Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 9, 2024 @ 10:06am

Isu Perceraian Bukan Gimik, Pengurus Dedah Fattah Amin Tak Tahu Single ‘Bertahan Demi Cinta’ Duet Bersama Fazura Bakal Dilancarkan

Susulan kontroversi perceraian pelakon popular, Fattah Amin dan Fazura yang masih menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen, kali ini pengurus aktor itu yang dikenali sebagai Sakirin Acha mendedahkan bahawa pihaknya tidak mengetahui mengenai pelancaran single duet pasangan itu berjudul ‘Bertahan Demi Cinta’ yang bakal dilancarkan pada Khamis ini.

Katanya memetik laporan Harian Metro, pelancaran single duet tersebut tidak ada kena mengena dengan isu perceraian pasangan terbabit sekaligus menolak dakwaan segelintir netizen yang menuduh Fattah Amin cuba menggunakan isu perceraiannya sebagai gimik mempromosikan single berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Usaha Pujuk Fazura Tak Berhasil, Fattah Amin Terkilan Dihalang Masuk Rumah – “Call & WhatsApp Tak Jawab”

ARTIKEL BERKAITAN:Terkilan Dituduh Tak Setia, Fattah Amin Nafi Curang – “Itu Tohmahan Untuk Cemarkan Nama Saya”

ARTIKEL BERKAITAN:Tuduhan Curang Terlalu Berat, Pekin Ibrahim Pertahankan Fattah Amin – “Tak Pernah Nampak Dia Gatal Atau Cerita Hal Wanita”

Tambahnya, single tersebut juga sebenarnya sudah dirakam terlebih dahulu, malah pernah menjadi lagu runut bunyi bagi drama lakonan pasangan tersebut.

“Saya ingin tegaskan perceraian ini bukan satu gimik untuk mempromosikan single duet atau dibuat main. Saya orang pertama yang akan melarang Fattah sekiranya dia mahu mempromosikan single itu pada waktu sekarang.

“Saya baru saja menghubungi Fattah untuk mengetahui perkara ini dan dia maklumkan tidak tahu-menahu mengenai pelancaran single duet ini.

“Lagu ini pernah dimainkan dalam drama Hero Seorang Cinderella 2. Malah proses penggambaran muzik video juga sudah lama dibuat di Indonesia.

“Cuma tak sangka pula single ini dilancarkan sekarang hingga mengundang pelbagai fitnah yang tidak benar. Jadi, saya harap netizen berhenti membuat spekulasi tak betul,” katanya.

Fazura

Mengulas lanjut, sebagai seorang pengurus kepada aktor tersebut, Acha ketika ditanya mengenai keadaan terkini Fattah memaklumkan, aktor itu kini berada dalam keadaan baik dan yakin dia kuat menghadapi ujian yang diberikan.

“Fattah baik-baik sahaja. Saya yakin dia kuat untuk menghadapi ujian ini. Cuma apa yang berlaku membuatkan dia sangat tertekan dan terkejut. Tapi saya harap dia reda,” katanya.

Terdahulu, syarikat rakaman Indonesia, Hits Records telah memuat naik hantaran berupa sepotong video pendek di Instagram bahawa pasangan itu bakal melancarkan single bersama pada 10 Oktober ini menerusi platform penstriman digital iaitu beberapa jam selepas Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @hits_records

 

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 15 Feb 2019

Sweetnya Ucapan Ulang Tahun Hafiz Buat Ibu…

Kasih ibu membawa ke syurga…selamat hari jadi Puan Liza!

Hiburan Tue, 4 Jul 2023
Hiburan Sat, 10 Jan 2026

“Lebih 15 Tahun Kami Menjalin Kolaborasi” – Serasi Bersama, Kelly Azman Senang Bergandingan Dengan Ani Maiyuni

Kelly Azman percaya pentas yang baik bukan sekadar tentang suara dan lagu, tetapi tentang keselesaan rakan gandingan.

Hiburan Thu, 15 Aug 2024
Hiburan Mon, 19 Aug 2019

Farah Nabilah Bakal Berkahwin?

Farah Nabilah naik berang? Kata nak kahwin, kenapa berang?

Hiburan Mon, 27 Aug 2018

Memang Trend Artis Tutup Ruangan Komen Ke?

Kenapa agaknya? Adakah ini antara langkah berjaga-jaga seseorang artis untuk tidak dikecam?

Hiburan Mon, 7 Mar 2022
Hiburan Tue, 4 Jun 2019

Teruja Sampai Lupa Nak Beli Baju Raya, Doakan Abam!

Punya ler excited sampai terus lupa dibuatnya…

Hiburan Thu, 21 Nov 2019

“I Suka You Buncit” – Linda Rafar Larang Suami Diet

Korang suka yang buncit ke yang sado??

Hiburan Thu, 23 Nov 2023
error: Content is protected !!