Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 2, 2024 @ 5:52pm

Mahu Serlah Bakat & Kejar Ganjaran RM1 Juta Calpis Soda OIAM… Sakit Gout Kronik Tak Jadi Penghalang Lelaki Ini Gapai Impian

Program realiti nyanyian terkenal, Calpis Soda One In A Million (OIAM) kini kembali untuk musim baharu selepas 15 tahun tidak diadakan.

Uji bakat mencari peserta OIAM diadakan di Karnival Jom Heboh (KJH) Johor Bahru 2024, bermulai hari ini dan esok, bertempat di Padang B, Angsana Johor Bahru Mall bermula pada jam 9 pagi hingga 8 malam.

Menarik di sekitar uji bakat yang sedang berlangsung ini, seorang lelaki yang menghidap penyakit gout kronik, Rikostria Rizala tetap mengambil langkah yang berani ini untuk mengejar minatnya dalam bidang nyanyian dengan menyertai pencarian peserta OIAM.

Sentiasa aktif menyertai pertandingan nyanyian kerana percaya bahawa setiap persaingan adalah peluang emas untuk menyerlahkan bakat, Rikostria menganggap setiap pengalaman yang diperoleh bukan sahaja bernilai, tetapi juga memberikan pelajaran berharga yang membantu beliau meningkatkan kemahiran nyanyian.

“Saya dah ada keluarga, awal-awal dulu nak fokus cari peluang, tapi anak-anak masih kecil.. Jadi sekarang bila anak semua dah besar, baru saya boleh fokus betul betul dalam bidang nyanyian ni.

“Saya tak pandang hadiah wang tunai atau sebagainya, hadiah RM100 ke RM50 pun tak apa.. Cuma atas sebab minat dalam menyanyi.. itu yang saya fokus dan tengok boleh pergi jauh mana lagi,” katanya.

Lelaki ini tetap tabah serta bersemangat untuk menyertai dan tidak pernah mudah berputus asa kerana ingin meneroka kembali bidang yang sudah lama ditinggalkannya kerana tekadnya untuk kembali berkecimpung dalam bidang muzik membuktikan minat yang tidak pernah pudar.

Titik peluh dan usaha gigih Rikostria akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya melayakkan diri ke pusingan kedua ujibakat.

Pada pusingan kedua ini, beliau berdepan dengan cabaran yang lebih besar, di mana beliau perlu memikat hati juri profesional, Sarah Ismail dan AG Coco.

“Lepas dah dapat tahu saya lepas ke second stage, saya cukup terharu dan juga teruja. Saya nak try buat yang terbaik untuk famili dan untuk diri saya sendiri.

“Walaupun sakit saya ni kronik.. ni bukan penghalang bagi saya untuk saya terus maju dalam apa yang saya minat. Saya dah bersiap sejak pukul 7 pagi.

“Pada jam 2 petang tadi, baru saya dapat untuk menyerlahkan bakat saya. Walaupun penat sebab tidur pun tak cukup, saya tetap gagah kan diri saya untuk datang ujibakat One In A Million ini,” katanya.

Peluang ini bukan sahaja menjadi penentu langkah seterusnya dalam perjalanan seni Rikostria, tetapi juga satu kesempatan untuk menunjukkan kebolehan dan bakat yang dimilikinya kepada mereka.

OIAM membuka pintu kepada semua bakat Malaysia, Singapura, Brunei atau negara lain, yang berusia 15 tahun ke atas secara solo, duo atau berkumpulan.

Peserta berminat hanya perlu membawa minus one sendiri (MP3) lagu pilihan masing-masing selain gambar berukuran pasport dan 4R.
Johor dipilih sebagai lokasi pertama bagi sesi ujibakat pencarian bintang baharu OIAM dengan pemenang akan membawa pulang hadiah yang bernilai sehingga RM1 juta.

Selepas Johor Bahru, uji bakat bersemuka OIAM akan diteruskan lima lokasi seluruh Malaysia iaitu di Sabah, Pulau Pinang, Pahang dan Kuala Lumpur, pada setiap hujung minggu antara 9 hingga 17 November ini, dengan lokasi uji bakat akan diumumkan dalam masa terdekat.

Namun jika tidak berkesempatan menyertai sesi uji bakat secara bersemuka, peserta berminat boleh menyertai uji bakat secara dalam talian bermula pada 1 hingga 17 November ini.

Peserta hanya perlu memuat naik video nyanyian mereka berdurasi seminit di TikTok dengan hashtag rasmi #CalpisOIAMTV3 dan #SegarRasaSodapSuara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 15 Oct 2018

Takziah… Ibu Afdlin Shauki Meninggal Dunia

Assalamualaikum, dukacita dimaklumkan bahawa ibu tersayang kami Puan Fadzilah Jelani telah kembali ke rahmatullah pada hari ini Isnin (15/10/2018), pukul 5.56 petang di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Featured Thu, 7 Aug 2025

“I Am Jobless! Aku Perlukan Filem Yang Best”- Sharnaaz Ahmad

Mamu mencari naskhah yang baik untuk lakonannya.

Trending Sat, 31 Jul 2021

SiTik Tok Raih 3 Juta Tontonan!

Drama bersiri slot Samarinda TV3, SiTik Tok yang baharu disiarkan minggu lalu telah berjaya mencapai 3 juta penonton dalam episod tiga yang disiarkan pada 27 Julai pada pukul 10 malam yang lalu (sumber: Nielsen). Drama […]

Trending Mon, 12 Apr 2021
Featured Wed, 25 Jan 2023
Featured Wed, 15 Jan 2025

Suki & Waris Terima Anugerah Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh kedua-dua artis tersebut menerusi hantaran di Instagram mereka.

error: Content is protected !!