Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin August 30, 2024 @ 2:00pm

5 Program Nyanyian Popular Yang Berjaya Mencungkil Bakat Bertaraf Antarabangsa!

Rancangan pencarian penyanyi bukanlah sesuatu yang baharu dalam kalangan masyarakat khasnya di Malaysia.

Bertujuan mencungkil bakat terpendam setiap peserta, inisiatif rancangan ini diadakan adalah untuk mencari pelapis penyanyi-penyanyi berbakat dalam industri seni tanah air.

Malah, melalui platform ini juga, Malaysia mampu melahirkan artis bertaraf antarabangsa yang mempunyai peminatnya tersendiri.

Berikut merupakan lima rancangan realiti nyanyian popular terbitan Media Prima. Let’s find out!

1. Mentor

Mentor ialah sebuah pertandingan nyanyian berbentuk rancangan realiti yang mengetengahkan peranan artis ternama selaku mentor yang akan membimbing protege masing-masing.

Sesuai dengan tema ‘Tunjuk Ajarku Sifu’, rancangan ini berjaya menambat hati peminat malah masyarakat tempatan untuk menyertai pertandingan tersebut.

Memulakan siarannya pada tahun 2005 sehingga 2014 sebelum ditukar menjadi Mentor Legend dan Mentor Milenia.

Antara artis-artis yang terlibat sebagai mentor dalam program ini adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Amy Search, Datuk Zainal Abidin, Mas Idayu, Nora, Liza Hanim, Datuk Hattan, Ajai, Awie, Dayang Nurfaizah dan Jaclyn Victor.

Seperti program realiti lain, Mentor sudah berjaya membuktikan bahawa bakat yang dilahirkan bukanlah calang-calang.

Antara bakat yang berjaya mencipta nama sehingga ke harini adalah Shiha Zikir, Aina Abdul, Black Hanifah, Fiq, Sarah, Azmil dan ramai lagi.

2. Malaysian Idol

 

Malaysian Idol adalah siri Idol versi Malaysia yang diperkenalkan di United Kingdom, sama seperti program lain iaitu Pop Idol dan American Idol.

Malaysian Idol adalah pertandingan untuk mencari bakat baru di Malaysia selain populariti yang diterima peserta.

Dalam program ini, juaranya akan menerima kontrak dari syarikat rakaman popular termasuklah peserta tang meraih populariti dalam kalangan masyarakat.

Antara artis yang dilahirkan dalam program ini adalah, Jaclyn Victor, Dina Nadzir, Niki Palikat dan Fazli Zainal.

Manakala, peserta bagi musim kedua yang berjaya menjadi artis syarikat rakaman adalah, Daniel, Nita Hamzah, Farah Ayikin dan Ashvin Nair.

3. One In A Million

One in a Million (OIAM) merupakan program realiti berbentuk pertandingan menyanyi yang disiarkan di 8TV dan menawarkan hadiah berjumlah RM 1,000,000 kepada juaranya

Menitik beratkan ciri-ciri istimewa dan unik dalam format OIAM termasuklah mengalu-alukan penyertaan artis yang masih memegang kontrak rakaman, proses Central Eliminations yang melibatkan ujian “Blind Test” yang mana juri akan memerhati bayangan peserta sambil menilai mutu vokalnya, dan proses penyingkiran dijalankan di awal setiap malam pertandingan mingguan.

Semenjak diperkenalkan pada tahun 2006 sebagai ganti bagi program Malaysian Idol, OIAM sudah disiarkan selama tiga musim, dan berjaya melahirkan juaranya iaitu, Suki Low Sook Yee (2006), Norayu Damit (2008) dan Shah Indrawan Ismail atau Tomok( 2009).

Bagaimanapun, antara peserta yang lahir dari program ini dan berjaya mencipta nama dalam industri adalah, Yuna, Aliff Satar, Faizal Tahir dan Dayang Nurfaizah.

4. Sinaran Pasport Kegemilangan

Sinaran Pasport Kegemilangan adalah sebuah pertandingan mencungkil bakat dalam kalangan orang berbakat dalam bidang seni di seluruh Malaysia.

Kali pertama disiarkan di TV3 adalah pada 4 Jun 1994 dan juara bagi Musim pertama adalah, penyanyi dan pelawak, Shamsul Ghau Ghau dengan ‘tag-line’nya ghau-ghau bau dia’.

Disiarkan selama 10 musim, program
Ini bagaimanapun mengalami perubahan konsep selepas dua musim pertama siarannya. Dek kerana ia lebih memfokuskan kepada komedi, berbanding musim ketiga dan keempat yang lebih memfokuskan kepada nyanyian.

Selain Syamsul Ghau Ghau, antara artis yang berjaya lahir dari program ini adalah, Kumpulan Senario.

5. Famili Duo

Famili Duo ialah sebuah rancangan televisyen realiti Malaysia yang disiarkan di TV3.

Berdasarkan daripada rancangan Family Singing Show di 8TV ia menampilkan selebriti popular tanah air bersama ahli keluarga dan saudara-mara menonjolkan bakat nyanyian masing-masing di mana setiap persembahan mereka akan dinilai oleh juri profesional.

Diiktiraf sebagai rancangan TV realiti nyanyian keluarga pertama di Malaysia, Famili Duo berjaya mencipta persona nya tersendiri apabila disiarkan selama tiga musim.

Antara artis yang terlibat dalam program ini adalah, Naim Daniel dan Emylia Izzati, Yamani Abdillah dan Zaki Yamani, Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi, Shila Amzah dan Syahir Amzah, Tom dan Fuad serat ramai lagi barisan artis terkemuka tanah air.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 16 Jan 2023
Hiburan Sat, 24 Jan 2026

“Kami Sedia Disaman, Dipenjara Sekalipun” – Puteri Balqis Tegas Pertahan Kenyataan

Aqish turut mendedahkan pihaknya bersedia untuk berkongsi bukti-bukti membabitkan isu tersebut

Featured Thu, 15 Sep 2022

[VIDEO] Remy Ishak ‘Pasrah’ Jadi Model Beg Isteri – “Kerja Baru Lepas Rehat Dari Berlakon…”

Fuhhh, lain macam rambut Remy Ishak 🤩 Katanya rehat berlakon sebab rasa diri hilang?

Hiburan Tue, 26 Nov 2019
Featured Fri, 15 May 2026

“Dia Ni Menggerunkan”- Aedy Ashraf Kagum Aura Zul Ariffin

Aedy Ashraf mengakui selebriti popular, Zul Ariffin mempunyai aura tersendiri sehinggakan boleh menarik perhatian sesiapa sahaja.

Hiburan Fri, 2 Mar 2018

Program Hip Terbaik Bakal Temui Penonton Pada 5 Mac Ini!

Kepada penonton yang terlepas mengikuti rancangan-rancangan menarik di ntv7, anda boleh menyaksikan program hebat ini menerusi portal video rasmi kami hanya tonton.com.my 

Hiburan Tue, 3 Aug 2021

Lagu Inteam Berkumandang di Bumi Gaza

Walaupun pandemik Covid-19 sedang melanda Malaysia dan seluruh dunia, itu tidak menghalang kumpulan nasyid Inteam untuk terus menghasilkan single baru berjudul Al-Quds Lana. Apa yang lebih membanggakan, single tersebut yang bermaksud Al-Quds (Baitul Maqdis) milik […]

Events Tue, 12 Nov 2019

Fauziah Latiff Kembali Galas Tanggunggjawab Besar Dalam ‘Mahathir The Journey’

Wah, tak sabar rasanya nak tengok perjalanan kisah hidup Tun M!

Hiburan Thu, 17 May 2018

西城秀树骤逝!心脏衰竭享寿63岁

以翻唱《YMCA》走红的日本殿堂级歌手西城秀树,曾在2003及2011年两度中风,造成右半身麻痹后遗症,不过2016年克服身体不适;没想到17日传出他因心脏衰竭骤逝,享寿63岁。

Hiburan Thu, 25 Sep 2025
error: Content is protected !!