Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 30, 2024 @ 2:53pm

Malaysia Jadi Tuan Rumah, Festival Filem Asia Pasifik Kembali Untuk Edisi Ke-61

Festival Filem Asia Pasifik (APFF) merupakan salah satu festival filem tertua dan paling berprestij di rantau Asia Pasifik. Diasaskan pada tahun 1953, festival ini telah menjadi platform penting bagi meraikan bakat sinematik dan kreativiti dari seluruh rantau, menghimpunkan pembuat filem, artis, dan pemain industri untuk mempamerkan kecemerlangan dalam bidang perfileman.

Dianjurkan oleh Federation of Motion Picture Producers in Asia Pacific (FPA), APFF diadakan setiap tahun dan telah dijalankan di pelbagai bandar di 25 negara dan wilayah yang berbeza. Festival ini bukan sahaja memberi pengiktirafan kepada filem-filem terbaik, tetapi juga bertujuan untuk mempromosikan pertukaran budaya, pendidikan, pelancongan, serta kerjasama ekonomi di rantau Asia Pasifik.

Tahun ini, edisi ke-61 Festival Filem Asia Pasifik (APFF61) akan berlangsung dari 29 November hingga 1 Disember 2024, bertempat di Wyndham Ion Majestic Hotel, Genting Highlands, Pahang. Acara tiga hari ini dianjurkan oleh Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Lomo Pictures Sdn Bhd, Kumpulan NCT, dan Festival Seni Antarabangsa Asia Pasifik.

Festival ini menjanjikan pelbagai aktiviti menarik, termasuk sesi Bual Bicara bersama panel, tayangan filem, dan peluang untuk para peserta ‘networking’ bersama penggiat industri. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja menyediakan pandangan mendalam mengenai industri filem, tetapi juga memberi peluang kepada pembikin filem, pengarah, penerbit, serta pelakon untuk bertukar pandangan dan idea.

Tahun ini, filem seram tempatan berjudul Indera yang dibintangi oleh Shaheizy Sam, Azira Shafinaz, dan Samara Kenzo, telah dipilih sebagai filem pembukaan APFF61. Puncak acara festival adalah Majlis Anugerah APFF61, di mana pencapaian cemerlang dalam dunia perfileman akan diraikan. Anugerah ini akan mengiktiraf filem, persembahan, dan sumbangan luar biasa yang membentuk industri perfileman Asia Pasifik.

Peminat filem, pembikin filem yang bercita-cita tinggi, dan wakil media dijemput untuk hadir dan menjadi sebahagian daripada acara budaya penting ini. Festival Filem Asia Pasifik terus menjadi platform utama untuk menampilkan kepelbagaian bakat dan kisah dari rantau ini, serta meraikan kejayaan sinematik yang membanggakan.

Untuk maklumat lanjut mengenai APFF61, layari laman web rasmi urusetia di www.lomopictures.my atau hubungi talian 03-8605 0169.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 27 Oct 2025

First Lady Buka Topeng Dunia Politik Antara Cinta, Kuasa & Pengkhianatan

First Lady ialah kisah tentang cinta yang diuji oleh kuasa dan pengkhianatan

Featured Thu, 27 Oct 2022

Tampil Dengan Melodi Rancak, Lagu ‘Aduhh!!!’ Menjadi Kolaborasi Pertama Douglas Lim & SonaOne

Tidak pernah diduga, pelawak, pelakon dan penyampai radio Douglas Lim ternyata mempunyai impian untuk menerbitkan lagu hip hop nyanyiannya sendiri. Impiannya itu telah berjaya direalisasikan menerusi sebuah projek khas terbitan Def Jam Malaysia bersama Alternate […]

Featured Tue, 15 Aug 2023

“Dia Buka Aib Sendiri, Kenapa Saya Dipersalahkan? – Didie Alias

Sahabat yang baik akan selalu beri teguran, walaupun pedas

Trending Wed, 19 Sep 2018

「喜欢一个人看电影的人」更值得深爱!因为了解自己、更加勇敢

很多人无法一个人电影,觉得独自去看电影是伤心的事,其实许多人「一个人去看电影」,并不代表他们没有朋友,没有选择,而是能够享受其中的乐趣……

Hiburan Thu, 21 Feb 2019

‘Tiada Yang Istimewa Lagi…’- Zizan Razak Tak Jadi Kahwin Tahun Ini?

Pernah dikaitkan dengan beberapa nama selebriti popular sebelum ini, Zizan mengakui masih bertemu calon sesuai buat masa ini. Bukan memilih tapi…

Featured Mon, 1 Apr 2024

Tebuk Bacaan Al-Kahfi, Netizen Puji Alif Satar – “Nyanyi Sedap, Mengaji Sedap… Boleh Buat Album Mengaji 30 Juzuk Ni”

Meremang ek bila dengar orang mengaji atau menghafaz dengan bacaan yang baik. Salute! ❤️👏

Featured Tue, 7 May 2024
error: Content is protected !!