Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 11, 2024 @ 5:55pm

Amelia Henderson Tampil Perjelas Status Hubungan Cinta Dengan Anak Datuk K – “Saya Dengan Izara Memang Berkawan Baik Jadi…”

Pelakon jelita, Amelia Henderson tampil menjawab dakwaan berkenaan status hubungannya dengan anak bongsu Datuk Khalid Mohd Jiwa iaitu Aazief Khalid.

Memetik laporan Harian Metro, Amelia memaklumkan dia berasa serba salah apabila nama Aazief dikaitkan dengannya.

Katanya, itu adalah kali pertama dia dan Aazief bertemu ketika konsert Cinta Di Awan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang diadakan di Genting Highland pada 11 Ogos lalu.

“Saya dan Izara Aishah (menantu Siti) memang berkawan baik. Jadi, dia mengajak saya untuk menonton konsert Siti di Genting Highlands.

“Sudah tentu saya bersetuju untuk menyaksikan persembahan seorang legenda. Namun pada hari itu saya ditemani adik lelaki dan seorang lagi rakan perniagaan.

“Cuma kebetulan saya duduk bersebelahan dengan Aazief dan wajah kami ada dalam video yang dimuat naik kakak ipar Aazief iaitu Tya Ariffin.

“Saya kasihan kepada Aazief sebab dia lelaki yang baik. Tak sangka ada pula pihak buat spekulasi mengenai kami,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Dakwaan Amelia Henderson Bercinta Dengan Aazief Khalid, Ini Respons Tya Arifin – “Kalau Tengok Dari Mata Saya, Mereka Masih Berkawan Tapi…”

Dalam pada itu, Amelia memohon agar mana-mana peminat atau pihak di luar sana tidak membuat spekulasi mengenai hubungannay bersama Aazief.

“Saya mungkin dah faham dengan dunia industri seni ini. Misalnya kalau saya berlakon dengan mana-mana pelakon lelaki, akan ada yang ‘kenenkan’ saya.

“Cuma saya nak jelaskan walaupun kami duduk bersebelahan, tak semestinya kita jatuh cinta atau berkawan. Saya yakin dia mesti terkejut dengan apa yang berlaku ini.

“Sekarang saya tak tahu bagaimana nak minta maaf kepada mereka sebab secara tak langsung dah membabitkan mereka dalam hal peribadi saya,” jelasnya.

Terdahulu, dakwaan tersebut tular selepas kakak ipar Aazief iaitu Tya Ariffin berkongsi video dilaman TikTok miliknya memperlihatkan Amelia dan Aazief duduk bersama ketika hadir menyaksikan konsert penyanyi nombor satu itu.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 22 Mar 2018

Wanna One Members Bow Heads and Apologise For Controversial Broadcast

South Korea’s top boy group, Wanna One was involved in a live controversial broadcast, and now they express apologies to all fans and netizens.

Trending Fri, 4 Jan 2019

Penerbangan Ke Koh Samui Dibatalkan, Taufan Pabuk Hampiri Thailand

Penerbangan Ke Koh Samui Dibatalkan, Semua Jalan Ditutup Sepenuhnya, Taufan Pabuk Hampiri Thailand

Hiburan Wed, 12 Jun 2019

Semangat ‘Abah’ Sentiasa Dekat -Neelofa

Syawal luar biasa bagi Neelofa & keluarga tahun ini…

Featured Wed, 3 Apr 2024

Bekas Isteri Safee Sali Impi Berbuka & Sambut Hari Raya Aidilfitri Bersama Anak-Anak

Sebaknya! Ibu mana yang tak terkesan bila berjauhan dengan anak-anak😭

Events Sat, 2 Nov 2019

SYOKSYOK RIUH Invites You to Appreciate Arts and Cultures This Weekend!

Celebrate life with friends, family and food with plenty of festive flavours.

Featured Thu, 22 Aug 2024

Anggap Masalah Mental Berpunca Dari Media Sosial, Amir Jahari  Mohon Individu Dapatkan Rawatan Profesional – “Anda Tak Akan Dapat Jawapan Dari TikTok”

Ibu bapa kena mainkan peranan penting & kalau boleh cuba lebih terbuka dengan anak-anak….Yang penting, kalau ada masalah dapatkan rawatan segera okay!

error: Content is protected !!