Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 26, 2024 @ 9:42pm

[VIDEO] “Insya-Allah, Siapa Tahu Mungkin Diana Danielle Boleh Berubah Lebih Baik Dari Kita” – Nora Danish

Pelakon jelita, Nora Daniah mempercayai rakan selebriti, Diana Danielle mampu untuk berubah atau berhijrah dengan mendalami agama Islam.

Ketika ditemui XTRA, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif, 42, tampil memberi respons berhubung kenyataannya yang bersetuju dengan kenyataan Diana untuk tidak mempertikaikan atau mempersoal usaha untuk berubah ke arah kebaikan, baru-baru ini.

“Saya rasa apa yang Diana cuba lakukan itu adalah perkara yang baik dengan memperbetulkan solat. Ibadah wajib itu adalah tiang agama yang paling utama sekali.

“Jangan mempertikaikan benda kecil yang dilakukan itu sebab sekiranya diamalkan dengan penuh keihklasan hati siapa tahu boleh ubah dia jadi lebih baik.

“Dalam usaha memperbetulkan ibadah solat itu perlu memahami setiap bacaan, makna dengan khusyuk serta solat diawal waktu.

“Insya-Allah, siapa tahu mungkin Diana boleh berubah lebih baik dari kita. Hati dan dalaman dia siapa yang tahu kan,” katanya.

Tidak Salah Mereka Yang Cari Hidayah, Allah Lihat Kualiti Bukan Kuantiti” – Nora Danish

Berkongsi lebih lanjut, aktres drama rantaian popular sitkom Puteri ini berkata dia memahami dan pernah merasai perjalanan liku-liku kehidupan seperti Diana.

Selain mendoakan Diana berubah, Nora turut berharap agar orang ramai memberi sokongan kepada aktres filem popular Imaginur ini.

“Sebagai seorang selebriti yang pernah melalui fasa itu, saya faham dan pada saya kita patut beri dia sokongan. Saya orangnya tak suka masuk campur isu artis, lebih mendiamkan diri kerana bimbang apa yang dikatakan membawa binasa.

“Tetapi, bila membabitkan isu Diana ini saya perlu. bersuara sebab pernah melalui fasa itu dan saya nak sangat orang mendoakan dia,” katanya lagi.

Nora berkata demikian ketika ditemui di Sri Pentas, Bandar Utama pada Isnin.

Berbicara lebih lanjut, Nora berkata dia mempercayai Diana ada menghadiri kelas agama yang menjadi pilihannya.

“Saya ada mengajak dia sekali pergi kelas agama dan kadang kala dia ada mesej saya di Instagram. Saya percaya Diana ada tempat yang dia selesa untuk belajar kelas tadabbur dan sebagainya.

“Tetapi kalau dia minta nasihat saya, saya sudi untuk berkongsi, manalah tahu kan bila tiba masanya nanti hati dia terbuka,” tambahnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Nora bakal muncul dalam drama Langit Ke Tujuh yang bersiaran di Tonton.

Drama bersiri arahan pengarah terkenal Heykal Hanifah itu membawa kisah ajaran sesat yang turut dibintangi oleh Zamarul Hisham, Nafiz Muaz, Chacha Maembong, Faezah Elai dan Farahdhiya.

Terdahulu, Diana menerusi ciapan di platform X terkilan dengan reaksi segelintir wargamaya selepas dirinya memaklumkan lebih selesa untuk mengadu segala ujian kepada Allah S.W.T.

Artikel Berkaitan: “Setiap Perkara Yang Kita Buat Biar Betul-Betul Khusyuk Dari Hati” – Nora Danish

Artikel Berkaitan: “Kenapa Perlu Pelik Bila Wanita Tak Bertudung Solat?” – Diana Danielle Mohon Netizen Tak Kaitkan Kesempurnaan Dengan Amalan… Mahu Berubah Jadi Lebih Baik

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 1 Aug 2018

Amira Rose Drama Paling Hangat, Catat 10 Juta Tontonan

Drama yang dibintangi pelakon hebat, Aiman Hakim dan Farah Nabilah ini telah mencatatkan sebanyak 10 juta tontonan menerusi platform TV, atas talian, dan media sosial.

Figura Tue, 2 Apr 2024
Trending Wed, 25 Dec 2019

Guna ‘Pendrive’ Cari Pemilik Dompet Berisi RM1200

Alhamdulilah, masih ada lagi insan yang baik hati memulangkan balik barang yang dijumpa.

Hiburan Tue, 6 Jan 2026

Fizikal Badan Jadi Perhatian, Remy Ishak Akui Kamal Adli Dah Berubah 

Remy turut memaklumkan dia dan aktor, Syafiq Kyle turut bersetuju bahawa Kamal telah berubah dan seolah-olah menjadi orang lain

Hiburan Thu, 7 Dec 2023

Misi Membantu Calon SPM Ubah Gred G Kepada A

Makin ramailah bilangan calon SPM dapat A selepas ni!

Trending Mon, 26 Jul 2021

“Anak-Anak Tengah Demam, Kandungan Dah Masuk 7 Bulan” – Pembantu Rumah Positif Covid-19, Siti Sarah Risaukan Baby Dalam Perut

Penyanyi dan usahawan Siti Sarah Raissuddin berkongsi berita duka apabila pembantu rumahnya disahkan positif Covid-19 semalam. Sarah bersama suaminya, pelawak Shuib dan anak-anak mereka, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, […]

Events Tue, 30 Apr 2019

Hyolyn Makes Fans Sing & Dance During Performance in Kuala Lumpur

Fans could not get enough of her but thankfully, she’s coming back to KL soon 😉

Featured Sun, 30 Jun 2024
error: Content is protected !!