Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 23, 2024 @ 8:00pm

Ada Peserta ‘Wildcard’? Ini Finalist Ke-6 XTRA XSTAR 2024!

Pencarian bakat baharu #XTRAXSTAR2024 membuat kejutan dengan memperkenalkan peserta bertuah yang telah berjaya menempatkan diri ke pentas akhir XTRA XSTAR!

Peserta yang dikenali sebagai Justin, berasal dari Kota Kinabalu, Sabah ini adalah finalist #XTRAXSTAR2024 yang telah dipilih menerusi kuasa ‘wildcard’ ditentukan oleh pihak juri profesional daripada Alternate Records & Talents.

Sedikit maklumat mengenai peserta ke-6 #XTRAXSTAR2024, Justin adalah pemuda berusia 28 tahun yang amat meminati industri muzik semenjak kecil.

Ketika disoal siapakah pengaruh terbesar sehingga mempunyai impian untuk bergelar penyanyi, Justin berkata segalanya bermula apabila dia meminati selebriti antarabangsa terkenal, Justin Bieber yang muncul dalam industri hiburan.

“Dulu masa kecil-kecil saya teruja mahu menjadi penyanyi macam kumpulan lelaki Westlife, tetapi segalanya berubah semenjak saya di sekolah menengah.

“Ketika itu penyanyi, Justin Bieber sedang melonjak lain dan dia memberi pengaruh terkuat kepada saya sehingga saya belajar bermain alat muzik gitar secara sendiri sebab nak jadi sepertinya.

“Gaya saya menyanyi semua ikut ‘style’ dia, rakan-rakan panggil saya dengan nama Justin sehingga melekat sampai sekarang,” katanya lagi.

Sementara itu, anak muda berbakat besar yang mempunyai hobi menulis skrip selain menyanyi ini turut berkongsi harapannya setelah menjadi finalist.

“Semoga saya boleh buat yang terbaik disebabkan saya peserta yang jadi pilihan juri untuk masuk final.

“Saya berharap platform XTRA XSTAR ini boleh jadi satu loncatan untuk saya selepas ini. Saya akan gunakan peluang yang ada ini untuk menonjolkan bakat yang ada kepada anda,” tuturnya.

Berikut adalah antara video-video penyertaan Justin yang telah dihantar kepada XTRA sepanjang kempen pencarian bakat baharu ini berlangsung.

 

@xtra_my

Tahniah! @Millooo kerana berjaya ke Top 20 XTRA XSTAR 2024! Siapakah yang bakal bergelar 5 finalis XTRA XSTAR? Juara bakal bernaung di bawah Alternate Records & Talents! Undian anda bakal membantu peserta Top 20 untuk layak ke peringkat akhir! Undi peserta Top 20 anda bermula 30 September hingga 6 Oktober 2024 di www.xtra.com.my/xtraxstar #xtra #xtraxstar2024 #alternaterecordsandtalents

♬ original sound – XTRA – XTRA

@xtra_my

Tahniah! @Millooo kerana berjaya ke Top 20 XTRA XSTAR 2024! Siapakah yang bakal bergelar 5 finalis XTRA XSTAR? Juara bakal bernaung di bawah Alternate Records & Talents! Undian anda bakal membantu peserta Top 20 untuk layak ke peringkat akhir! Undi peserta Top 20 anda bermula 30 September hingga 6 Oktober 2024 di www.xtra.com.my/xtraxstar #xtra #xtraxstar2024 #alternaterecordsandtalents

♬ original sound – XTRA – XTRA

@xtra_my

Tahniah! @Millooo kerana berjaya ke Top 20 XTRA XSTAR! Siapakah yang bakal bergelar 5 finalis XTRA XSTAR? Juara bakal bernaung di bawah Alternate Records & Talents! Undian anda bakal membantu peserta Top 20 untuk layak ke peringkat akhir! Undi peserta Top 20 anda bermula 30 September hingga 6 Oktober 2024 di www.xtra.com.my/xtraxstar #xtra #xtraxstar2024 #alternaterecordsandtalents

♬ original sound – XTRA – XTRA

Saksikan Showcase Akhir XTRA XSTAR, pada Jumaat, 25 Oktober 2024, jam 8.30 malam secara langsung di akaun TikTok @xtra_my

Pemenang XTRA XSTAR bukan sahaja akan menerima gelaran juara, tetapi juga berpeluang untuk menerima hadiah berupa kontrak rakaman dan pengurusan bersama Alternate Records & Talents.

Pemenang juga akan mendapat peluang untuk muncul dalam pelbagai platform media yang dikendalikan oleh XTRA dan platform Media Prima, termasuk wawancara eksklusif dan liputan media meluas.

Untuk maklumat lanjut mengenai XTRA XSTAR, sila layari portal laman web di www.xtra.com.my/xtraxstar atau ikuti platform media sosial XTRA di TikTok, Instagram, Facebook dan X menerusi carian XTRA_MY.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 26 Aug 2018

Nazrief Nazri Sokong LGBT?

Tahukah anda, Nazrief sebelum ini pernah tampil dengan single berjudul Cinta Semalam?

Featured Tue, 25 Jun 2024

Pelakon Kamal Bakar Meninggal Dunia

Moga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-fatihah🥀

Hiburan Fri, 27 Dec 2024
Trending Tue, 25 May 2021

Jom Semak! Ini Cara Semak Tarikh Akhir Bayaran i-Sinar KWSP Secara Online

Boleh semak hanya dihujung jari anda sahaja…

Hiburan Wed, 26 Sep 2018

李幸倪新歌《侘寂》玩命!被沙活埋数小时一度呼吸困难

Gin李幸倪为新曲《侘寂》远赴台湾取景拍摄MV!首次与著名导演陈映之合作的李幸倪,MV足足拍摄了24小时,行程艰苦非常。

Hiburan Tue, 2 Jul 2019

Hamil Anak Kedua, Tahniah Amyra Rosli!

Kalau boleh nak rahsiakan dulu tetapi tak sangka Amar sudah umumkan berita kehamilan ini sempena hari jadinya hari ini.

Featured Sat, 1 Oct 2022
error: Content is protected !!