Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 10, 2024 @ 9:21pm

Tulis #GoodbyeSingle, Nina Ismail Sabri Bakal Berkahwin Dalam Masa Terdekat?

Usahawan Nina Ismail Sabri memberi bayangan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), bekas isteri kepada pereka fesyen Datuk Jovian Mandagie ini berkongsi foto memakai selempang ‘bride to be’ dan menyambut ‘bachelorette party’ bersama rakan-rakannya.

Apa yang menarik perhatian adalah di ruangan kapsyen Nina meletakkan #goodbyesingleNina seolah-olah mengiyakan dia bakal berkahwin tidak lama lagi.

“Saya sangat bersyukur mempunyai wanita-wanita ini dalam hidup saya. Terima kasih untuk hujung minggu yang penuh dengan cinta dan tawa, saya dah rindu semua punya kecoh. Hidup saya tenang sangat hari ini. Saya berdoa semoga Allah sentiasa rapatkan kita dan pelihara persahabatan kita.

“Saya dibesarkan tanpa seorang kakak, jadi Allah sangat baik kerana telah menghantar mereka kepada saya. Love you ladies sangat-sangat,” tulisnya.

Sebelum ini, Nina berkongsi foto bersama seorang jejaka dikenali sebagai Hafiz dilihat mesra bersama.

Terdahulu, Datuk Jovian Mandagie mengumumkan dia dan isterinya, Nina Ismail Sabri sudah bercerai sejak Ogos lalu.

Memaklumkan menerusi Instagram miliknya, Jovian berkata, dia dan Nina yang juga anak bekas Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu berpisah secara baik.

Sekadar info, Jovian dan Nina berkahwin pada 11 Disember 2013.

Hasil perkongsian, pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie.

Artikel Berkaitan: Kongsi Foto Berbusana Sedondon Serba Putih, Ruangan Komen Instagram Nina Ismail Sabri Dihujani Ucapan Tahniah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 16 May 2022

Catat Memori Manis, DFP Raikan Hari Raya Dengan 3 Suara Emas di Konsert Cahaya Aidilfitri

Konsert Cahaya Aidilfitri – A Tribute to S. Atan di Dewan Filharmonik PETRONAS menampilkan 3 suara emas menyanyikan lagu-lagu raya ciptaan S. Atan.

Featured Mon, 15 May 2023
Kisah Viral Wed, 17 Jun 2020
Hiburan Tue, 24 Dec 2024

CSOIAM: Kemunculan Semula KRU Mengimbau Nostalgia!

Meriah pentas Calpis Soda One In A Million dengan kehadiran KRU!

Featured Thu, 31 Jul 2025
Konsert Wed, 13 Dec 2023
error: Content is protected !!