Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 27, 2024 @ 3:24pm

Mahkamah Tetapkan 25 September Depan Sebagai Sebutan Semula Kes Perbicaraan Cerai Syamsul Yusof, Ira Kazar

Peguam yang mewakili pengarah tersohor, Syamsul Yusof iaitu, Azmi Rais memaklumkan, Mahkamah hari ini menetapkan tarikh baru bagi kes perbicaraan perceraian pasangan itu.

Kata Azmi, Ira Kazar dikehendaki hadir ke Mahkamah bagi sebutan semula kes.

“Ira dikehendaki hadir pada tarikh tersebut dan prosedur mahkamah akan tanya sama ada dia bersetuju atau tidak pada tuntutan tersebut.

“Sekiranya Ira bersetuju maka Syamsul boleh lafazkan dan sedia melepaskan,” katanya.

Mengulas lanjut, Azmi Rais memaklumkan, alasan sebenar kepada perceraian ini adalah kerana tidak wujud sefahaman dan mengenai soal masih tinggal sebumbung atau tidak, Azmi enggan mengulas lanjut.

“Semua tertakluk pada prosiding mahkamah. Masih tak sefahaman dan sebumbung tidak pasti,.

“Dan, sebarang keputusan akan dinyatakan nanti pada tarikh perbicaraan,” jelasnya. 

Terdahulu, kedua-dua pasangan itu tidak dapat hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak, Timur, pada Selasa.

Ditanya mengenai respon Syamsul mengenai tarikh sebutan semula, Azmi berkata pengarah filem KL Gangster itu akur dengan keputusan mahkamah.

“Seperti saya katakan, Syamsul memang bersedia melafazkan dan melepaskan Ira hari ini. Syamsul terpaksa akur apabila tunda tarikh baharu. Saya difahamkan mereka memang tiada kesefahaman.

Dalam pada itu, Azmi turut berkongsi keadaan Syamsul berhubung kemulut rumah tangganya.

“Syamsul nampak tenang sahaja”

Namun begitu, mereka memilih untuk mengunci mulut dan tidak memberikan sebarang respons mengenai gosip tersebut.

Sekadar info, Syamsul dan Ira iaitu anak pelakon Kazar Saisi mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Susulan kes perkahwinan kedua Syamsul bersama Ira, pelakon jelita Puteri Sarah nekad memfailkan cerai sebelum sah berpisah pada 14 Jun tahun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Jun 2022
Featured Tue, 5 Sep 2023

Kekal Positif! Chef Wan Kini Berimej Botak Akibat Kesan Rawatan Kemoterapi

Alahaiiii… terus semangat Chef Wan! Kami doakan yang terbaik 💗

familuv Tue, 9 Jul 2019
Hiburan Mon, 26 May 2025

Aina Abdul Pernah Berhenti Menulis & Menyanyi Demi Kewarasan Diri – “Saya Nak Cipta Lagu Tanpa Tekanan”

Penyanyi Terus Hidup itu dedah pernah berhenti menulis dan menyanyi demi rawat emosi

Trending Wed, 23 Dec 2020
Hiburan Fri, 21 Jun 2019

‘Nak Gugur Jantung Pagi Tadi’- Ezzaty Abdullah Kongsi Pengalaman Cemas

Nasib baik tiada sebarang kehilangan, kena lebih berhati hati lepas ini.

Hiburan Fri, 25 Jan 2019

《比悲伤》刘以豪陈庭妮今旋风来马谢票!记下来啦~

《比悲伤更悲伤的故事》在大马「收割」650万令吉票房,剧组兑现承诺让「成全CP」刘以豪和陈庭妮来马亲自向观众谢票!

Featured Tue, 15 Aug 2023
Hiburan Mon, 21 Apr 2025
error: Content is protected !!