Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 28, 2024 @ 6:17pm

Pementasan Teater Dang Anum The Untold Story Di Melaka & Johor Mungkin Terpaksa Digugurkan

Pementasan Teater Dang Anum (The Untold Story) (DATUS) oleh Persatuan Seni dan Budaya Redholah (The Redholah) yang dijadualkan berlangsung di Johor dan Melaka, mungkin terpaksa digugurkan susulan kurang penajaan di segi kewangan.

Pengarah dan penulis skrip, Amirul Haswendy Ashari, 45, berkata pihaknya telah berusaha mencari penajaan, termasuk menghantar surat rayuan kepada urusetia Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk menyemak semula dana yang telah diluluskan sebelum ini.

“Namun apakan daya, jawapan yang diterima dari GSSK agak mengecewakan. Pun begitu, kami tidak patah semangat dan ‘redho’ dengan keputusan itu.

“Sebab difahamkan ada juga kumpulan lain yang turut berdepan isu sama, dan situasi ini sememangnya asam garam dalam dunia teater tempatan,” katanya.

Amirul turut mendedahkan jualan tiket dari DATUS sahaja tidak mencukupi untuk menampung kos keseluruhan pementasan di negeri-negeri lain.

The Redholah memerlukan sekurang-kurangnya RM250,000 untuk menampung segala kos pementasan di Putrajaya, Melaka, Johor dan rakaman dokumentari khas di Batam dan Riau, Indonesia.

“Memang agak berat untuk melepaskan jerayawara ke Melaka dan Johor sebab sejujurnya memang ada permintaan.

“Mungkin belum ada rezeki buat kami pada tahun ini. Doakan semoga kami dapat tunaikan ‘hutang’ ini pada tahun depan,” kata Amirul optimis.

Setakat ini DATUS menerima sokongan kerjasama dari Kolej Seni Kreatif, UiTM Puncak Perdana, selain tajaan 700 paket gula dari MSM.

Malah beberapa rakan artis seperti Hairul Azreen dan isteri, Hanis Zalikha telah sudi menaja tiket korporat untuk pelajar sekolah.

DATUS dipentaskan sejak semalam sehingga Ahad ini, 29 September 2024 bertempat di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin (Cempaka Sari), Putrajaya.

Antara pelakon adalah Adam Shahz, Ain Sufia, Along Eyzendy, AG Hafiz, Karl Dannish, Aman Salleh, Md. Husin dan Affan Mohd.

Tiket pementasan boleh dibeli melalui www.ticket2u.com atau secara ‘walk-in’.

Kredit foto: Shairazi Azlin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 20 Jan 2023

[VIDEO] “3 Orang Hubungi Nampak Kelibat Ayah Sedang Wirid..” – Genap 38 Hari Hilang Di Tanah Suci, Anak Kongsi Perkembangan Terkini

Allahuakbar! Min harap semoga ada sinar di penghujungnya dan dipermudah segala urusan ❤️🥹🤲🏻

Trending Mon, 1 Mar 2021
Featured Wed, 31 Jul 2024
Trending Wed, 22 Jul 2020
Trending Thu, 30 Apr 2020
Trending Sun, 27 Oct 2019

Terpaksa Di Bedah Kos Cecah 17k – Mungkin Jangkitan Masa Cukur Bulu Ketiak!

Ingatkan Jerawat Biasa, Ketiak Lelaki Ini Terpaksa Dibedah, Kos Cecah RM17K

Hiburan Tue, 5 Mar 2024
error: Content is protected !!