal, Ayda Jebat Selamat Lahirkan Baby Girl

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat selamat menimang cahaya mata perempuan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada jam 7.07 malam semalam. Suami Ayda, pengacara Nabil Mahir memaklumkan berita gembira itu kepada Harian […]

Hiburan Tue, 14 Nov 2023
Hiburan Wed, 6 Mar 2019

Noraniza Idris Teruja Pertama Kali Buat Konsert Besar

Sepanjang 30 tahun karier saya, inilah baru pertama kali saya mengadakan konsert besar-besaran.

Featured Thu, 30 Dec 2021

Ugut Mahu Bakar Rumah Jika Bapa Tak Beli Burger, Lelaki 29 Tahun Dipenjara

Mahkamah Majistret Selayang pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara lima bulan terhadap seorang lelaki yang membuat ugutan untuk membakar rumah jika bapanya tidak membeli burger untuknya dengan segera. Memetik laporan BERNAMA, Mohammad Adib Akmal Mohd Sauffi, […]

Featured Wed, 17 Feb 2021

NTV7 Lancar Didik TV KPM Bermula Hari Ini, Platform Terbaik Buat Pelajar

NTV7 hari ini memeterai kerjasama dengan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (“KPM”) dalam melancarkan saluran khusus TV Pendidikan dan Didik Hiburan yang dikenali sebagai DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (DidikTV KPM). DidikTV dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri […]

Featured Wed, 12 Nov 2025

Mickey Ayo Join Trend Lagu Kacamata Afgan, Komen Nora Danish Raih Perhatian

ejaka yang dikenali sebagai Mickey Ayo sekali lagi mencuri perhatian selepas video pendek miliknya dimuat naik menerusi platform TikTok.

Trending Tue, 31 Jul 2018
error: Content is protected !!