Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 27, 2024 @ 5:41pm

Bergandingan Dalam Marina, Remy Ishak Setuju Sophia Albarakbah Mempunyai Karakter ‘Manja’ – “Bahaya Kalau Lelaki…”

Aktor berkaliber Datuk Remy Ishak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan pelakon Sophia Albarakbah mempunyai karakter yang manja.

Bergandingan dengan Sophia dalam drama bersiri Marina, Remy berkata demikian menerusi video temu bual XTRA Eksklusif mempromosikan naskhah terbabit yang sedang bersiaran secara eksklusif di Tonton.

“Dia manja, bahaya kalau lelaki kurang iman, tergugat. Saya Alhamdulillah, masih lagi berpegang jalan yang lurus,” selorohnya sambil ketawa.

Berkongsi mengenai drama tersebut, antara cabaran yang dihadapi Remy adalah untuk bermain dengan emosi kerana dia perlu menonjolkan watak yang sombong, namun dalam masa sama prihatin.

“Cabaran itu dari segi emosi, sebab kadang-kadang kena bersikap sombong kepada Sophia yang memegang watak sebagai Marina, tapi dalam masa sama kena jadi prihatin,” tambahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Selain Remy dan Sophia, drama bersiri itu turut menampilkan lakonan Hisyam Hamid, Muhsin Nadzli, Haneesya Hanee, Shaza Bae dan ramai lagi.

Drama bersiri 30 episod terbitan Creative Skill Solution itu diarahkan oleh Along Kamaludin.

Saksikan Marina, drama penuh emosi yang akan membuka mata anda tentang erti sebenar cinta, keluarga, dan pengorbanan bermula 25 November 2024, eksklusif di Tonton. Strim episod baharu melalui www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 17 Sep 2018

Ibarat ‘Langit & Bumi’, Sarah Suhairi Nafi Tiru Suara Idola?

Penyanyi berusia 18 tahun ini menjadikan Dayang Nurfaizah sebagai idolanya sejak dulu lagi. Tapi betul ke suara dorang sama ya. Anda rasa bagaimana?

Events Fri, 18 May 2018

Siapa Pelanggan Mengamuk Di Kedai Sajat?

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Selepas sahaja wanita tersebut dan keluarganya meminta maaf kepada Sajat, beliau serta-merta membatalkan kes tersebut dan memaklumkan peguam beliau

Featured Sat, 27 Dec 2025

“Ayah Just Miss You So Much Anak” – Kamal Adli

Kamal sempat berkongsi sepotong video pendek memperlihatkan dirinya dan anak perempuannya, Hawra Uqaira.

Trending Sun, 3 May 2020
Featured Thu, 18 Mar 2021
Hiburan Wed, 4 Sep 2019

李幸倪相隔一个月再返马!北中南各办《浮世绘》签唱会

李幸倪相隔一个月再度返马!9月13日起一连五天,北中南各办一场《浮世绘》 签唱会。

error: Content is protected !!