Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Padin September 18, 2024 @ 4:41pm

Peminat Kuah Campur & Ayam Bawang… Jangan Lepaskan Peluang! Nasi Kandaq Festival 2.0 Bakal Berlangsung Hujung Minggu Ini

Selepas sukses dengan penganjuran kali pertama tahun lalu, Nasi Kandaq Festival 2.0 kembali lagi dari 21 hingga 22 September 2024.

Dianjurkan oleh laman web penggemar makanan FriedChillies dengan kerjasama Sunway Putra Mall dan Nasi Kandaq Hunters, festival tahun ini akan mengimbau kembali nostalgia zaman keemasan juadah nasi kandar pada tahun 70-an yang menyaksikan makanan ringkas golongan pekerja kolar biru ini melalui transisi menjadi juadah nasional yang digemari ramai.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif FriedChillies, Adly Rizal, penganjuran festival Nasi Kandaq pada tahun lepas mencatatkan kejayaan yang luar biasa dengan kehadiran lebih 20,000 orang penggemar nasi kandar.

“Selain itu, ia menghimpunkan legenda-legenda utama nasi kandar negara di bawah satu bumbung. Kami yakin acara ini akan berlangsung dengan lebih meriah pada tahun ini. Ia satu-satunya festival nasi kandar yang menampilkan hidangan dari 11 penjual nasi kandar utama negara dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor dan Ipoh di bawah satu bumbung di Sunway Putra Mall, KL.

“Kami amat gembira apabila Nasi Kandaq Fest 2.0 tahun ini turut mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Kami berharap agar semua orang akan berkunjung dengan rakan-rakan dan keluarga untuk meraikan juadah yang enak dan unik ini serta menghayati budaya dan warisan di sebalik nasi kandar,” kata Adly.

Dalam pada itu, menurut Pengurus Besar Kanan Sunway Putra Mall, Danny Lee, mereka komited untuk mempersembahkan acara unik kepada pelbagai lapisan masyarakat.

“Selepas beberapa acara bertemakan makanan pada 2023, kami sedar yang pengunjung kami sangat menanti-nantikan acara sebegini dan keterujaan ini selari dengan misi kami untuk mewujudkan sebuah ruang bagi perhimpunan dan perayaan.

“Pusat membeli-belah kami terletak secara strategik di tengah-tengah ibu kota dengan akses mudah kepada pengangkutan awam dan perkhidmatan e-panggilan. Ia lokasi yang sesuai untuk kawan-kawan dan keluarga bertemu dan menikmati acara ini secara bersama,” katanya.

Sementara itu, Pengasas Nasi Kandaq Hunters (NKH), Badrul Izam berkongsi keterujaan mereka untuk menyokong satu lagi kerjasama antara FriedChillies dan Sunway Putra Mall sempena Nasi Kandaq Fest 2.0.

“NKH yakin Nasi Kandaq Fest 2.0 akan menjadi medan perhimpunan ulung penggemar nasi kandar di Lembah Klang kerana ia menampilkan pilihan juadah yang menyelerakan dari seluruh negara.

“Dengan senarai penjual nasi kandar yang dipilih secara teliti, kami yakin setiap pengunjung akan menemui sesuatu yang memenuhi selera mereka dan pada masa sama, meneroka pelbagai rasa yang baharu. Kami mengalu-alukan semua 265,000 anggota NKH untuk menyertai pesta makanan ekstravaganza ini,” katanya.

Tak kiralah sama ada pengunjung merupakan penggemar nasi kandar yang berpengalaman atau baru ingin mencuba keenakan nasi kandar, pengunjung akan dijamu dengan pelbagai jenis kuah campur daripada juadah seperti ayam bawang dan daging hitam yang diadun oleh ‘joki’ nasi kandar kegemaran ramai serta hidangan unik seperti Ayam Piru (ayam belanda) dan “Kambing Ros”.

Bersedialah untuk menikmati kelazatan tidak terhingga juadah nasi kandar sempena festival ini yang menghimpunkan Legenda Terbilang lagi Gemilang seperti Restoran Yusuf, Relau (Pulau Pinang), Nasi Ganja Yong Suan (Ipoh), Nasi Kandar Kudu (KL), LC (Line Clear) Restoran (KL), Hameediyah (KL/ Pulau Pinang), Nasi Kandar Talam (Johor), Restoran Majeedia (Ipoh), Nasi Kandar Pelita Chai Leng Park (Pulau Pinang) dan Restoran Jamal Mohamad atau Nasi Kandar Ketapang (Pulau Pinang).

Legenda-legenda nasi kandar ini bukan sahaja akan menghidangkan juadah tersohor mereka tetapi juga berkongsi cerita dan keunggulan masakan mereka dengan penggemar-penggemar nasi kandar.

Seterusnya, bersedialah untuk turut dihiburkan dengan acara-acara pentas seperti pertunjukan cendol teh tarik dan demonstrasi memasak yang menyerlahkan kesenian di sebalik penyediaan minuman serta makanan. Pengunjung yang hadir akan berpeluang untuk merasa cendol teh tarik segar pada acara ini. Mereka yang kaki makan dan ada ‘tangki’ besar pula berpeluang untuk menyertai pertandingan makan yang akan mencabar keupayaan peserta dalam menikmati hidangan kari berapi yang melimpah ruah!

Hadirin juga berpeluang untuk bertemu sendiri dengan legenda-legenda Nasi Kandar. Pakar-pakar masakan ini akan mempersembahkan kemahiran mereka mencampurkan lapisan demi lapisan cedokan kuah kari di atas pinggan anda untuk mencipta rampaian rasa dan aroma yang melazatkan. Mereka akan mempersembahkan aksi yang bakal memukau mata dan selera anda dengan mengadunkan pelbagai rempah dan aroma bagi menghasilkan juadah yang lazat di mata dan memikat jiwa.

Festival ini juga akan dirancakkan dengan persembahan dan muzik era 70-an secara live, bagi mengimbau kenangan zaman keemasan juadah jalanan Malaysia. Di samping itu, peserta juga berpeluang menelusuri sejarah nasi kandar menerusi hiasan klasik, lagu-lagu lama dan mengenang sejarah menerusi kisah evolusi nasi kandar dalam dekad-dekad yang berbeza.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 2 Nov 2018

Jangan Lakukan 7 Perkara Ini Ketika Melancong Jika Tak Nak Dianggap Kurang Ajar

Sebelum ke negara lain, belajar tentang adatnya dulu.

Eat Travel Thu, 3 May 2018

Ini Rupanya Cara Nak Buat Donat Yang Lembut Dan Gebu. Memang Mudah Sangat!

Teringin nak makan donat yang lembut dan sedap? Cubalah resepi ini.

Eat Travel Thu, 26 Mar 2020

Gedung buku, destinasi ilmu yang menarik untuk diteroka

Bawa ahli keluarga ‘bercuti’ dalam lautan ilmu

Eat Travel Tue, 20 Nov 2018
Acara Tue, 26 Nov 2019

Coffee Beans & Tea Leaf sediakan hadiah buat yang tersayang

‘Gifting Grateful’ ditawarkan sempena perayaan musim cuti

Eat Travel Sat, 18 Apr 2020

Pulau Jerejak yang dulu pulau ‘buangan’, kini tarikan utama si kaki foto

Peluang kenali sejarah sambil menikmati panorama indah

Eat Travel Sat, 18 Apr 2020

Adam Corrie kongsi resipi mi kicap wantan

Cuba sekali pasti nak lagi!

Eat Travel Tue, 17 Jul 2018
Eat Travel Fri, 28 Sep 2018

Tahukah Anda Jarak Penerbangan Paling Singkat Di Dalam Dunia Adalah 50 Saat?

“Have-have” penduduk Pulau Westray dan Papa Westray ni, nak ke seberang pulau yang jaraknya cuma 3 kilometer pun naik kapal terbang!

error: Content is protected !!