Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 10, 2024 @ 10:34am

Isu Cerai Seakan Jadi Trend, Fasha Sandha Mengaku Takut -“Saya Tak Pandai Sangat Cakap Pasal Benda Ni, Doakan Je Yang Terbaik”

Pelakon versatile, Fasha Sandha dan suaminya, Aidil Aziz enggan memberikan komen lanjut susulan isu perrceraian yang berlaku dalam kalangan rakan selebriti sejak kebelakangan ini.

Kata Fasha, dia dan suaminya hanya mampu berdoa yang terbaik untuk semuanya memandangkan apa sahaja ujian yang berlaku adalah ketentuan dari Allah SWT.

“Takutlah, benda ni berlaku bukan dalam kalangan artis sahaja tetapi orang biasa juga. Saya tak nak komen sebab kami pun tak bercakap soal hal ni.

“Kami tak pandai sangat nak komen. Apa yang boleh dikatakan adalah mendoakan yang terbaik untuk semua orang,” katanya.

Meskipun sedikit sebanyak terkesan dengan isu berkenaan, namun Fasha dan suami sentiasa bertawakkal dan berusaha sedaya upaya menjaga hubungan rumah tangga mereka.

“Semua tu memang ketentuan Tuhan,  apa yang perlu adalah saya dan suami sedaya upaya untuk menjaga perkahwinan kami.

“Dan kalau nak kata ‘musim artis bercerai’ tu… bukan artis sahaja, orang biasa pun berceai juga. Cuma, artis mendapat perhatian. Tapi kita mendoakan yang terbaik pada semua orang,” jelasnya.

Fasha berkata demikian ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun anaknya, Putri Raysha Jemyma yang diadakan di Popkidspool, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sementara itu, Aidil pula mengaku dia terkejut ketika mengetahui ada rakan yang rapat dengannya terpalit dengan isu sama.

Bagaimanapun, dia percaya setiap ujian yang diberikan mempunyai hikmah tersendiri.

“Memang kita terkejut, apatah lagi orang yang kita kenal atau rapat… tapi itulah, kami doakan yang terbaik sebab apa sahaja yang berlaku berat atau sebaliknya pasti ada hikmah yang besar,” ulasnya.

Mengulas lanjut, pasangan ini berkongsi bahawa dalam rumah tangga komunikasi adalah kunci utama selain harus menerima baik dan buruk pasangan.

“Selain komunikasi menerima kelebihan dan kekurangan pasangan juga adalah kunci utama kami. Kerana, tiada pasangan yang sempurna memandangkan Allah jadikan manusia itu berbeza-beza sifatnya.

“Paling penting, kena berlapang dada untuk setiap masalah yang dihadapi,” kongsinya.

Sekadar info, Fasha dan Jejai pernah berkahwin pada 27 April 2012 dan hasil perkahwinan pasangan ini dikurniakan dengan sepasang cahaya mata iaitu, Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram, 11 dan Putri Rasyha Jemyma, 9.

Bagaimanapun, pasangan ini sah bercerai pada 20 Januari 2016.

Fasha kemudiannya mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama pelakon, Aidil Aziz pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 14 Nov 2024

Aaron Aziz Bengang, Duit Perniagaan Isteri Disonglap Puluhan Ribu – “Kau Keji, Hipokrit, Biadap, Pendusta & Tak Bersyukur”

Aaron memaklumkan dia berasa sangat kecewa dan marah apabila wanita terbabit tergamak mengkhianati kepercayaan yang diberikan isterinya.

Hiburan Thu, 14 Feb 2019
Hiburan Wed, 4 Dec 2019

“Takkan Kita Tidur Dengan Bau Bawang Dan Cili?” – Jasmin Hamid

Betul juga tu…kebersihan dan penampilan diri amat penting, tak kiralah dah berkahwin atau belum.

Events Fri, 10 May 2019

Resorts World Genting Celebrates Batman’s 80th Anniversary

If you’re a huge fan of the DC superhero, then you HAVE to make a trip up to Genting ASAP.

Hiburan Mon, 23 Sep 2019
Hiburan Sat, 29 Mar 2025
Events Tue, 9 Jan 2018

BINTANG BERSAMA BINTANG KEMBALI MENYINAR!

Kepada Semua peminat Ajak, Issey, Shuk, Achey, Mark Adam, dan Abam, jangan lupa untuk menyaksikan Bintang Bersama Bintang 2018 pada setiap hari Ahad, jam 10 malam hanya di TV3. Dan, jangan lupa untuk layari laman web rasmi BBB 2018 di portal xtra.com.my/BBB2018

Featured Sun, 10 Mar 2019

Posisi tidur yang betul dapat menjamin keselamatan nyawa bayi anda

Panduan ini dapat bantu bayi tidur dengan nyenyak!

error: Content is protected !!