Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 13, 2024 @ 7:09pm

Bakal Hangatkan Axiata Arena Tahun Depan, Tiket Pra-Jualan Konsert Rossa Laku Bak Pisang Goreng Panas!

Penyanyi tersohor Indonesia, Datuk Seri Rossa mencipta sejarah sekali lagi apabila tiket pra-jualan Konsert Here I Am yang dibuka pada 11 November 2024 lalu telah habis dijual dalam masa 3 jam sahaja.

Lebih mengujakan, tiket kategori Festival habis dijual dalam masa empat minit membuktikan pengaruh dan populariti penyanyi tersebut yang bakal menggegarkan Axiata Arena, Bukit Jalil pada 14 Jun 2025.

Dikenali dengan vokal memukau dan balada yang penuh emosi, Rossa akan menyampaikan rangkaian lagu hit kegemaran ramai dalam satu malam yang pasti akan menjadi kenangan indah buat para peminatnya.

Konsert ini dianjurkan Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Inspire Production dengan kerjasama SAH Entertainment sebagai tanda penghargaan buat peminat Rossa yang setia menyokong perjalanan kariernya.

Antara lagu-lagu yang bakal dipersembahkan termasuk hits popular seperti “Nada Nada Cinta,” “Pudar,” dan “Hey Ladies,” selain beberapa persembahan eksklusif yang hanya akan dipersembahkan pada malam istimewa tersebut.

Rossa turut menyatakan kegembiraannya untuk kembali beraksi di pentas Malaysia dan menghiburkan para peminatnya.

“Saya sangat teruja untuk kembali ke Kuala Lumpur dan menyampaikan lagu-lagu yang membawa maksud mendalam buat saya.

“Sokongan peminat di Malaysia sentiasa menghangatkan hati saya dan saya tidak sabar untuk berkongsi detik istimewa ini bersama mereka setelah 25 tahun berkarya,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Datuk Aizuddin Ghazali turut menyatakan rasa terujanya terhadap kolaborasi ini.

“Kami di PRIHATIN amat berbesar hati untuk bersama-sama menjayakan konsert ini sebagai satu inisiatif untuk merapatkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia melalui platform muzik seterusnya membantu Malaysia bagi mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Rossa adalah ikon seni yang disegani serta dihormati, dan kami yakin konsert ini akan memberikan pengalaman dan memori terindah buat semua peminatnya serta memperkukuh ikatan persaudaraan serantau,” katanya.

Tambahnya lagi, Konsert Here I Am ini adalah susulan kepada tayangan filem dokumentari All Access to Rossa: 25 Shining Years yang ditayangkan pada bulan lalu.

“Atas permintaan ramai, khususnya Pencinta Rossa di Malaysia, kami membawakan konsert ini untuk mereka yang setia menyokong Rossa selama ini,” kongsinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 14 Aug 2018

Sufian Suhaimi Dirisik Orang Seberang?

Saya amat tertunggu-tunggu untuk masuk ke pasaran Indonesia. Sekiranya perbincangan bersama pihak syarikat rakaman di sana lancar, ini mungkin peluang terbaik untuk saya memasuki pasaran sana.

Hiburan Tue, 24 Oct 2023

Selepas Bercerai, Netizen Komen Nadia Annuar Makin Kurus Pula! Ini Jawapan Tuan Badan – “Terlebih Bahagia..”

‘Dulu suka masak untuk orang tersayang, sekarang makan pun sorang…” – Nadia Annuar

Selebriti Thu, 26 Oct 2023
Hiburan Fri, 20 Oct 2023
error: Content is protected !!