Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 29, 2024 @ 5:25pm

Altimet Dedah Gaji Cecah RM16,000 -“Macam Kakitangan Kerajaan Juga, Ada Kemudahan Loan Beli Rumah & Kereta”

“Tak salah sayalah, di Malaysia kalau untuk top 3 gaji di peringkat negeri, ADUN Selangor antara yang tertinggi”.

Demikian respons penyanyi rap yang kini memegang status Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu Altimet.

Menerusi temu bual podcast yang dihoskan oleh Shuib, Shuk dan Fizie, Altimet atau nama sebenarnya, Yang Berhormat Tuan Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Al-Hadad berkongsi bahawa gaji yang diterimanya kini mencecah sebanyak RM16,000 sebulan.

“Sebagai seorang Yang Berhormat (YB), di Selangor basic campur elaun semua boleh bersih dalam RM16,000.

“Tak salah saya top 3 dekat Malaysia dari dewan tak kira parlimen lah, tanggungjawab lagi besar, dia punya gaji lagi besar. Tapi Dewan Negeri dan peringkat negeri top 3 paling tinggi antaranya adalah Selangor,” katanya.

Mengulas lanjut, ketika disoal sama ada ADUN juga ada mendapat kelebihan seperti menerima elaun dan sebagainya, Altimet memaklumkan, insentif yang diterima sama seperti mereka yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan.

“Macam kakitangan kerajaan juga, kami ada kemudahan untuk loan untuk membeli rumah dan kereta.

“Dan sebahagian daripada elaun yang diterima, memang ada peruntukan untuk pemandu peribadi dan itu itu wajib digunakan.

“Elaun itu disediakan untuk memudahkan kerja dan wajib digunakan.  Jangan sampai tak ada ‘driver’ kalau tak nanti akan ditegur oleh bos,” jelasnya.

@dolspodcast

Gaji wakil rakyat adalah sebanyak?? Layan Episod 38, 9 MALAM INI di Youtube Shuib Channel & spotify Dol’s Podcast. Podcast ini dibawakan khas untuk anda oleh Pop Motif Interior Pte Ltd A HDB licensed contractor 📞 8755-6538 IG: @popmotif.sg Fb: popmotif 💻 www.popmotif.sg Pop Motif Interior Pte Ltd Deserve To Be Noticed. @shuibsepahtu @shuksahar @Fizie Roslan @Mamatsepah_Nana @Pop Motif Official @altimet #DolsPodcast

♬ original sound – Dol’s Podcast – Dol’s Podcast

Untuk rekod, Altimet kini menjawat jawatan sebagai ADUN Lembah Jaya, Ampang Jaya, Selangor selepas memperoleh undian tertinggi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diadakan pada Ogos tahun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 3 Jun 2021

M40, T20 Layak Terima Bantuan Moratorium

Bantuan moratorium akan diberikan kepada mana-mana individu yang mengalami pengurangan pendapatan dan hilang punca pendapatan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0). Menurut Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kelayakan […]

Trending Thu, 23 Aug 2018

Video Pakcik Jitra Terus Tular, Tukang Rakam Nafi Reka Cerita

Hang susun kerepek hang penuh meja, tak payah berjalan dari semasa ke semasa. Ni kerepek habis hang pandai pergi top up pulak. Hampa pakat kata dia kaya kan? P beli meja satu. Payung tak payah pun tak apa memandangkan meniaga awaktu malam.

Featured Wed, 7 May 2025
Featured Thu, 27 May 2021

“Fikir Dulu Sebelum Cakap..”- Persenda Pakaian Tradisi Orang Iban, Pasangan Durian Kimchi Mohon Maaf

Pasangan personaliti media sosial sensasi Durian Kimchi iaitu Ryzal Ibrahim dan Maryam Yunarae memohon maaf gara gara sebuah video yang tular baru baru ini. Menerusi video yang dimuat naik oleh Ryzal, Ryzal menegur pakaian tradisi […]

Trending Tue, 13 Aug 2019

8月13日!今天是「国际左撇子日」

8月13日是国际左撇子日(International Left Handers Day)是全世界所有左撇子的节日。

Hiburan Thu, 15 Mar 2018

Girls’ Generation’s Hyoyeon to Make Solo Debut with New Name

Girls’ Generation’s Hyoyeon will be making her first ever solo debut under a completely new stage name.

Featured Sat, 13 Aug 2022

‘Digam’ Lepas Video Aksi Panas Tular Di Bigo, Natasha Elyzza Akui Lebih Matang & Memilih Kawan – “Memang Masa Muda Saya Seperti Monyet”

Setiap orang takkan lari daripada buat kesilapan. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Life must go on right? 😙

error: Content is protected !!