Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 20, 2024 @ 2:33pm

“Tak Perlu Poyo, Industri Seni Tanah Air Kecil Je” – Azhar Sulaiman Titip Nasihat, Mohon Artis ‘Baharu’ Tak Pandang Rendah Anugerah Tempatan 

Pelakon senior Azhar Sulaiman menitipkan pesanan agar mana-mana artis baharu atau mereka yang dianggap sebagai pelapis dalam industri seni  tidak bersikap ‘poyo’ selepas meraih populariti.

Menurut Azhar ketika diminta memberikan pandangannya berhubung isu tersebut, dia berpendapat, bahawa tidak salah untuk mempunyai impian yang besar, namun tidak perlu memperkecilkan setiap pengiktirafan anugerah yang diusahakan oleh industri seni tempatan.

“Tak perlu poyo, industri seni tanah air di sini kecil sahaja. Dia mahu memanipulasikan siapa bila dia berkata sedemikian? Dia kena tahu bagaimana usaha Micheal Yeoh, Henry Golding dan artis tanah air yang lain mendapat tempat di sana.

“Bagus untuk ada impian, tapi jangan perlekehkan usaha yang orang lain untuk mendapatkan pengiktirafan dalam industri tempatan. Kecil macam mana sekali pun anugerah itu, kita kena pergi beri sokongan dan raikannya.

“Jangan sebab baru ada sedikit populariti itu, sudah mahu berlagak. Dunia sekarang, nak jadi terkenal bukan sebab rupa sahaja. Kalau Allah nak buka rezeki, terus terkenal. Tak payah nak berlagak sangatlah bila sudah ada kuasa itu,” katanya.

Perkara itu dikongsi Azhar ketika ditemui pada sidang media pengumuman Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36, yang berlangsung di ibu kota, pada Rabu.

Sebelum ini, pelakon popular, Beto Kusyairy turut menyuarakan pendapatnya berkenaan isu sama sekaligus berharap agar seseorang artis itu perlu berpijak di bumi yang nyata sebelum memasang angan-angan untuk meraih anugerah antarabangsa terutamanya, Anugerah Oscar.

Mengulas lanjut, bapa kepada pempengaruh popular, Kasih Iris Leona ini berkata, seseorang itu juga harus kekal membumi meskipun mendapat banyak keistimewaan termasuklah berjaya meraih populariti menerusi naskhah lakonannya.

“Memang senang dapat keistimewaan untuk orang buat baik dengan kita dan orang akan tolong kita. Hidup ini akan jadi mudah bila dikenali.

“Sekiranya, diiktiraf oleh masyarakat untuk sesuatu anugerah, gunakan perjalanan itu ke jalan yang betul dan jadi orang yang lebih baik. Jadi terkenal pun ada baik dan buruknya.

“Dia satu batu loncatan untuk kita berjaya dalam hidup sama ada dalam karier yang sama atau pun yang lain. Saya bersyukur sebab saya dilindungi media yang sentiasa menjaga saya sewaktu mula menceburi bidang ini. Apabila ada sebarang kontroversi, media pun senang berkomunikasi dengan kita,” ulasnya.

Mengaku revolusi yang dialami industri seni tempatan kini sangat berbeza, Azhar tanpa berselindung memberikan respons bahawa dia berasa muak dengan sikap segelintir artis baharu yang mula mendabik dada setelah meraih populariti sekaligus melupakan asal usul dan permulaan mereka bertapak dalam industri.

Sebelum ini, kita bergantung pada media untuk dapatkan perhatian ejen-ejen luar negara. Tapi, sekarang semuanya sudah berubah.

“Benda ini adalah permainan populariti. Kadang-kadang orang yang dibenci itu jugalah lagi menaikkan rating sesebuah drama itu. Lebih banyak kebencian itu dari kontroversi yang tercetus, lebih mudah seseorang itu dapat perhatian.

“Kadang-kadang saya muak ada sesetengah orang yang baru dapat populariti sikit sudah berlagak macam kerabat.

“Ramai yang terlupa asal usul mereka dan berpendapat tidak perlu berbuat baik dengan orang lain. Kalau kita berpegang dengan pemikiran macam itu maksudnya, kita bukan orang yang baik,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 Mar 2018

IN2IT’S Jinsub Departs From Group with Sincere Handwritten Letter

IN2IT’s Jinsub has decided to depart from the group due to health issues.

Trending Wed, 31 Oct 2018

Pasangan India Maut Semasa ‘Selfie’ Di Tebing Yosemite

“Adakah hidup kita bernilai dengan hanya satu foto?”

Hiburan Wed, 18 Dec 2019
Featured Fri, 18 Apr 2025

“Ia Berlaku Pada Pagi Hari Raya” – Suami Kesal, Zahnita Bawa Lelaki Tak Dikenali Masuk Dalam Rumah?

Dia meluahkan rasa terkejut dan kecewa apabila Zahnita didakwa membawa seorang lelaki ke rumah mereka

Trending Tue, 27 Nov 2018

Kerana Langgar Kontrak RM4 Billion, Genting Keluarkan Saman Buat Walt Disney

Fox mengeluarkan notis tindakan bertujuan dapat menamatkan kontrak terbabit  demi kepentingan dan faedah sendiri. Like seriously?

Hiburan Sun, 21 Jun 2026

“Mungkin Saya Boleh Maafkan Aliff Aziz, Tapi Saya Takkan Lagi Berdiri Di Belakang Dia” – Nick Mikhail

Nick Mikhail Razak merasa dikhianati selepas penyanyi Aliff Aziz membatalkan persembahan pada saat akhir bagi sebuah majlis pelancaran produk milik isterinya, personaliti media sosial King Coco.

Featured Wed, 6 May 2026

“Saya Cantik Tau, Anak Saya Comel!” – Eyra Hazali ‘Warning’ Wanita Cuba Goda Suami

Eyra Hazali yang juga isteri kepada penjaga gol kebangsaan, Haziq Nadzli memberi peringatan kepada segelintir wanita yang cuba mendekati suaminya.

error: Content is protected !!