Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 6, 2024 @ 3:56pm

Diana Danielle Puas Hati Abang Bas ‘Crush’ Budak Sekolah Diberkas Pihak Polis – “Syukur Ada Undang-Undang”

Penyanyi dan pelakon jelita, Diana Danielle berpuas hati terhadap tindakan pihak polis yang memberkas seorang pemandu bas berusia 24 tahun selepas didapati memuat naik kandungan digital mengakui suka atau ‘crush’ pada kanak-kanak sekolah.

Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram, isteri kepada aktor, Farid Kamil ini meluahkan rasa berang apabila pemandu bas tersebut membuat video seolah-olah berunsurkan seksual terhadap kanak-kanak.

Ibu anak dua ini turut bersyukur apabila wujud undang-undang dan akta dalam melindungi keselamatan kanak-kanak.

“Sebagai ibu, saya puas hati dengan tindakan polis kali ini tentang isu pemandu bas yang sibuk merakam video pelajar yang dia suka sangat tu. Walaupun dia cakap itu sebenarnya anak buah dia.

“Kita pun dah tengok sejak kebelakangan ini keluarga rapat pun tak boleh dipercayai. Banyak kes haruan makan anak. Apa abang bas tu ingat sebab itu anak buah dia, dia boleh ‘sexually objectify’ dan anggap sebagai content?

“Dalam satu siaran langsung, pemandu bas itu ada mengatakan ibu bapa kanak-kanak tersebut mengetahui dan tidak kisah mengenai tindakannya berkongsi video-video itu.

“Malangnya, undang-undang melindungi kanak-kanak daripada perkara sedemikian dan saya bersyukur ia diwujudkan. Pemandu bas ini sepatutnya tidak dibenarkan untuk bekerja berhampiran kanak-kanak lagi,” tulisnya.

Diana Danielle

Sebelum ini, seorang pemandu bas telah ditangkap oleh pihak polis selepas memuat naik video kandungan digital memaparkan kanak-kanak sekolah.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata lelaki berusia 24 tahun itu berjaya diberkas di Simpang Renggan, Johor kira-kira jam 2.57 pagi.

Susulan itu, Majistret Suhaila Safi’uddin membenarkan perintah reman kepada pembandu bas tersebut bermula hari ini sehingga 10 September.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(a)(III) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 15(2) Akta Kanak-Kanak 2001.

Artikel Berkaitan: ‘Crush’ Dengan Kanak-Kanak Sekolah, Abang Bas Direman 5 Hari… Akaun TikTok Lebih 650,000 Pengikut Kena ‘Banned’!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 16 Feb 2025

AJL39: Hael Husaini ‘Upah’ Bodyguard Demi AJL? Harap Kesihatan Stabil Tidak Jejaskan Persembahan

“Saya harap kesihatan saya stabil dan AJL39 kali ini memberikan impak yang besar untuk industri kita ditahun 2025 ini.

Featured Thu, 25 Apr 2024

Sarah Yasmine Dedah Caprice ‘Dalang’, Siap Susun ‘Plan’ Untuk Aliff Aziz & Ruhainies – “Semua Benda Datang Dari Dia”

Pergh! Better jaga tepi kain sendiri je lah Cap. Tak pasal-pasal family awak terpalit kecaman😪

Hiburan Tue, 26 Nov 2024
Hiburan Tue, 26 Dec 2017

张祖诚比赛唱一半中断!全场评审傻住

大马创作歌手张祖诚在24日播出《不凡的改变》中,致敬周蕙《好想好好爱你》,他的微醺嗓音,让所有评审包括原唱周蕙都按铃通过。没想到当最后一位评审按铃,全场灯亮时,张祖诚却突然停下来傻笑,引起现场一片惊呼。

Events Mon, 21 Jan 2019

Shane Filan and Local Artists Light Up The City of Elmina

It was en epic, star-studded evening.

error: Content is protected !!