Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 29, 2024 @ 5:37pm

Membesar Tanpa Kasih Seorang Ayah, Kakak Umisya Mazlan Dedah Dibesarkan Dalam ‘Broken Family’ – “Selain Mak, Kami Lah Tempat Dia Mengadu”

Kakak kepada Umisya Mazlan iaitu, Nadia Mazlan tampil memberikan respons terhadap soalan-soalan popular yang kerap ditanya netizen mengenai adiknya.

Menurut Nadia, dia tampil menjawab soalan tersebut kerana ingin berkongsi kisah disebalik ‘kekuatan’ yang dimiliki Umisya terutamanya dalam menghadapi ujian rumah tangganya.

Kongsi Nadia, mereka empat adik-beradik dibesarkan tanpa kehadiran susuk seorang ayah dan Umisya hanya mendapat kasih  seorang ‘lelaki’ hanya daripada abang-abang iparnya sahaja.

“Selalu dapat DM balas, kuatnya Misya ni Kak Ya? Mana dia dapat kekuatan, dah lah muda lagi.

“Kami dibesarkan dalam broken family, kami bukan dari keluarga yang hidupnya senang. Kami empat beradik perempuan kesemuanya. Jarak usia antaran kami dan Misya jauh sangat.

“Misya dibesarkan oleh mak dan kakak-kakaknya sahaja. Hidup Misya hanya ada mak dan kakak-kakak. Masa kecilnya tiada figura lelaki dalam hidupnya. Dia dapat rasa kasih sayang dan perlindungan dari abang-abang iparnya dari kecil. Terutamanya suami Kak Ya yang anggap Misya seperti adik kandungannya sendiri,” katanya.

Mengulas lanjut, Nadia menjelaskan bahawa tindakan adik-beradiknya selama ini yang dilihat sentiasa tampil mempertahankan Umisya adalah disebabkan pesanan ibunya yang meminta untuk mereka menjaga adiknya itu.

“Mak selalu pesan, adik-beradik jangan bergaduh. Jangan berpecah belah, jangan bairkan adik kau… jangan diam kalau ada orang buat adik kau. Anak-anak dia jangan biarkan. Kalau mak tak ada tolong tengokkan adik dan benda ni mak selalu ulang-ulang pesan.

“Tahu tak kenapa kami rasa sakit bila ada yang ebrcakap bukan-bukan tentang adik kami. Sebab selain dari mak, kamilah tempat dia mengadu. Kami tahu bila dia dalam kesusahan, sedih dan happy,” jelasnya.

Terdahulu, kakak kepada Umisya, Sella Mazlan tampil menegur tindakan segelintir netizen yang menuduh adik mereka berasa gembira diatas berita kematian anak sulung Marissa Dania Hakim.

ARTIKEL BERKAITAN:“Sila Jaga Kata-Kata!” – Dituduh ‘Happy’ Madu Kematian Anak, Kakak Umisya Tegur Netizen… Dedah Adik Urus Jenazah Bayi Marissa

ARTIKEL BERKAITAN:“Jangan Pernah Menyesal Jadi Terlalu Baik, Kerana Hadiahmu Bukan Pada Manusia Tapi Allah” – Umisya Mazlan

ARTIKEL BERKAITAN:“Lepas Poligami Laki Makin Sayang.. Tak Percaya? Minta Laki Akak Kahwin Lagi” – Umisya Mazlan Sinis Balas Komen Celupar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 1 Feb 2018

AMIRA OTHMAN DAN RADIN BERCINTA?

Menurut Amira, dia masih tidak mempunyai hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki. Dan, berharap calon kekasihnya itu bukanlah dari kalangan orang industri

Trending Wed, 24 Feb 2021

[EKSKLUSIF] G Dragon & Jennie BLACKPINK Jalin Hubungan Cinta

Wow! G- Dragon & Jennie BLACKPINK ❤

Kisah Viral Tue, 10 Feb 2026

Didakwa Mencanang Kemelut Rumah Tangga Kak Nona, Kak KM Luah Rasa Kecewa – “Jangan Petik Nama Saya”

Kak KM kecewa apabila dia dituduh mencanang kemelut rumah tangga Kak Nona.

Eat Travel Fri, 4 Jan 2019
Hiburan Thu, 19 Apr 2018

Hantaran Unik Dynas Buat Bakal Suami

Saya anggap ini hantaran paling istimewa. Daripada saya belikan barang lain, lebih baik saya hadiahkan sesuatu yang bermanfaat dan boleh dikenang sampai bila-bila…auw, sweet habis la awak ni Dynas!

Trending Mon, 25 Apr 2022

Lepas Dikecam Netizen, Menteri Hal Ehwal Agama Nasihat Aliff Syukri Tarik Balik Video Kontroversi

Hal Ehwal Agama saran Aliff Syukri tarik semula muzik video Kelepok Raya

Hiburan Wed, 7 Mar 2018

Jamal Abdillah Perkenalkan Isteri Terbaru

11 bulan menyimpan tentang perkahwinannya dan hari ini berkongsi berita dengan para media, siapakah suri didalam hatinya

Featured Mon, 23 Sep 2019

Ini cara untuk kira berapa sudu gula yang ada dalam minuman anda

Bayangkan berapa banyak gula yang anda ambil!

error: Content is protected !!