Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 25, 2024 @ 12:44pm

Sebutan Kes Permohonan Cerai Fazura & Fattah Amin Tangguh 7 Oktober Depan

Sebutan kes permohonan cerai pelakon Nur Fazura Sharifuddin terhadap suaminya, pelakon Fattah Amin ditangguhkan pada 7 Oktober depan.

Perkara itu maklumkan usai perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Subang Bestari, pagi tadi.

Peguam syarie mewakili Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan berkata penangguhan ini bagi memberi ruang perbincangan yang dicadangkan oleh pihak peguam Fattah.

“Baru dapat cadangan, tak boleh baca dan belum sedia untuk berbincang dalam masa yang sigkat. Kita tak boleh nak teruskan pada hari ini.

“Bukan proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP)pada pagi ini, kita boleh selesaikan dengan cara baik tanpa perlu JKP.

“Cadangan itu tidak boleh dikongsi, kalau JKP Mahkamah dah boleh teruskan tadi. Kita akan cuba selesai cara baik tanpa perlu proses JKP,” katanya.

 

Fakhrul berkata demikian ketika ditemui media di perkarangan lobi Mahkamah.

Jelasnya lagi, butiran cadangan tidak boleh didedahkan secara terperinci.

“Tarikh 7 Oktober kalau ada penyelesaian, kita akan teruskan dengan apa yang patut.

“Perbincangan itu untuk mencari jalan penyelesaian termasuk keputusan sama ada bercerai atau sebaliknya,” katanya.

Pasangan pelakon terkenal ini hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pagi ini bagi sebutan kes permohonan perceraian yang difailkan Fazura, dua minggu lalu.

Fazura, yang tiba di mahkamah kira-kira jam 9.25 pagi mengenakan jubah putih ditemani peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan bersama empat pengawal peribadi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 17 May 2018

“Menulis Bukan-Bukan Dan Tanpa Usul Periksa” Anuar Zain Kata Netizen Kurang Ajar!

Anuar Zain yang juga merupakan adik kepada Ziana Zain ini tampil memberikan kenyataan bahawa netizen seharusnya tidak menulis sesuatu perkara negatif dan membuat spekulasi terhadap isu berkaitan situasi rumah tangga kakaknya

Hiburan Fri, 22 Feb 2019

’Bukan Minta Puji Sentiasa…’- Izzue Islam Ambil Peluang Jadi Duta DFKL Untuk ‘Basuh’ Netizen

Guna peluang bergelar duta DFKL 2019, apa agaknya rancangan Izzue di program jelajah nanti?

Trending Fri, 28 Aug 2020
Trending Wed, 8 May 2019

‘ Cukuplah Menabur Fitnah Pada Saya’- PU Abu Nafi Nikah Diam-Diam

PU Abu turut menyertakan hantaran screen shot menunjukkan IG sebenarnya telah diceroboh individu tidak dikenali.

Hiburan Tue, 27 Mar 2018

Lima Ciri Bakal Menantu Idaman Rohana Jalil

“ Saya akui ramai jejaka yang cuba dekati dia. Ada yang handsome, kaya dan banyak kriteria menarik pada lelaki-lelaki itu tetapi nampaknya adik mahu fokus pada kariernya buat masa ini,” jawabnya ringkas.

Featured Tue, 9 Mar 2021
Featured Tue, 28 Sep 2021
error: Content is protected !!