Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 1, 2024 @ 3:18pm

“Tak Perlu Cantik, Penyondol Cuma Perlukan Lelaki Yang Tak Reti Bersyukur” – Mimi Lana

Menjadi sebutan gara-gara membawakan watak penyondol dalam drama terbaharunya, pelakon popular, Mimi Lana menyifatkan untuk menjadi ‘orang ketiga’ dalam hubungan orang lain seseorang itu tidak perlu menjadi seorang yang cantik, putih atau kurus sebaliknya cukup bertemu dengan lelaki yang tidak reti bersyukur.

Mimi atau nama penuhnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 29, berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran foto beserta kapsyen diruangan Instagram miliknya.

“Nak jadi penyondol tak perlu cantik, kurus atau putih.

“Penyondol cuma perlukan lelaki yang tak reti bersyukur, tak guna dan tak sedar diri,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIMS (@missmimilana)

 

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen termasuklah beberapa rakan selebriti bersetuju dengan pendapat yang diberikan.

Sebelum ini, teraju utama drama popular Perempuan Itu pernah berkongsi hantaran sama apabila memkalumkan bahawa seorang wanita tidak sepatutnya merebut kebahagian wanita lain untuk kepentingan diri sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIMS (@missmimilana)

 

Terdahulu, Mimi dan Syafiq Kyle mengejutkan peminat apabila mengambil keputusan untuk membatalkan perkahwinan mereka yang dijadualkan berlangsung  pada 19 Ogos tahun lalu.

Difahamkan, majlis akad nikah pasangan tersebut sepatutnya diadakan pada sebelah pagi bertempat di Puncak Rimba, Bentong, Pahang sementara majlis resepsinya diadakan pada sebelah malam bertemakan perkahwinan dalam taman.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 21 Dec 2025

Mass Factorz Mahu Sertai ‘Night Walk’ Atas Permintaan Sendiri, Roslan Shah Nafi ‘Tunggang’ OKU Demi Content

Nafi menggunakan OKU demi content, Roslan Shah menjelaskan penyertaan Mass Factorz adalah atas permintaannya sendiri.

Hiburan Tue, 7 Nov 2017

GEMPAR! KIP BUAT APA DI ARGENTINA

Siapa yang tidak kenal dengan “Super KIP” negara kan? Di awal usia 19 tahun , Khairul Idham Pawi atau “Super KIP” ini telah melakar sejarah dalam dunia permotoran Negara apabila muncul sebagai juara ketika perlumbaan di Argentina baru-baru ini.

Hiburan Tue, 16 Dec 2025
Trending Fri, 14 Aug 2020

‘Mak Cik Gelang Pink’ Akhirnya Dijatuhi Hukuman Penjara

Semoga perkara ini dijadikan pengajaran!

Featured Fri, 10 Mar 2023
Featured Tue, 20 May 2025

“Harap Istiqamah! Tapi Nafkah Anak Tak Settle Lagi?” – Linda Hashim Tampil Respons ‘Hijrah’ Beego Sertai Tabligh

Linda berharap suaminya itu istiqamah sekaligus tidak lupa nafkah akan anak-anaknya.

Hiburan Sun, 16 Apr 2023
Hiburan Sat, 17 May 2025
error: Content is protected !!