Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 8, 2024 @ 8:41pm

Berang Segelintir Netizen Backup Isu Abang Bas, Tiz Zaqyah Dedah Kisah Gelap Rakan Jadi ‘Mangsa’ Pak Cik Sendiri – “Semua Bermula Dari Sentuh Bibir”

Pelakon, Tiz Zaqyah berang apabila terdapat segelintir netizen yang mempertahankan isu pemandu bas memuat naik kandungan digital yang mengakui suka kepada kanak-kanak sekolah.

Menerusi platform X, aktres drama popular Nur Kasih ini mendedahkan kisah hitam rakannya yang menjadi ‘mangsa’ gangguan seksual bapa saudaranya sendiri.

“Saya ada seorang kawan rapat yang ada sejarah hitam dengan pak cik dia sendiri. Semuanya bermula dari menyentuh bibir sehingga berciuman di sebalik pintu tertutup,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Tiz atau nama sebenarnya Siti Zayqah Razak, 35, menegaskan rakan baiknya itu tidak dapat bersuara atau menghalang perbuatan terkutuk bapa saudaranya itu.

“Dia tahu apa yang pak cik dia buat itu salah, tetapi dia tak boleh menjerit kerana itu pak cik dia.

“Berapa lama dia menderita sehingga dia cukup ‘dewasa’ untuk keluar dari situasi itu,” katanya lagi.

Tiz Zaqyah

Sebelum ini, seorang pemandu bas telah ditangkap oleh pihak polis selepas memuat naik video kandungan digital memaparkan kanak-kanak sekolah.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata lelaki berusia 24 tahun itu berjaya diberkas di Simpang Renggan, Johor kira-kira jam 2.57 pagi.

Susulan itu, Majistret Suhaila Safi’uddin membenarkan perintah reman kepada pembandu bas tersebut bermula hari ini sehingga 10 September.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(a)(III) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 15(2) Akta Kanak-Kanak 2001.

Artikel Berkaitan: ‘Crush’ Dengan Kanak-Kanak Sekolah, Abang Bas Direman 5 Hari… Akaun TikTok Lebih 650,000 Pengikut Kena ‘Banned’!

Artikel Berkaitan: Diana Danielle Puas Hati Abang Bas ‘Crush’ Budak Sekolah Diberkas Pihak Polis – “Syukur Ada Undang-Undang”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 16 May 2019

Jason Mraz相隔7年再来马!音乐传递「爱最重要」

42岁美国音乐才子Jason Mraz总是在音乐中传递「爱最重要」这次也不例外;他多次呼唤粉丝跟自己一起深呼吸转换心境,别在意别人眼光,最重要是做回自己。

Hiburan Fri, 19 Apr 2019
Featured Thu, 20 Oct 2022
Hiburan Sun, 21 Dec 2025

Dari Karate Ke Layar Perak, Saha Champ Raih Peluang Emas Selepas Filem Tiket Sehala

Bekas atlet karate negara ini tidak menyangka pembabitannya dalam filem Tiket Sehala membuka laluan rezeki lebih luas.

Trending Tue, 2 Mar 2021
Featured Tue, 4 Nov 2025

“Kalau Allah Dah Kasi Titik, Jangan Ubah… Jalan Terus! ” – Aprena Manrose

Tidak mempersoalkan setiap ketentuan yang terjadi adalah cara untuk bergerak terus ke hadapan.

Trending Fri, 17 Dec 2021

Idris Khan & Intan Najuwa Bakal Hangatkan Drama Bersiri Saat Kau Takluk Cinta Ini Di Slot Samarinda TV3

Menyusuli Cukup Derita Itu, Saat Kau Takluk Cinta Ini akan mengisi slot Samarinda bermula 20 Disember 2021, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQiyi pada hari yang […]

error: Content is protected !!