Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 11, 2024 @ 4:56pm

[VIDEO] Berjurai Air Mata, Liyana Jasmay Sebak Arwah Kedua Orang Tua Tak Dapat Tonton Filem Baharu – “Saya Dapat Tahu Ayah Hidap Kanser Semasa ‘Shooting'”

Pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay, 36, mengalir air mata mengenangkan arwah kedua-dua ibu bapanya yang tidak dapat menonton filem baharunya, Baik Punya Ah-Long.

Ketika ditemui XTRA, Liyana sebak saat mengimbau kembali momen bersama arwah ibu yang sentiasa menemaninya dalam setiap acara membabitkan karier seninya.

“Selalunya jika ada tayangan perdana filem saya, mesti dia akan ada dan menemani. Tetapi malam ini, mereka tidak ada dengan saya,” katanya.

Sementara itu, pelantun lagu popular Aku Tak Percaya Cinta ini turut mendedahkan dia mendapat khabar mengenai bapanya menghidap kanser paru-paru ketika sedang menjalani penggambaran filem Baik Punya Ah Long sekitar 2021.

“Semasa saya sedang menjalani penggambaran filem ini, arwah ibu ada bersama tetapi ketika itu saya dapat tahu arwah ayah menghidap kanser. Jadi, ianya sangat mencabar kerana saya perlu melakonkan watak komedi,” ujarnya.

Mengulas lebih lanjut, Liyana turut berkongsi arwah kedua-dua ibu bapanya gembira apabila mengetahui dia muncul kembali dalam filem di bawah arahan Datuk Afdlin Shauki selepas 11 tahun tidak terlibat dalam mana-mana naskah filem.

“Ibu dan ayah saya sangat teruja apabila mengetahui saya akan kembali menjalani penggambaran bersama Afdlin.

“Tetapi saya sangat sedih kerana mereka tiada untuk melihat saya hari ini. Bukan untuk filem sahaja, tetapi semua kejayaan syarikat atau diri sendiri. Mereka adalah peminat nombor satu saya,” ujarnya lagi.

@xtra_my

Tak mudah nak melalui perjalanan hidup tanpa ibu bapa di sisi, semoga terus kuat Liyana #fyp #xtra #liyanajasmay #ibuayah #kanser #taksempat #filem #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ Sedih menyentuh hati – Yuda Pratama

Liyana berkata demikian pada sidang media dan tayangan perdana filem Baik Punya Ah-Long  yang berlangsung di Mid Valley pada Selasa.

Dalam pada itu, Liyana turut meluahkan rasa syukur dan terharu apabila masih ramai pihak yang mengingati dan mengenang keperibadian arwah ibunya.

“Saya tetap gembira dan bersyukur apabila ramai yang bercakap tentang arwah ibu. Kemana sahaja saya pergi, mesti ramai yang berkata tentang kebaikan dirinya,” katanya.

Terdahulu, bapa Liyana iaitu Allahyarham Datuk Jasmay Md Shah meninggal dunia pada 17 Disember 2021, manakala ibunya Allahyarhamah Datin Habsah menghembuskan nafas terakhir kerana kanser limfoma pada 12 Mei tahun lalu.

Sekadar info, Liyana memegang watak sebagai Cik Pa di dalam filem tersebut yang turut dibintangi oleh Johan, Zizan Razak, Chew Kinwah, Afdlin, Adlin Aman Ramli dan Allahyarhamah Adibah Noor. Baik Punya Ah-Long akan mula ditayangkan pada 12 September ini.

Artikel Berkaitan: “Apa Yang Tersemat Adalah Memori…” – Liyana Jasmay Sambut Ramadan Pertama Tanpa Ibu & Bapa

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 12 Apr 2018

征兵选拔惊见「超凶爆乳妹」肩带一秒滑落

泰国宪法规定男性有服兵役的义务,因此每年都会举行征兵选拔。今年4月,东北部呵叻府(นครราชสีมา)依例进行征召,现场除了一般男性外,还出现好几名长发飘逸、气质绝佳的女子。

Hiburan Fri, 2 Feb 2018

Akhirnya Impian Tertangguh 2 Tahun Bakal Direalisasikan – Liza Hanim

Siapa yang tak kenal dengan LIza Hanim? Memiliki kekuatan vokal yang mantap meletakkan Liza Hanim berada dalam kelas tersendiri. Walaupun agak lama menyepi, pemenang Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-17 menerusi lagu Gelisah Mimpi […]

Hiburan Fri, 17 Jan 2025

Hiburan Korea Di Hujung Jari Anda, Jom Layan tvN Di Tonton!

Januari penuh dengan filem dan drama Korea yang gempak!

Featured Sat, 28 Feb 2026

“Hidup Untuk Curang!” – Tom Tampil Sinis, Luah Rasa Dipandang Serong

Penyanyi Tom meluahkan rasa kesal terhadap persepsi segelintir masyarakat yang terus menerus melabel dirinya dengan imej negatif.

Events Thu, 24 Oct 2019

陶晶莹来马开唱差点跟老公闹离婚?自称是大马天后

出道29年的陶晶莹去年底在台北首次举办大型售票演唱会,深受各界好评;而事隔20年她宁愿舍弃《金马奖》也要来马开唱,更自爆为大马场差点跟老公闹离婚!

error: Content is protected !!