Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 30, 2024 @ 2:19pm

Dulu Aktif Sebagai Pelakon, Kini Maju Sebagai Usahawan… Bkay Nair Bakal Hasilkan Filem Dokumentari Seni Batik

Pelakon yang kini aktif sebagai usahawan, Bkay Nair bakal menerbitkan sebuah filem dokumentari mengenai seni batik.

Mula dikenali menerusi filem Ratu The Movie, Bkay meletakkan kepercayaan bahawa elemen tekstil mampu membuatkan Malaysia terus dikenali di mata dunia.

“Saya ada perancangan menghasilkan satu penerbitan mengenai dunia batik dan mereka yang mahir mengenai seni tekstil itu. Ia akan dihasil sekitar tahun depan.

“Saya dan pasukan merancang untuk menerbitkan sebuah dokumentari dengan menampilkan pembatik di seluruh negara serta bercerita mengenai tekstil ini.

“Banyak kisah menarik mengenai batik termasuk disiplin menghasilkannya, rekaan dan jenis serta warna yang digunakan akan dikongsikan.

“Malah ada yang kita sendiri tidak tahu seperti eksperimental batin yang dihasilkan mengikut mood tukang canting batik atau pembatik itu sendiri serta bahan organik yang digunakan untuk lukisan tekstil,” katanya.

Bkay yang juga model dan pereka fesyen berkata demikian ketika ditemui di majlis Malaysia Heritage Showcase yang berlangsung baru-baru ini menampilkan pelbagai koleksi batik.

Fokus utama pertunjukan fesyen yang diadakan itu ialah menampilkan 33 sari dari tekstil batik di mana 15 rekaan (My Pride) adalah hasil canting tangan banduan daripada empat penjara Malaysia iaitu Marang, Pangkalan Cepur, Kajang, dan Machang.

Tambahnya, pihaknya juga akan memajukan sari batik ke Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dalam usaha mengiktiraf dan merekodkan tekstil identiti Malaysia itu.

“Saya mahu supaya UNESCO mengiktiraf sari yang diperbuat dari tekstil Malaysia iaitu batik menggunakan seni Canting tangan dan juga mesin.

“Untuk sari batik canting tangan juga eksklusif di mana hanya satu rekaan dihasilkan bagi satu sari,” katanya.

Terdahulu pada majlis anjuran Bkay Nair Resources milik pelakon filem Ratu The Movie itu, 70 rekaan eksklusif daripada sembilan pereka Malaysia, dengan 33 daripadanya ialah sari batik dipersembahkan.

Empat anugerah iaitu Anugerah Visi Muda (Sharleen David), Anugerah Keteguhan dalam Rekaan (My Pride), Anugerah Corak Inovatif Terbaik (Munir – Dimu Designs) dan Anugerah Warisan Budaya (Linda Isa) turut disampaikan dalam menghargai mereka mengajar tekstil tempatan.

Bkay yang juga Presiden Persatuan Pembangunan Perniagaan Fesyen Malaysia, Malaysian Heritage Showcase terus menetapkan penanda aras dalam inovasi, impak sosial, dan perayaan budaya, mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju dalam industri fesyen global.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 28 Nov 2023
Hiburan Sun, 18 Sep 2022
Featured Tue, 11 Feb 2025

Anak Bongsu Meninggal Dunia Dalam Tidur, Che Ta Mohon Beri Ruang Buat Ayu Raudhah & Zaquan Adha

Che Ta memaklumkan, anak saudaranya iaitu Muhammad Aisy Al Raes Mohd Zaquan Adha meninggal dunia semasa tidur.

Trending Tue, 1 Sep 2020
Hiburan Sat, 29 Nov 2025

Rakam Dalam Versi Orkestra, Bintang Remaja Popular Indonesia Farel Prayoga Nyanyi Semula Lagu ‘Lemak Manis’

Penyanyi remaja Indonesia, Farel Prayoga menyanyikan semula lagu Lemak Manis… Sedap versi orkestra ni!

Trending Mon, 9 Dec 2019

CEO Finas Diberi Tekanan Untuk Berhenti?

Ahmad Idham tamatkan kontral awal kerana ditekan.

Hiburan Sun, 7 May 2023

Azmi Saat Dan One Path Bekerjasama Lancarkan Lagu Bertemakan Perjuangan

Wah lain betul penyampaian lagu ni memang terbaik

error: Content is protected !!