Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 3, 2024 @ 4:20pm

Tak Menyesal Kahwin Usia Muda, Puteri Khareeza Syukur Suami Rajin Bantu Urus Rumah Tangga  – “Bab Memasak Kepakaran Dia”

Pelakon dan penyanyi, Puteri Khareeza meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan seorang suami yang rajin membantu menguruskan rumah tangga.

Sepanjang lapan bulan berkahwin, Khareeza berkata urusan memasak diserahkan kepada suaminya, Mohd. Shukor Khamaruddin yang lebih mahir dan cekap di dapur.

“Rutin menguruskan rumah tangga sama saja, tetapi bab memasak ini suami saya yang uruskan itu memang kepakaran dia.

“Sejujurnya saya memang tak pandai memasak, dan dia tahu mengenai perkara itu. Saya akan belajar memasak, InsyaAllah.

“Banyak yang dia masak sedap antaranya yang menjadi kegemaran saya nasi tomato, ayam masak merah, dan udang tempoyak,” katanya.

Puteri Khareeza

Sementara itu, Khareeza turut mengakui dia tidak pernah berasa menyesal apabila bergelar isteri di usia muda.

“Saya tak menyesal kahwin di usia muda sebab dia menyenangkan hidup saya, saya lebih banyak belajar.

“Kami memang serasi, saya suka orang kelakar dan dia sangat menghiburkan. Keluarga saya pun nampak dia baik dan boleh jaga saya,” tuturnya.

Berkongsi lebih lanjut, Khareeza yang mendirikan rumah tangga pada Februari lalu itu berkata perkahwinan telah mengubah dirinya untuk menjadi lebih matang.

“Perubahan besar saya agak matang, dulu banyak main mungkin sebab masih muda. Nyanyi pun dahulu tak berfikir panjang.

“Suami banyak mengubah saya untuk berfikir lebih matang dalam semua perkara,” ujarnya.

Pelantun lagu Duka Sebalik Tawa ini berkata demikian ketika sidang media eksklusif menjelang Showcase Pertama Puteri Khareeza yang berlangsung di Zebra Square, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam perkembangan lain, Khareeza bakal mengadakan showcase solo pertamanya, ‘Sebenar’ pada 16 November ini di RCD Big Studio, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

“Saya sangat gugup tetapi pada masa yang sama teruja kerana ini adalah kali pertama saya akan mengadakan showcase yang dibantu oleh pihak pengurusan. Saya akan berikan yang terbaik buat peminat dan keluarga saya.

“Peluang ini adalah yang terbaik dan saya akan mengingati sejarah ini sebagai titik penting dalam kerjaya saya,” akhirnya.

Showcase tersebut juga akan dimeriahkan dengan persembahan kolaborasi istimewa bersama artis jemputan iaitu Haris Fayahet, Zazo Maulana, Maria Khairul (alumni Lagu Cinta Kita 3) dan Adi dari kumpulan Venus.

Puteri Khareeza

Untuk info, Khareeza dan Shukor berkahwin pada 24 Februari lalu selepas empat bulan mengenal hati budi menerusi media sosial.

Artikel Berkaitan: Puteri Khareeza Merancang Untuk Ada Anak, Mahu Habiskan Pelajaran Terlebih Dahulu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 Oct 2025

Ammar Ahyan Dapat Kereta Porsche, Netizen Komen -“ Tak Sia-Sia Kena Paksa Buat Live”

Dalam pada itu, Aliff dan Shahida juga sempat menitipkan pesan agar anaknya itu sentiasa bersyukur, tidak mudah dan lupa diri.

Trending Wed, 25 Sep 2019

Dua Peluncur Ombak dari Cherating Mengejar Ombak ke Sri Lanka

Latih-tubi untuk persediaan ke Sukan SEA…

Hiburan Thu, 23 Aug 2018

Percaturan Bisnes Menjadi, Hotel Milik Fauzi Nawawi Terima Sambutan Luar Biasa

Mungkin dengan faktor lokasi yang strategik, maklum saja premis dekat dengan hospital, kolej serta lot komersial membuatkan ia menjadi pilihan pelanggan

Featured Fri, 23 Sep 2022

Bob Lokman Meninggal Dunia

Salam Takziah. Al-Fatihah 🥀

Featured Thu, 27 Oct 2022

Walau Dah Berpisah, Ziana Zain Titip Pesan Pada Anak-Anak Untuk Jaga Kebajikan Bapa – “Mama Tak Akan Marah..”

Sayunya dengar luahan hati penyanyi hebat Ziana Zain untuk anak anak 🥺🥺🥺

Trending Fri, 11 Dec 2020

1.4 Juta PKS Dapat Manfaat Bantuan Langsung

Teguh kita, menang bersama!

Hiburan Wed, 30 Jul 2025
Trending Thu, 19 Dec 2019

Watch How This Malaysian-US Born Girl Inspires People At Her Graduation Ceremony

Petronas scholar girl gave the coolest and inspiring speech at her graduation ceremony in US

error: Content is protected !!