Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 29, 2024 @ 5:52pm

Lakonan Cemerlang! Zhaff Vlog Puji Amir Ahnaf, Aedy Ashraf – “Ini Calon Pelakon & Pembantu Lelaki Terbaik Untuk Next FFM”

Pempengaruh yang juga pengulas filem terkenal, Zhafran Zulkifly atau Zhaf Vlog berpuas hati dengan tayangan filem prekuel Kahar: Kapla High Council.

Kata Zhaf, lakonan Amir sebagai teraju utama filem membuktikan bahawa anak muda itu mampu memegang watak utama selain ‘expand range’ lakonannya.

Selain itu, Zhaf berpendapat bahawa lakonan Amir memberikan impak sehingga dia boleh tercalon sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) akan datang.

“Amir Ahnaf membuktikan bahawa dia boleh jadi lead role dan expand range lakonan beliau.

“Dia punya lakonan berimpak sehingga aku merasakan dia boleh tercalon anugerah pelakon lelaki terbaik utk next FFM.

“Aedy pulak pelakon pembantu lelaki terbaik. Gerenti,” katanya.

Mengulas lanjut, Zhaf juga memberikan kredit terhadap penggunaan kesan visual, variasi serta suntingan melibatkan adegan aksi yang dikatakan cukup kemas dan sempurna.

“Fight sequence kemas, variasi, mencukupi dan tidak melebih2, audio top-notch…but most of all, VISUAL PERFECTO!

“Filem ni bukan sahaja menjadi prekuel siri Projek High Council, tetapi menjadi CLOSURE bagi semua ketegangan yang siri itu telah tinggalkan kepada penonton,” jelasnya.

Sekadar info, filem prekuel popular ini sudah mula menemui peminatnya di pawagam berdekatan bermula 28 November 2024.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 29 Mar 2018

Review Barang Mainan Di YouTube, Budak 6 Tahun Ini Peroleh RM42 Juta Setahun!

Kecil-kecil dah jadi jutawan. Cara dia mendapatkan keuntungan sebegitu pun nampak macam mudah, tapi orang dewasa belum tentu boleh ikut.

Featured Tue, 27 Aug 2024

Mahkamah Tetapkan 25 September Depan Sebagai Sebutan Semula Kes Perbicaraan Cerai Syamsul Yusof, Ira Kazar

Peguam yang mewakili pengarah tersohor, Syamsul Yusof iaitu, Azmi Rais memaklumkan, Mahkamah hari ini menetapkan tarikh baru bagi kes perbicaraan perceraian pasangan itu. Kata Azmi, Ira Kazar dikehendaki hadir ke Mahkamah bagi sebutan semula kes. […]

Hiburan Thu, 7 Mar 2019

‘Tiket Dah Habis Dijual’- Siti Nurhaliza Beri Amaran Kepada Scammer

Tolong jangan tertipu dengan scammer kerana tiket Siti Nurhaliza On Tour sudah habis dan hanya dijual di www.myticket.asia.

Hiburan Thu, 28 May 2026

Konsert Tonton Soundstage Tampil Lebih Eksklusif Dengan Konsep ‘Seating Concert’

Berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 12 Jun depan jam 8.30 malam, konsert tersebut bakal membawa penonton mengimbau semula lagu-lagu ikonik AJL yang pernah mewarnai industri muzik tanah air sepanjang empat dekad.

Hiburan Sat, 7 Apr 2018

Ziana Zain ‘Putus Terpaksa’ Tidak Lagi Duduk Sebumbung!

Daripada sumber yang dipercayai, Armin tidak bersetuju untuk melafazkan perceraian tetapi mohon kes tersebut dibawa kepada jawatankuasa pendamai.

error: Content is protected !!