Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 21, 2024 @ 7:24pm

Pemanas Badan Sebelum Showcase ‘Sebenar’ 16 November Ini… Puteri Khareeza Turun Busking Di Bukit Bintang – “Rasa Lebih Dekat Dengan Orang Ramai, Semua Sporting!”

Bintang baharu sedang meningkat naik, Puteri Khareeza teruja dapat menyanyi bersama Genji Buskers dan menghiburkan orang ramai di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, pada Sabtu lalu.

Menurut Puteri yang berbakat dalam bidang lakonan dan nyanyian, lautan manusia yang membanjiri kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur itu memberikan dia pengalaman baharu yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Puteri Aszfaryna Khareeza (@puterikhareeza)

“Saya sangat teruja busking bersama Genji Buskers menyampaikan dua kagu. Sangat ramai orang yang berada di sana. Tapi saya suka kerana rasa lebih dekat dengan penonton sebab kita boleh berborak, boleh berinteraksi dan mereka yang hadir juga sangat ‘fun’ dan ‘sporting’.

“Tujuan saya turun busking di Jalan Bukit Bintang adalah untuk mempromosikan single terbaharu berjudul Sebenar dan menjadi persiapan menuju showcase saya. Ramai yang tahu lagu saya tapi masih belum mengenali saya, jadi saya jadikan pengalaman manis ini sebagai salam perkenalan untuk mengenali siapa Puteri Khareeza,” katanya kepada XTRA.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Berbicara mengenai showcase solo pertamanya ‘Sebenar’ yang bakal diadakan pada 16 November 2024 di RCD Big Studio, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, pelakon drama bersiri Nuh dan Nayla ini sedang giat mengadakan persiapan.

“Persiapan sudah mencecah sebanyak 60 peratus. Saya dan lima bintang undangan bakal menyanyikan 20 lagu di showcase nanti. Ada juga susunan muzik yang bakal diubah, ada juga lagu yang dijadikan medley. Saya sangat teruja menanti reaksi peminat yang hadir pada malam itu kelak.

“Kini, saya giat berlatih. Saya belajar vokal bersama CIkgu Delly. Dia mengajar saya mengenai seni suara sejak zaman Idola Kecil lagi dan saya selesa dengan Cikgu Delly. Saya akan curi masa untuk belajar vokal selepas selepas kuliah di UiTM Shah Alam,” kata pelajar jurusan Sarjana Muda Perundangan ini.

Showcase ini juga akan dimeriahkan dengan persembahan kolaborasi istimewa bersama artis jemputan seperti Haris Fayahet, Zazo Maulana, Maria Khairul (alumni Lagu Cinta Kita 3) dan Adi dari kumpulan Venus.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 15 Dec 2024
Trending Fri, 6 Dec 2019

Anak Krakatau Mampu Robohkan Patung Statue of Liberty AS

Ia boleh mencapai setinggi 93 meter.

Hiburan Wed, 22 Nov 2023
Trending Tue, 28 Apr 2020
Trending Sat, 17 Aug 2019

‘Tips’ Guna Cerek Hotel Rendam Dan Cuci Seluar Dalam

Jadi bila menginap di hotel kena lebih berhati-hati. Cuci dulu cerek sebelum guna atau jangan gunakan langsung

Hiburan Tue, 5 Dec 2023
Hiburan Thu, 10 Apr 2025
error: Content is protected !!