Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 10, 2024 @ 3:00pm

Lagu & MV Bukit Mak Dikritik Persenda Agama, PU Syed Tegur Namawee & Harith Iskander – “Jangan Sentuh Isu Sentimen Di Malaysia”

Pendakwah bebas, PU syed tampil memberi teguran secara terbuka kepada pengarah dan pemuzik sensasi, Namawee dan pelawak, Harith Iskander berhubung lagu berjudul Bukit Mak.

PU Syed atau nama sebensrnya, Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 42, menganggap karya tersebut keterlaluan kerana menyentuh isu sensitiviti dalam kalangan masyarakat.

“Lagu-lagu seperti ini dan karya-karya Namewee ini sebenarnya mencemarkan negara. Boleh Google sendiri, dia buat kontroversi terhadap agama, bangsa dan negara.

“Dia buat banyak perkara tapi saya pelik dia boleh terlepas, tidak dikenakan tindakan undang-undang sedangkan terlalu banyak isu berbangkit menyentuh isu negara,” katanya.

PU Syed berkata demikian menerusi sebuah entri yang dimuat naik di platform Instagram miliknya.

Sementara itu, PU Syed turut menegur Harith yang didakwa telah menggunakan agama menerusi lagu tersebut yang dijadikan sebagai bahan jenaka.

“Buat Harith Iskander, sebagai pelakon banyak benda yang kamu boleh pertonjolkan kepada khalayak tetapi tidaklah mencemarkan agama atau mempermainkan agama sebagai untuk ‘content’ untuk buat video klip dan sebagainya,” bidasnya.

Di akhir video tersebut, PU Syed memberi pesanan kepada kedua-dua selebriti itu agar tidak menggunakan elemen sentimen yang boleh menyentuh isu sensitiviti di Malaysia.

“Jadi, peringatan saya untuk Namewee dan Harith, jangan memainkan sentimen dalam hidup kita di Malaysia ini,” katanya lagi.

Sebelum ini, Harith memuat naik sedutan video pendek seperti ‘teaser’ kepada lagu Bukit Mak yang dirinya menyaman seorang wanita yang berpakaian seksi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Apr 2026

Zizi Kirana Seru Henti Perbalahan, Ajak Fokus Kepada Misi Sumud 2.0

Zizi Kirana berharap orang ramai tidak terbawa-bawa dengan perbalahan yang boleh menjejaskan fokus utama misi Sumud 2.0.

Hiburan Thu, 29 Mar 2018

Sweet! Awi Rafael Cipta Lagu Untuk Tunang Tersayang

Lagu Rahasiaku ini saya cipta ketika dalam proses mengenali hati budi dia…Romantiknya Awi!

Hiburan Thu, 30 Nov 2023

Bertahun-Tahun Simpan Duit, Meerqeen Syukur Angan-Angan Miliki Mercedez Benz G-Class Jadi Kenyataan

Kagum betul dengan Meerqeen, berdikari dan sangat kerja keras🫡

Hiburan Sun, 11 Aug 2019

Idayu Keluar Single Terbaru

Goodluck Idayu!

Hiburan Tue, 15 May 2018

Event Emcee Asks Audience to Chant Sexist Remark at TWICE

The emcee has apologised but people are still unhappy about the incident.

Hiburan Wed, 6 Mar 2019

Mungkin Bersatu Jika Ada Jodoh

Jika jodoh tidak ke mana. Hanya itu jawapan paling ikhlas yang dapat saya berikan.

error: Content is protected !!