Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 1, 2024 @ 11:18am

Uqasha Senrose Nafi Rumah Tangga Bergolak, Hanya Gaduh Manja Dengan Kamal Adli

Susulan pernah terpalit dengan dakwaan bahawa rumah tangganya sedang bergolak, pelakon Uqasha Senrose tampil memberikan respons.

Katanya, dia sama sekali menolak dakwaan tersebut dek kerana berpendapat setiap pasangan suami isteri pasti akan melalui fasa pasang surut dalam melalui bahtera perkahwinan.

“Semua ada up and downs, takkan semua benda nak share buruk baik dekat Instagram? Selagi tidak sampai tahap ke mahkamah, jadi ianya adalah perkara biasa.

“Bagi saya dalam rumah tangga semua ada naik dan turunnya. Takkan nak kongsikan semua benda di media sosial,” katanya.

Dalam pada itu, pemilik nama penuh Nik Uqasha Nik Sen ini berkata, dia dan suami yang juga pelakon Kamal Adli juga pernah bergaduh kerana hal remeh.

“Kalau nak kata selalu bahagia pun tidak, sedih juga tidak. Lagi pula kami baru ada anak dan ini pertama kali mengalaminya. Kalau bergaduh pun biasa sahaja  contohnya saya minta dia basuh tangan sebelum pegang anak,” ulasnya.

Mengulas lanjut, Uqasha mengaku untuk mempetahankan perkahwinan bukanlah  mudah sebaliknya kedua-duanya perlu bekerjasama, sabar dan tetap mencuba jalan yang terbaik.

“Nak bertahan bukan mudah, malah nak dapatkan syurga pun bukan mudah.

“Susah nak bertahan lagi-lagi dengan mulut orang luar. Apa-apa pun mental kena kuat, terutama apabila saya sudah menjadi seorang ibu.

“Ajal, jodoh dan maut di tangan tuhan. Apabila diuji, sekuat mana kita nak pertahankan itu semua terletak pada diri kita dan pasangan. Semua pasangan Allah uji,” jelasnya.

Terdahulu, desas-desus mengenai rumah tangga Uqasha dan Kamal Adli menjadi perhatian dalam kalangan netizen apatah lagi aktres itu menerusi hantaran di ruangan Instagram Stories nya turut mempersoalkan tentang siapakah gerangan individu yang menyebarkan tduuhan sedemikian.

ARTIKEL BERKAITAN:“Hargailah Isteri Yang Banyak Berkorban Besarkan Anak Tanpa Pertolongan Sesiapa” – Uqasha Senrose Nasihat Para Suami

ARTIKEL BERKAITAN:Uqasha Senrose Kesal Terpalit Dakwaan Rumah Tangga Bergolak – “Biar Orang Buat Kita, Allah Maha Adil”

Sekadar info, Uqasha mendirikan rumah tangga bersama Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Hawra Uqaira.

 

Sumber: OhBulan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 24 Sep 2025

Sheila Majid Catat Sejarah, Tampil Dengan Album Vinyl Eksklusif Sempena 40 Tahun Dalam Industri

Album vinyl ini adalah hadiah buat peminatyang menyokong karier nyanyiannya beliau.

Hiburan Wed, 23 Oct 2024

Selepas Lebih Dua Dekad Tak Muncul Dengan Lagu Solo, Hazrul Nizam Tampil Dengan Rawan

21 tahun tak ada lagu solo, Hazrul Nizam muncul dengan Rawan!

Trending Thu, 18 Feb 2021
Hiburan Wed, 13 Sep 2023
Featured Wed, 12 Oct 2022
Trending Mon, 12 Apr 2021
Featured Thu, 23 May 2024

Pertikai Kenyataan Pergi Makkah Balik Hari Untuk Beli Perfume, Ryzal Ibrahim Gelar Netizen Jahil Pengetahun Agama – “Sampai Nak Baca Ilmu Pun Malas”

Betulll! Min setuju💯 at least bacalah dulu, kalau rajin buat research nampak lah cerdik😎✌️

error: Content is protected !!