Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 11, 2024 @ 4:14pm

Bertindak Liar, Pelakon Wanita Popular Didakwa Kantoi Check In Buat ‘Projek’ Dengan Sugar Daddy?

Tiada angin, tiada ribut seorang wanita didakwa pelakon wanita popular kantoi mempunyai ‘Sugar Daddy’

Lebih memeranjatkan, pelakon wanita yang dikenali sebagai ‘R’ itu dilaporkan diserbu ketika melakukan projek didalam sebuah bilik hotel.

Menurut saksi ketika sesi temu bual bersama Ashhrapp Channel, dia sama sekali tidak menjangkakan perkara tersebut terjadi kerana berlaku sedikit pergaduhan ketika dia sampai di lokasi kejadian.

“Tak sampai dalam tiga jam macam tu dia call. Masa tu aku sudah ada di rumah dan tengah berehat… dia minta aku datang satu apartment ni masa tu aku pun tengah mamai so aku terus je pergi lokasi yang diminta.

“Masa tu aku terkejut sebab kena serbu dengan isteri lelaki tu… Then, nasib baiklah hal ni tak jadi besar sehingga melibatkan JAIS ke apa,” katanya.

Mengulas lanjut, saksi yang dikenali sebagai Hilmi memaklumkan, ketika pergaduhan berlaku, artis wanita terbabit hanya menangis sekaligus menjelaskan bahawa dia dipanggil ke lokasi kejadian untuk menutup isu tersebut dari dihidu pihak media.

“Memang bergaduh suami isteri dan pelakon wanita itu hanya menangis. Masih berlakon macam di set sebenar.

“Dia call aku untuk cover sebab takut media dapat tahu. So, akulah yang kena deal dengan isteri lelaki tersebut untuk redakan keadaan.

“Masa tu aku cakap dengan isteri lelaki berkenaan elok-elok, slow talk then faham je bila isteri tengah marah tapi lepas tu semuanya okay.

“Tapi tahu-tahu esoknya, video tersebut viral. Walhal, perkara tu dah settle dengan baik,” jelasnya.

 

Tidak habis disitu, Hilmi juga mendedahkan, ketika kes tersebut viral, dia telah memaklumkan kepada aktres berkenaan untuk tidak membuka mulut dan memberikan sebarang kenyataan, namun artis yang dikenali sebagai R itu sukar untuk mendengar arahan dan bersikap liar.

“Then, bila perkara dah viral saya minta dia (artis R) jangan bagi statement. Sampailah satu tahap isu ni dah reda, tapi dia ni susah sikit, dia ni liar.. memang suka ikut kepala dia sendiri. Time tu dia still contact lagi lelaki tu. Sebab apa? Sebab lelaki tu kaya dan boleh bagi apa yang dia nak.

“Mereka ni pandai, bila isu bergolak mereka berdua akan slow down dan bila orang dah mula lupa mereka akan contact semula.Aku kena sampai cover balik dia punya salah tu.sampai satu tahap aku sendiri kena merayu-rayu dekat media dan call semua media untuk take down semua,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tampil memberikan pelbagai respons terhadap hantaran berkenaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 6 Apr 2022

Rangka Manusia Dipercayai Mati Dibunuh Di Australia Sah Rakyat Malaysia

Mangsa Choi Khai Wong dipercayai mati antara 25 Disember 2020 hingga 8 Januari 2021.

Hiburan Sat, 21 Dec 2024

Ditegur PU Syed Isu Duet Dengan Arwah Suami Guna Teknologi AI, Nora Ariffin Berlapang Dada – “Saya Akan Lebih Berhati-Hati”

Nora Ariffin terbuka terima teguran PU Syed tegur duet dengan arwah suami guna teknologi AI

Hiburan Thu, 4 Apr 2024
Featured Mon, 17 Feb 2020
Featured Thu, 12 Mar 2020
Trending Fri, 28 Sep 2018

WOW… Kasut Termahal Di Dunia Dijual Di Dubai?

Syarikat yang berpangkalan di Dubai ini percaya dengan kepadatan penduduk terdiri dari golongan hartawan di bandar ini percaya kasut ini berpotensi mendapatkan pembeli.

Hiburan Tue, 6 Nov 2018

Cemas Sebelum Naik Pentas DAA 4, Sarah Fazny Muntah Beberapa Kali

Sarah mendendangkan lagu Biarlah Merana di konsert pusingan kumpulan pertama top 36. Best sangat suaranya!

Selebriti Sun, 10 Apr 2022
Hiburan Thu, 1 Aug 2019

Congratulations! Another Big Day for Another Former U-KISS Member Kiseop!

Following his fellow group mates Dongho, Eli and Kibum, now it’s Kiseop‘s turn to tie the knot! Congrats Leonardo Dicaprio GIF from Congrats GIFs On August 1st, the former member of a 2nd generation Kpop […]

error: Content is protected !!