Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 26, 2024 @ 3:10pm

Menangis Hingga Basah Skrip, Amir Ahnaf Belum Puas…

Meskipun menerima pujian terhadap watak utama yang diberikan menerusi filem prekuel terbaharunya, Kahar: Kapla High Council, pelakon Amir Ahnaf mengaku masih belum puas.

Kata Amir, masih terlalu banyak yang perlu dicapai dan dipelajarinya memandangkan dia juga masih baru dalam industri.

Malah, banyak lagi aspek yang perlu ditambah baik selain yakin bahawa dia mempunyai potensi yang tinggi.

“Sebenarnya saya tak puas hati lagi tu. Saya rasa saya boleh improved and saya masih muda 24 tahun jadi banyak lagi perlu belajar.

“Manusia tak pernah puas, saya tak pernah puas dengan diri saya, saya rasa banyak lagi yang saya rasa boleh capai dan saya rasa potensi saya masih tinggi,” ulasnya.

Dalam pada itu, pemenang Anugerah Artis BBNU Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH35) ini berkongsi, pertama kali menerima naskhah filem ini, dia menangis sehingga skrip miliknya basah.

Kata Amir, perasaan itu datang apabila dia membayangkan karakternya itu menerusi series yang dikeluarkan sebelum ini.

Jelasnya, watak yang dipegangnya sebelum ini menerusi series tersebut ‘kosong’ dek kerana tidak mempunyai latar belakang cerita.

Dan, selama tempoh dua tahun sehinggalah dia diberikan skrip filem, segala emosi yang sebelum ini terpaksa disembunyikan akhirnya diluahkan menerusi lakonannya.

“Sebenarnya saya membayangkan Kahar masa baca project High Council dia sebenarnya tak ada background story dan dia gantung dekat situ sahaja.

“Dan selama dua tahun saya feeling Kahar itu kosong. Dan bila dapat skrip ni memang berderai air mata.

“Macam cuba bayangkan kita tak jumpa girlfriend selama dua tahun, mesti kita menangis kan? Dan bila dah baca tu saya tahu this is the masterpiece.

“Apa yang boleh saya katakan, filem dan watak saya ini deep in emotion, deep deep in perfection and Alhamdulillah for everyone included yang membantu saya,” katanya.

Amir berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui usai majlis Malam Gala Filem Kahar: Kapla High Council yang diadakan di Mid Valley, Kuala Lumpur pada Isnin.

Ketika disoal mengenai impak lakonannya dalam filem ini, Amir menjelaskan bahawa setiap pelakon mempunyai objektif dan amanah.

Justeru, dia berpegang bahawa sebagai teraju utama filem, tanggungjawabnya adalah tidak datang dengan mental yang ‘kosong’ sebaliknya memegang tugas untuk menjiwai watak, meneutralkan skrip, dan melakukan banyak latihan.

“Setiap pelakon saya rasa ada satu objektif dan amanah itu sendiri.

“Dan bila kalian buka skrip itu there is no more Amir Ahnaf anymore. You have to be in that character. Baca sebagai karakter. Dan yang baca itu adalah Kahar.

“Bila saya first time baca skrip itu sebagai Kahar, dia terus masuk kedalam (penjiwaan watak). Dan kerja saya adalah untuk meneutralkan lagi skrip itu dengan menghafal, training dan banyak lagi.

“And pelakon tu sebenarnya mean to be sensitive. Dan saya rasa benda itu normal. Untuk tarik momen-momen itu dan kemudian diberikan kepada audiens. Saya rasa semua pelakon buat itu,” jelasnya.

 

Selain Amir, filem tersebut turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Aedy Ashraf, Naim Daniel, Fadli Masoot, Sky Iskandar, Thompson Goh, Fazziq Muqris dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 10 Mar 2026

“Bukan Nak Banding Siapa Yang Lebih Menderita Tapi Tahu Apa Yang Sedang Diperjuangkan”  – Uyaina Arshad Nafi Perkecil Usaha Pejuang Garis Satu

Kata Uyaina, meskipun wujud golongan ‘pejuang garis satu’ seperti dirinya, namun itu tidak bermakna dia memperkecilkan usaha wanita-wanita yang sedang berjuang untuk hamil atau dikenali sebagai ‘pejuang garis dua’.

Events Tue, 20 Nov 2018

Keputusan UPSR, PPSR Keluar 29 November

Dup dap dup dap…Tinggal sembilan hari saja lagi, keputusan PPSR & UPSR akan diumumkan. Pasti nervous kan?

Filem Fri, 31 May 2024
Featured Mon, 3 Nov 2025

Kilafairy Kongsi ‘Dapat Mimpi’ Sebelum Berhijab – “Mula-Mula Saya Tak Percaya, Esok Saya Terus Order Tudung & Call Neelofa”

Kilafairy secara terbuka berkongsi kisah di sebalik penghijrahannya apabila mengakui keputusan untuk bertudung datang selepas mengalami mimpi tentang syurga dan neraka.

Hiburan Thu, 22 Nov 2018
Hiburan Mon, 20 Nov 2017

小S被爆接演「道明寺家的女人」经纪人证实了!

中国版《流星花园》准备开拍,由偶像剧教母柴智屏重掌制作人,是否会找来前作的F4、大S回归,受到各界好奇!最新消息爆出,道明寺的妈妈或姐姐会是走红两岸的小S!

Featured Tue, 19 Jul 2022

“Saya Tak Perlukan Harta Benda, Cukup Bagi Perhatian” – Nadya Syahera Akui Rumah Tangga Bergolak Gara-Gara…

Luahan hati seorang isteri 🥲 Apapun, min doakan semoga hubuangan Nadya dan suami akan bertambah baik ❤️

Trending Thu, 24 Oct 2019

Mat Salleh Layan Dikir Barat, ‘Kecek Kelate’

Pasti ramai yang berasa bangga dan teruja bila dapat tahu ‘mat salleh’ pun pandai berdikir barat. Bukan senang nak jumpa orang asing yang boleh bercakap bahasa Malaysia di luar negara, apatah lagi bertutur dalam dialek […]

Events Thu, 21 Dec 2023
error: Content is protected !!