Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 27, 2024 @ 3:11pm

Syamsul Yusof, Ira Kazar Gagal Hadir Ke Mahkamah Bagi Sebutan Kes Perceraian

Pengarah sensasi, Syamsul Yusof dan isterinya, Ira Kazar gagal hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, hari ini bagi kes perceraian mereka.

Menurut peguam syarie mewakili pengarah dan pelakon sensasi, iaitu Azmi Rais mengesahkan mengenai perkara demikian.

“Sepatutnya hari ini (Selasa) sebutan kes tuntutan cerai, perceraian dengan kebenaran mahkamah. Saya dimaklumkan Ira tidak hadir kerana dia baru lantik peguam, jadi Syamsul juga tidak hadir.

“Syamsul sedia lepaskan Ira hari ini, tapi Ira tidak hadir. Itu yang dimaklumkan kepada saya. Kalau boleh kes mahkamah ini nak dipercepatkan bukan dilambatkan.

Susulan itu, Azmi memaklumkan, mahkamah akan menetapkan tarikh baharu bagi sebutan kedua kes perceraian pasangan itu.

“Hari ini mahkamah akan bagi tarikh baharu untuk sebutan yang kedua. Andai kes cerai ini m Ira tak setuju, pasangan tersebut perlu melalui prosedur JKP (Jawatankuasa Pendamai).

Insert Pic

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan Azmi Rais sudah mengesahkan tindakan anak guamnya itu yang memfailkan cerai terhadap Ira di mahkamah atas alasan sudah tiada persefahaman.

Terdahulu, Syamsul dan Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin yang juga anak kepada pelakon, Kazar Saisi, bernikah di Selatan Thailand pada 6 Januari tahun lalu.

Susulan itu, pelakon Puteri Sarah, 39, yang juga isteri pertama Syamsul ketika itu nekad memfailkan perceraian dan mereka akhirnya sah bercerai talak satu pada 14 Jun tahun lalu. Mereka juga dikurniakan dua cahaya mata.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 29 Mar 2022

72 Lokasi Bazar Ramadan Mula Beroperasi Ahad Ini

Alhamdulillah, ada yang rindu nak pegi bazar ramadan?

Hiburan Wed, 3 Oct 2018

Lepas Gong Nekara, Duo Popular Ini Bakal Duet Dengan ‘Sifu’

Siapa agaknya eh ‘sifu’ yang dimaksudkan? Hurm…sama-sama kita tunggu. Single itu bakal ke udara berkemungkinan awal tahun depan. Tak sabarnya!

Hiburan Mon, 11 Mar 2019

Pantene Encourages Women to Keep Active in Sports through #WANITABESI

Because women are capable of really anything!

Hiburan Thu, 16 Nov 2017

Bagaikan Jatuh Di Timpa Tangga Untuk Kamal Adli

Lepas satu-satu masalah timbul, baru lepas gagal dalam percintaan kali ini tentang diri yang mengalami kemalangan

Featured Thu, 11 Dec 2025

“Bukan Semua Duda Bak Malaikat & Janda Macam Sy*itan”- Fazley Yaakob

Fazley tampil mempersoalkan mengapa layanan masyarakat terhadap kedua-dua status itu sering dijadikan ‘bahan’.

Featured Wed, 19 Apr 2023
Filem Thu, 26 May 2022

Jayakan Watak G*y, Sean Ghazi Harap Penonton Berfikiran Terbuka

Penyanyi dan pelakon Sean Ghazi berpendapat sebagai seorang anak seni, sudah menjadi tanggungjawab besar untuk menghormati apa sahaja karakter yang telah diamanahkan oleh pengarah. Terbaharu, Sean menjayakan watak lelaki homoseksual dalam filem ‘Split Gravy Ke […]

Featured Mon, 15 Aug 2022
error: Content is protected !!