Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 20, 2024 @ 5:37pm

“Jangan Salahkan Orang Lain, Berlakon Bukan Untuk Populariti” – Intan Najuwa Tak Pernah Kena Buli Dengan Pelakon Senior

Aktres jelita, Datin Intan Najuwa meluahkan rasa kesal terhadap kenyataan seorang aktor baharu yang terkilan apabila dibuli oleh pelakon senior di set penggambaran.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Intan berkongsi pengalamannya yang tidak menganggap teguran dan nasihat daripada pelakon senior itu sebagai isu buli.

Sebaliknya, Intan berkata segala nasihat dan teguran yang diberikan adalah perkara positif bagi memperbaiki kualiti lakonan terutamanya untuk pelakon baharu.

“Sepanjang saya berlakon, tak ada pun budaya buli membuli di set penggambaran. Kebanyakannya saya berlakon dengan orang yang lebih berpengalaman daripada saya dan mereka sangat berbakat tetapi tiada siapa pun yang pernah buli saya.

“Bila pelakon senior di set bagi nasihat dan teguran, itu untuk kita perbaiki lagi dari segi kerja, bukan BULI. Kalau kena tegur sikit pun dah dianggap buli, tak perlu kerja,” katanya.

Intan berkata demikian di IGs yang berkongsi video kenyataan aktor, Alif Muhaimin terkilan apabila dibuli oleh pelakon senior.

Dalam pada itu, aktres drama rantaian Racun Rihanna ini turut kecewa apabila aktor baharu itu dikatakan tidak matang dalam menjawab soalan media.

“Aktor ini cakap ‘bila rehearsal lain, bila nak ‘shooting’ tukar dialog lain, budak baru tak boleh jawab’. Hey, lakonan ini bukan semata-mata menghafal dialog tetapi lebih kepada menjiwai dan menyampaikan watak.

“Kena cepat berfikir bagi respons spontan kalau pelakon yang digandingakan itu bagi dialog yang tidak dijangka sebab itu boleh tersangkut kalau cuba nak ingat dialog.

“Berlakon ni soal berkomunikasi seperti dalam dunia sebenar, sebab tu pelakon baharu ni perlu belajar cara untuk mendalami watak, bukan ambil mudah.

“Haih, tolong la sebelum jawab soalan fikir dulu. Jawab dengan matang. Kalau rasa tak boleh jawab, tak payah keluarkan kenyataan apa-apa. Malu lah jawab macam ni,” ujarnya lagi.

Mengakui dirinya bukan pelakon wanita yang baik, Intan bagaimanapun sempat menitipkan pesanan kepada pendatang baharu dalam industri seni untuk mempelajari ilmu lakonan terlebih dahulu sebelum mula mengorak langkah menjadi pelakon.

“Saya bukan aktres yang terbaik di luar sana, tetapi sebelum nak masuk dalam industri kena tahu apa ynag kita akan hadapi. Berlakon bukan untuk populariti semata-mata, kena tahu selok-belok, berusaha untuk terus jadi yang terbaik dan jangan mudah menyalahkan orang lain,” tulisnya.

Artikel Berkaitan: “Kena Campak Skrip, Tengking Itu Bukan Buli” – Rita Rudaini Tampil Beri Respons Dakwaan Artis  Senior ‘Buli’ Pelakon Baharu

Artikel Berkaitan: “Sebab Kau, Pelakon Senior Ada Stereotaip Dengan Pelakon Baru” – Nadhir Nasar

Artikel Berkaitan: Menangis Ditegur Pelakon Senior, Aniq Durar Tak Anggap Ia Tindakan Buli – “Silap Saya Tak Memahami Watak”

Artikel Berkaitan: “Bukan Skrip Je Baling, Kerusi Pun Boleh Melayang!” – Lana Nodin Berang Pelakon Baharu Tak Bersedia Di Set Penggambaran

Artikel Berkaitan: “Awak Merepek Apa Ni Mat”- Ahmad Idham Tegur Pelakon Baru Dakwa Dibuli Artis Senior

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 30 Jul 2018

国际友谊日丨世界各国打招呼的方式

今天是国际友谊日,让咱们一起来学习学习世界各国的打招呼方式吧!

Hiburan Thu, 4 Jul 2019

Single Terbaru Usop Selamanya Sambung Kisah Aku Yang Bersalah

Kalau nak tahu kesinambungan lagu Aku Yang Bersalah bolehlah dengar lagu Selamanya pula!

Hiburan Mon, 3 Dec 2018
Hiburan Thu, 2 Aug 2018

Vivy Yusof Kecewa Ramai Sarung Tudung Jenama Tiruan?

Nampaknya isu penggunaan barang tiruan terus hangat diperkatakan di laman sosial. Persoalannya, adakah anda bersetuju dengan kenyataan di atas, tepuk dada tanya selera okay?

Featured Wed, 16 Jun 2021

Jaringan Internet Lemah, Pelajar Terpaksa Buat Sesi PdPR Atas Tanah

Setelah kisah gadis berusia 21 tahun,  Veveonah Mosibin yang terpaksa menduduki peperiksaan atas talian di atas pokok demi mendapatkan jaringan internet di kawasan pedalaman rumahnya mendapat perhatian ramai. Terbaharu, muncul pula kisah sekumpulan pelajar dari […]

Hiburan Wed, 15 Jan 2020
Hiburan Fri, 20 Sep 2019

Tahniah…Alif Satar, Isteri Dapat Anak Ketiga!

Syukur Alhamdulillah…Tahniah Alif & Shad!

error: Content is protected !!