Euforia Bola 2026
Trending By: Padin October 18, 2024 @ 9:00pm

“Tindakan T*mbak Mati Anjing Liar Tak Berperikemanusiaan!” – Nashriq Ismail Sabri Terkesan Dengan Kes Kopi

Presiden Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Suara Haiwan Malaysia, Nashriq Ismail Sabri, 32, membantah sekeras-kerasnya operasi penangkapan dan pelupusan anjing liar, termasuk ‘Kopi’ dipercayai ditembak.

Menurut Nashriq yang merupakan anak bongsu kepada Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, dia menyifatkan tindakan yang dijalankan oleh Majlis Daerah Besut (MDB), Kuala Terengganu, sebagai tidak berperikemanusiaan kerana masih terdapat langkah lain yang boleh diambil selain daripada membunuh.

Tambah Ketua Pemuda UMNO Bera ini, kerajaan boleh melaksanakan pemandulan terhadap anjing dan kucing liar sebagai langkah untuk mengatasi masalah gangguan terhadap orang awam.

“Telah tiba masanya untuk Seksyen 30 Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang membenarkan penggunaan senjata api terhadap haiwan, terutamanya terhadap anjing dan kucing liar dihapuskan serta merta.

“Salah satu langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan adalah untuk membina satu pusat perlindungan haiwan di setiap kawasan yang mempunyai masalah anjing atau kucing liar.

“Kerajaan juga boleh membenarkan NGO Pencinta Haiwan untuk menjaga tempat tersebut secara sukarela.

“Selain itu, pihak kerajaan juga boleh membuat operasi pemandulan anjing dan kucing liar agar boleh mengawal pembiakan mereka.

Dalam pada itu, anak kepada Perdana Menteri Kesembilan berkata Malaysia seharusnya mencontohi negara-negara luar seperti Switzerland, Austria, dan Australia dalam menjaga kebajikan haiwan.

“Saya amat berharap pihak kerajaan sedia mendengar suara daripada pencinta haiwan di negara ini dan bekerjasama dalam mengambil langkah yang lebih baik untuk mengatasi masalah anjing dan kucing liar di negara ini.

“Malaysia harus mencontohi negara-negara maju seperti Switzerland, Austria dan Australia dalam menjaga kebajikan haiwan.

“Lagi-lagi negara kita yang majoritinya orang Islam wajib mengikuti perintah Allah SWT dengan tidak menyakiti mana-mana haiwan, lagi-lagi membunuh.

“Jadi jangan la kita ‘menghalalkan’ cara hanya kerana ada ‘SOP’ yang telah ditetapkan di dunia.

Terdahulu, MDB telah melakukan operasi bersepadu untuk menangkap dan melupuskan anjing liar di beberapa kawasan di Bandar Jertih selepas menerima 62 aduan mengenai gangguan haiwan tersebut daripada orang awam.

Menurut MDB, tindakan melupus anjing liar adalah mengikut prosedur Tatacara Operasi Piawai (TOP) ditetapkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan selari dengan peruntukan Seksyen 30 Akta Kebajikan Haiwan 2015.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 23 Jun 2025
Hiburan Sun, 3 Mar 2024
Featured Fri, 10 Feb 2023

PU Riz Hadiahkan Gelang Tangan Sepadan Dengan Cincin Sempena Hari Lahir Neelofa Ke-34 – “Tiada Satu Tanggungjawabnya Boleh Dipersoal Kerana…”

Wahhh, cantiknya gelang tangan Lofa sama padan dengan cincin 🤩🤩 Happy Birthday Lofa Loveeee 🥰🥰🥰

Featured Tue, 19 Aug 2025
Hiburan Thu, 16 Jan 2025

Nash, Zamani, Ameng & Jatt Ali Bergabung Dalam Konsert Hitster Vol 1 – Otai Sangat Menyengat

Konsert ini bakal diadakan pada 1 Februari 2025 di The Star Theatre, Singapura bermula pukul 8 malam.

Hiburan Fri, 22 Nov 2024
Hiburan Fri, 21 Feb 2025

Singgah Ke SMK Convent (M) Kajang, Program ‘Tonton Gen+ Suai Kenal Sekolah’ Diteruskan

Program ini bertujuan meningkatkan kreativiti, interaksi dan semangat murid-murid dalam menimba ilmu.

error: Content is protected !!