Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 18, 2024 @ 1:35pm

Baim Wong Buka Pintu Rezeki Di Indonesia, Anna Jobling Dapat 3 Tawaran Filem Selepas Lembayung!

Terlibat dalam filem sulung arahan Baim Wong berjudul Lembayung, pelakon cantik Anna Jobling berjaya mencipta nama di Indonesia.

Penglibatan Anna dalam filem yang ditayangkan secara rasmi di seberang bermula 18 September ini bukan sahaja memperkukuhkan namanya di pentas antarabangsa, malah membuka pintu kepada lebih banyak peluang di negara seberang.

“Saya sangat terharu dan bersyukur dengan kepercayaan yang diberikan oleh industri perfileman Indonesia.

“Selepas filem Lembayung, saya tidak menyangka akan menerima tawaran filem daripada tiga produksi berbeza di sini. Ini adalah peluang besar untuk saya kembangkan bakat dan karier di Indonesia,” kata Anna.

Pelakon yang popular menerusi drama Melur Untuk Firdaus ini turut berterima kasih kepada Baim Wong kerana membuka jalan untuknya di Indonesia.

Menurut Anna, tanpa sokongan dan bimbingan Baim, peluang seperti ini mungkin sukar untuk dicapai.

“Baim bukan sahaja seorang pengarah yang berbakat, tetapi juga seorang mentor yang banyak membantu saya. Saya berterima kasih kepadanya kerana memberi peluang kepada saya untuk terlibat dalam projek yang besar seperti ini. Beliau benar-benar membuka pintu rezeki untuk saya di Indonesia,” tambah Anna lagi.

Anna yang kini kerap berulang-alik antara Malaysia dan Indonesia melihat perkembangan kariernya sebagai satu langkah positif dalam mencipta nama di peringkat antarabangsa.

Dengan sokongan peminat dan peluang besar yang diterimanya, Anna berharap dapat terus menonjolkan bakatnya di kedua-dua negara.

Menyentuh mengenai pengalamannya pada tayangan perdana filem Lembayung di Jakarta, Indonesia baru-baru ini, Anna melahirkan rasa teruja apabila dikerumuni oleh peminat-peminat Indonesia yang menyambut kehadirannya dengan meriah.

“Saya tidak pernah membayangkan sambutan hangat seperti ini. Pemain industri di sini sangat profesional dan peminat pula sangat penyayang. Mereka sangat menghargai saya, dan saya rasa sangat gembira dan bersyukur,” jelas Anna.

Lebih mengujakan, pada majlis tayangan perdana itu, peminat-peminat yang hadir turut meraikan ulang tahun Anna yang ke-24. Peminat-peminat memberikan pelbagai hadiah termasuk jambangan bunga, menjadikan acara itu lebih bermakna buatnya.

“Saya sangat terharu apabila peminat-peminat di sini bukan sahaja menyokong kerjaya saya tetapi juga meluangkan masa untuk meraikan hari lahir saya. Ia adalah satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan,” ujar Anna.

Selain sambutan daripada peminat, Anna juga berpeluang bertemu dengan beberapa nama besar dalam industri perfileman Indonesia. Christine Hakim, Prilly Latuconsina, Giorgino Abraham dan ramai lagi bintang terkenal turut hadir pada majlis tayangan tersebut.

“Bertemu dengan nama-nama besar seperti Christine Hakim dan Prilly Latuconsina adalah satu penghormatan buat saya. Saya sangat terinspirasi dengan dedikasi mereka terhadap industri ini,” kata Anna.

Dengan pelbagai tawaran baru yang diterimanya, Anna kini sedang merancang untuk mengembangkan lagi sayapnya sebagai pelakon di Indonesia. Dia komited untuk memberikan yang terbaik dalam setiap projek yang bakal dilakukannya.

“Saya berharap dapat memberikan lebih banyak karya yang bermutu, bukan sahaja kepada peminat di Malaysia tetapi juga di Indonesia. Ini adalah fasa baru dalam karier saya dan saya akan terus bekerja keras untuk mencapai kejayaan yang lebih besar,” ujarnya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 16 Jul 2020

Yuran Asrama & Perkhidmatan Universiti Dikurangkan Sehingga 5%

Semoga pengurangan yuran ini dapat membantu

Contest Mon, 22 Jan 2018

#xtra好康头 | 送你《GoGo旺得福》贺岁专辑+红包封还不够!加码多送Jasmine新阳香米

[xtra好康头] 配合2018年戊戌狗年的到来,xtra除了将送你《GoGo旺德福》贺岁专辑以及限量版红包封外,还会加码多送10KG Jasmine新阳香米,与大家一起倒数迎接“旺得福”的到来!

Featured Thu, 16 Feb 2023
Hiburan Mon, 12 Nov 2018

Uyaina Enggan Lepaskan Peluang?

Wah, bertuah betul Uyaina ni kan, bukan sahaja cantik tetapi beliau sangat berbakat

Drama Sat, 12 Jul 2025
Hiburan Fri, 2 Feb 2018

Termuntah Atas Tunang, Meghan Trainor Serik

“Tunang sedang memandu dan saya tiba-tiba muntah ke atasnya,” kata Meghan Trainor ketika menghadiri sesi bual bicara The Talk, baru-baru ini.

Hiburan Sat, 22 Jun 2019

Abby Abadi Hamil?

Kalau betul seperti apa yang dikata, Alhamdulillah…

Hiburan Mon, 26 Aug 2019
error: Content is protected !!