Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 12, 2024 @ 12:26pm

Didenda RM17,500 Tak Bayar Caruman Perkeso, Shuib Sedia Hadapi Ujian Perniagaan

“Inilah adat orang berniaga,” demikian respons pelawak, Shuib yang didenda RM17,500 selepas mengaku bersalah terhadap tujuh pertuduhan, termasuklah tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tahun lalu yang melibatkan perniagaannya.

Memetik laporan Harian Metro, Shuib atau nama lengkapnya, Shahmira Muhammad, 40, menyifatkan perkara tersebut sebagai ujian dalam perniagaan.

“Pihak syarikat juga sudah mengaku salah dan membayar denda dikenakan. Inilah adat orang berniaga.

“Saya kena bersedia menghadapi apa saja ujian yang datang dalam perniagaan. Apapun, sedikit sebanyak tercalar juga jenama Bubblebee dengan berita yang dilaporkan,” katanya.

Terdahulu, Shuib bersama pengarah syarikat Bubblebee Sdn Bhd, Kho Choon Guan, 33 diarahkan untuk membayar denda berjumlah RM17,500 selepas membuat pengakuan bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret, Ameera Mastura Khamis.

Syarikat Bubblebee mengaku bersalah atas tiga pertuduhan sebagai majikan utama kepada seorang lelaki berusia 25 tahun, iaitu gagal membayar caruman majikan dan pekerja kepada PERKESO pada bulan Oktober hingga Disember 2023 lalu berjumlah RM97.80.

Manakala, pertuduhan keempat hingga keenam pula membabitkan syarikat tersebut mengaku bersalah gagal membayar caruman keseluruhan RM17.40 kepada lelaki sama untuk tiga bulan.

Difahamkan, perbuatan tersebut berlaku di syarikat Bubblebee yang terletak di Taman Industri Alam Perdana, Taman Putra Perdana, Puchong pada 16 November 2023 hingga Januari lalu.

Bagi pertuduhan ketujuh pula, Bubblebee didakwa gagal mematuhi saman di bawah Seksyen 110 (1) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 di Pejabat PERKESO Selangor pada 10 Januari lalu.

Artikel Berkaitan: Mengaku Bersalah Tak Bayar Caruman Perkeso, Shuib & Pengarah Bubblebee Didenda RM17,500

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 10 Mar 2026
Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Kaka Azraff Masuk Pasaran Indonesia

Insya Allah jika sambutan baik dan orang mula mengenali saya mungkin itu masa sesuai untuk saya kembangkan muzik saya di Indonesia.

Featured Thu, 25 May 2023
Trending Fri, 31 Jan 2020
Trending Sat, 28 Nov 2020
Hiburan Fri, 2 Nov 2018

Selepas 15 Tahun, Amelia Henderson Kembali Hangatkan Kemuncak ASK 2018

Pelakon jelita ini berpeluang menyanyi di malam anugerah buat pertama kali!

error: Content is protected !!