Euforia Bola 2026
Hiburan By: Ad Ops July 17, 2018 @ 4:03am

Shahir Akui Bakal Berkahwin Dengan Erra Fazira

Penyanyi Shahir yang sebelum ini pernah terpalit dengan kontroversi melibatkan hubungannya bersama seorang wanita cukup memberi impak yang begitu ketara terhadap kerjaya seni mahupun hubungan peribadi beliau. Namun, kehadirannya ke rumah terbuka Erra Fazira baru-baru ini seolah-olah memberi hint kepada semua peminat tentang status perhubungan mereka.

Kemesraan mereka jelas terpancar melalui sebuah video tiktok yang memaparkan diri Shahir bersama Erra dan puterinya, Engku Aleesya yang dimuatnaik di laman sosial baru-baru ini.

Bagaimanapun, Shahir akui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga bersama Erra Fazira setelah sekian lama mereka bermain tarik tali mengenai hubungan mereka. Malah, menurut Shahir juga hubungan mereka juga telah direstui keluarga. 

“Insya-Allah, kalau ada rezeki tahun ini, maka tahun inilah kami berkahwin. Saya bagaimanapun belum dapat memaklumkan tarikhnya. Apabila tiba masanya nanti, saya akan beritahu kepada semua. Alhamdulillah, hubungan kami tiada masalah dan keluarga saya juga merestuinya. Cuma, saya menunggu tarikh dan ketikanya saja. Kami mungkin akan terus bernikah, tanpa majlis bertunang. Apa pun, saya serahkan kepada jodoh. Aleesya juga menerima baik kehadiran saya. Namun, buat masa ini, saya memohon sedikit ruang untuk membuat perancangan. Apabila sudah ada tarikhnya nanti, saya akan hantar jemputan.” Jelas Shahir

Apapun, kami berharap keputusan Shahir untuk menggalas tanggungjawab terhadap pelakon cantik ini berjalandengan lancar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 3 Aug 2022

Penuh Tin Atas Jalan Raya! Akibat Lori Sardin Terbalik, Trafik Sesak Lebih 3KM

Alahai, jenuh nak bersihkan jalan tu 😌 Harapnya tiada yang tercedera. Tapi… ada yang cakap tinggal bawa roti je tu 👀

Hiburan Sat, 3 Jan 2026

Datuk Red Kini Bahagia, Didakwa Dah Jumpa Pengganti Baru? – “Dia Wanita Hebat, Penyayang & Bijak Urus Bisnes”

Datuk Red sifatkan individu misteri seorang wanita hebat, penyayang dengan anak-anak

#tilljannah Thu, 29 Sep 2022
Hiburan Wed, 25 Feb 2026
Featured Fri, 25 Jul 2025

“Wannabe Gangster, Kaki Buli Memang Tak Cool!”- Alif Satar

Kata Alif, jadi gangster atau kaki buli tak ada siapa yang akan hormat.

Hiburan Tue, 12 Feb 2019

’Bukan Semua Suka Tengok Kita Bahagia’- Faradhiya Pilih Tidak Kongsi Hal Peribadi Di Sosial Media

Pesannya, ‘Kalau ada masalah, bercakap dengan Tuhan bukan dengan meluahkan kepada orang awam’. Betul tu!

Featured Fri, 29 Nov 2024
error: Content is protected !!